Isnin, 25 Januari 2010

SIFAT ORANG CEMERLANG

Antara sifat kecemerlangan Tokoh Islam terdahulu yang mencipta sejarah hingga diguna pakai hari ini ialah:-

1. Niat yang betul
2. Ada wawasan dan matlamat
3. Berani dan sanggup berkorban
4. Sentiasa menambah ilmu
5. Perhatian Terfokus
6. Daya ketahanan yang tinggi
7. Bersifat warak
8. Sabar 
9. Contohi orang yang berjaya
10. Tekun dan Membina Kerjaya
11.Mengembara dan mengambil pengajaran
12.Manfaatkan masa muda
13.Amanah dan jujur
14.Bekerja secara pasukan

Orang yang cemerlang ibarat empangan, apabila semua anak-anak sungai dari hulu atau gunung mengalirkan air ke dalamnya, lama kelamaan empangan itu akan penuh.Maksudnya jika kita menghiasi hidup kita dengan sifat-sifat orang cemerlang, diri kita akan menjadi cemerlang tanpa perlu berasa bimbang takut-takut diri kita tidak cemerlang.

Jumaat, 22 Januari 2010

Subhanallah.....


dalam diri ada hati
dalam hati ada perasaan
jika hati mula mengasihi
hasad dengki usaha dielakkan

manusia hidup manusia mati
terbujur kaku ditimbus tanah
jika hasad membelit hati
kepercayaan diberi tidak amanah

manusia hidup berbangsa bangsa
kenal mengenal jalin ukhuwwah
hidup tidak bertimbang rasa
persahabatan dijalin akan musnah

lama sungguh tidak bersua
rindu dendam tersemat dihati
sayang kasih menyelinap jiwa
sanggup berkorban hingga mati

Ahad, 17 Januari 2010

NASIHAT DAN KASIH SAYANG


Sekiranya kebencian kita kepada kemungkaran sama dengan kebencian kepada orang yg melakukannya maka terputuslah tali temali dakwah antara kita dgn mereka.Sebaliknya kiranya mereka itu kita dekati dengan kasih sayang , belas kasihan dan dengan cara yang bijaksana ada kemungkinan kemungkaran  itu akan terhenti dan mereka akan kembali semula kepada fitrah.

(Oleh Prof.Dr. Sidek Baba)

 愛を込めてのアドバイス ai wo kome te no adobaisu :nasihat dengan kasih sayang ...(Ihsan lukhman)

Selasa, 12 Januari 2010

Rotan masih diperlukan dalam mendidik anak....

Lukman al-Hakim berkata:-

"Menggunakan cambuk(rotan) untuk seorang anak sangat perlu sebagaimana ladang perlu diairi"

Rasulullah pernah bersabda:-

"Allah merahmati  sesaorang yg menggantungkan cambuk(rotan) dirumahnya untuk menasihati ahli keluarganya"

Sabtu, 9 Januari 2010

Orang yang berilmu,dia selalu menang dalam pergaulan kerana dia membiasakan diri ; caci disambut dengan senyuman,penghinaan ditangkis dengan lemah lembut,kemarahan dibalas dengan diam dan kejahatan dibalas dengan kebaikan....

Khamis, 7 Januari 2010


"Dengan nama Allah yang Maha Pengasih lagi MAha Penyayang."

"Tidak ada sesuatu yang melata dibumi ini ,kecuali ditanggung Allah rezekinya,dan dia(Allah)

mengetahui tempat kediamannya dan tempat penyimpanannya,semua tertulis dikitab yang jelas."

(Surah Hud ayat :6)

Isnin, 4 Januari 2010



Persekolahan bermula
ibu bapa yg kumpul duit dah lama
bayar yuran untuk anak-anak semua
rasa perit nak keluar duit tapi dah terpaksa
kalau tak ibu bapa siapa nak ambil kira
kekadang rasa malu minta tangguh sebahagianya
sebab tak cukup duit bila dah kira
macam manapun kena ikhlaskan jua
anak nak belajar biar selesa rasa
ilmu diterima dengan sempurna