Khamis, 9 Jun 2011

Teguhkan Bahteramu


Tuguhkan bahteramu kerana lautan yang kau harungi itu adalah terlalu dalam

Banyakkan bekalan kerana perjalanan kita terlalu jauh

Ringankan belakangmu kerana yang nak kita daki terlalu curam

Tersilap langkah tersungkur meluncur dijurang yang sangat dalam

Tiada siapa yang mampu membantu hanya amalanmu

Ikhlaskan perbuatanmu kerana yang menilai amat menilai apa yg kita lakukan

Kita akan dipanggil pulang pada bila-bila masa

Bersediakah kita untuk bertemu denganNya?

Telah sempurnakah amanah yg diberikan semasa di dunia

Berkiralah kita dahulu tentang amal dan perilaku hati dan anggota

Sebelum terlambat menyesal tak guna

Ahad, 5 Jun 2011

DISINI OK...DISANA KO

Pakailah apa saja yang kau suka

Simbahlah diri dengan wangian menggoda

berjalanlah dikau dengan hentakan menggila

menarilah dikau dengan lentok mempersona

bercakaplah dikau dengan kelunakan suara

bebaskanlah dirimu dari batas agama

yang menyekat bagaikan penjara

berdalihlah dikau dengan dalih yang berjuta

namun DI SANA

tiada apa yang dapat membantu

meraka yg seronok menonton dirimu

tak dapat berkata terus membisu

tak bergerak kaku membatu

yang bersorak  dulu kini buat tak tau

bukan mereka sengaja buat begitu

tapi mereka sememangnya tak mampu

bersedialah terima balasan yang menunggu

yang pernah Allah janjikan dahulu

apakah dikau pernah berfikir seperti aku ?

ayuh taubat sebelum terlambat

nolida ahmad
1jun 2011

GOLONGAN YANG SESAT ( Golongan dibenci Allah)

ASHABUL SYIMAL (orang-orang yang menerima amal catatan dengan tangan kiri)

DAHRIYUN (orang yang tidak percaya adanya Tuhan-Atheis)

DALLUN (orang-orang yang sesat)

FASIQUN (orang yang fasiq atau derhaka kepada Allah)

FUJJAR (orang-orang yang berbuat maksiat)

GHAFILUN (Orang-orang yang lalai)

HASIDUN (orang-orang yang hasad dengki)

HIZBUSY-SYAITAN (orang yang mengikut jejak syaitan)

JABBARUN (orang yang berbuat sewenang-wenangnya)

KAFIRUN (orang-orang yang kafir)

KHA'INUN (orang-orang yang khianat)

KASIRUN (orang-orang yang rugi)

MAKIRUN (orang-orang yang membuat tipudaya)

MUBAZZIRUN (orang-orang yang membazir/boros)

MUBTILUN (orang-orang yang membuat batil)

MUZABZABIN (orang-orang yang tidak mempunyai pendirian)

MUFSIDUN (orang-orang yang membuat kerosakan)

MUHARRIBUN (orang-orang yang memerangi agama Allah)

MUJRIMUN (orang-orang yang membuat kejahatan)

MU'TADUN (orang-orang yang melampaui batas)

MUKAZZIBUN (orang-orang yang mendustakan agama Allah)

MUKHTALUN-FAKHUR (orang-orang yang menyombongkan diri)

MUMTARUN (orang-orang yang ragu-ragu)

MUNAFIQUN (orang-orang yang munafik)

MURTADDUN (orang-orang yang keluar dari agama Islam)

MUSYRIKUN (orang-orang yang musyrik)

MUSTAHZI'UN (orang-orang yang memperolokkan agama Allah)

MUTAKABBIRUN (orang-orang yang sombong)

MUTHAFIFIN (orang-orang yang curang)

MUTTAKHIZATI-AKHDAN (wanita-wanita penzina)

MUTRAFUN (orang yang berlebih-lebihan)

QANITUN (orang yang berputus asa)

SYARRADDAWAB (orang yang paling buruk disisi Allah)

ZANAYAH WA ZANIY (penzina perempuan dan penzina lelaki)

GOLONGAN YANG SELAMAT

AHLUS SUNNAH WAL JAMAAH (orang-orang yang berpegang kepada sunnah)
AL-ABRAR (orang-orang yang suka melakukan kebaikan)
AMAR MAKRUF NAHI MUNGKAR (perintah kebajikan, melarang kemungkaran)
ANSARULLAH (orang-orang yang membela agama Allah)
ASHABUL-KAHFI (orang-orang yang berada digua)
ASHABUL-YAMIN (orang yang menerima amal catatan dengan tangan kanan)
ZAKIRUNALLAH (orang-orang yang selalu ingat kepada Allah)
HAFIZUN (orang-orang yang memelihara amanat)
HAMIDUN (orang-orang yang memuji Allah)
HIZBULLAH (Orang-orang yang mengikuti agama Allah)
IBADURRAHMAN (hamba-hamba Allah yang mulia)
KHAIRU UMMAT (sebaik-baik umat/golongan)
KHASYI'UN (orang-orang yang khusyuk)
MUBALLIGHUN (orang-orang yang menyampaikan agama Allah)
MUFLIHUN (orang-orang yang beruntung)
MUHAJIRUN (orang-orang yang berhijrah)
MUHSINUN (orang-orang yang membuat ihsan/baik)
MUJAHIDUN (orang-orang yang berjihat di jalan Allah)
MUHTADUN (orang-orang yang mendapat petunjuk dari Allah)
MUKHLISUN (orang-orang yang ikhlas)
MUNFIQUN (orang-orang yang mengeluarkan hartanya)
MUQSITUN (orang-orang yang adil)
MUSTAGHFIRUN (orang-orang yang minta ampun kepada Allah)
MUSLIMUN (orang-orang Islam)
MUKMINUN (orang-orang yang beriman)
MUTATAHHIRUN (orang-orang yang mensucikan diri)
MUTTAQUN (orang-orang yang bertaqwa)
MUTAWAKKILUN (orang-orang yang bertawakkal atau menyerah diri kepada Allah)
NABIYYUN WA MURSALUN (para Nabi dan para utusan/Rasul Allah)
SABIRUN (orang-orang yang sabar)
SADIQUN (oarang-orang yang benar/jujur)
SOLEHUN (orang-orang yang soleh)
SYAKIRUN (orang-orang yang bersyukur)
SYUHADA (orang-orang yang mati syahid)
TAWWABUN (orang-orang yang bertaubat)
ULAMA (orang-orang yang ahli dalam agama Islam)
ULIL-ALBAB (orang-orang yang berfikir/cendekiawan)
WALIYULLAH (orang-orang yang dikasihi Allah)

Allahu A'lam

Khamis, 19 Mei 2011

SUSU


















Nak minum susu
cawan hanya satu
dalamnya ada kotoran, pasir dan batu
buang dan basuh dulu
baru masukkan susu
baru berkhasiat ibarat susu ibu

begitulah hakikat hati kita
jika mzmumah masih ada 
mahmudah sukar masuk disana

Selasa, 17 Mei 2011

JAGA-JAGA

manusia sering tertipu dengan pujuk rayu
manusia sering tersentuh dengan suara pilu

juga mudah terpaut hanya dengan kata-kata
dan pandangan mata..
awas dan jaga-jaga
jangan biar diri terluka
sebab kecuaian kita

nolida 
18/5/2011

Jumaat, 29 April 2011

Ingatkan aku

Walaupun kusering mengingatkan
aku jua tak sunyi dari kesilapan
teguran dan nasihat kalian kuharapkan
kenapa nak mengelak jika punya sandaran
kita semua punya kekurangan
hadir kita disini pasti punya tujuan
kalau nak tunjuk pandai... baik hentikan!!

~pesanan buat diri~

Rabu, 16 Februari 2011

Tugas Suci



Medan kita di sini


tugas kita menanti


dirimu adalah daei


tanggungjawab berguni

dimana2 dakwah usah henti

berbekal cinta Allah dan cinta Nabi

walau berat digagahi

gunung kita daki

lembah kita turuni

lautan kita harungi

kerana

kita sementara disini


Nolida Ahmad
17/2/2011

Cinta Agungmu



Lahirmu ditunggu 
Seluruh alam bergembira
Lahirmu pembawa rahmat
Lahirmu penyelamat aqidah
Lahirmu peyelamat umat

Setulus cintamu
Kau hamparkan buat kami
Seluruh hidupmu mengabdi diri
Demi cinta Allahu Rabbi
Walau terjamin singgahsana
Buat kekasih Ilahi

Cintamu Nabi
Menjangkau jauh berlari
Walau kami tak wujud lagi
Kebimbanganmu pada kami
Tidak terperi
Doamu mengiringi kami 'ummati'

Permintaan keramatmu
Kau simpan rapi buat kami
Syafaatmu kami nanti
Pada saat sukar dunia satu lagi

Ya Rasulallah
Cintamu...suci...mewangi
Meresap kesanubari

Nolida Ahmad
15/2/2011
9.00 pg

Uswatun Hasanah


Baginda paling bijak

baginda paling sabar

baginda paling lemah lembut

baginda hebat di medan perang

baginda paling baik terhadap keluarga

baginda paling banyak senyumnya

baginda paling penyayang

baginda paling berhikmah

baginda pencinta hebat

baginda paling benar

Rasulullah tiada tandingan

penghulu para Nabi dan Rasul

Kenapa  berbasi-basi

melahirkan cinta...mengamalkan sunnahnya

kenapa masih berdalih

jika tak mampu...usah memperlekeh!!

apa gunanya berarak, bersajak , berlagu

jika hati  masih ragu



Nolida Ahmad
15/2/2011

Khamis, 10 Februari 2011

Kawal Emosi

"Janganlah emosi sangat" ,"kawal lah emosi tuuuu....!!!!"

Ungkapan di atas menunjukkan emosi itu perlu dan membantu mempermudahkan manusia dalam kehidupan , cuma perlu dikawal dengan akal..


>Kalau suka......janganla ketawa sampai nampak anak tekak atau bertepuk bertampar tak kira jantina
>Jika marah......jangan buat muka bengis nanti kedut...cepat tua atau jangan sampai putus sedara.
>Jika sedih....... jangan sampai guling2..atau sampai buta..cam citer Kasim Selamat tu
>Jika manja.......jangan sampai macam kucing.
>Jika takut........jangan sampai takut melebihi takut kepada-Nya
>Kalau meluat....jangan?

Manusia 'seringkali' suka melihat yang negatif dari yang positif....betul ke? macam betul je kan...


Kajian membuktikan...jika perhubungan emosi seseorang di dalam otak telah rosak, dia tidak dapat membuat keputusan walaupun keputusan yang mudah. Ini kerana dia tidak tahu perasaannya terhadap pilihan yang telah dibuat.( tak ingat kajian sape)

Sabtu, 22 Januari 2011

Jiwanya Yang Lara.....

Bermula dgn gaya sederhana dan biasa  ( dalam proses)

Isnin, 10 Januari 2011

Hatiku berbisik....


Ikhlaskah aku
seperti kata yg terucap
Pasrahkah aku padaNya
padahal seringkali menangis pada perkara-perkara dunia
Apa pandangan kawan-kawan padaku
diam mereka setuju?
atau saja taknak ambil tahu
sambutlah tanganku
bimbinglah aku
Usah biarkan aku membuat keputusanku sendiri..
melainkan dengan kehendakMu
Terlalu kerdilnya diri
Terlalu dhoifnya diri
semua adalah ujian dariMu
wahai hati tenanglah diri
ringanlah lidah menyebut namaMu
ringankan tangan membantu keranaMu
Alirkan air mata
kerana takut azabmu
Lahirkan rasa cinta...
semuga ringan ibadahku keranaMu

Selasa, 4 Januari 2011

AL HADIS hari ini



Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :

"Janganlah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam kadaan seseorang itu dibelasah secara zalim , kerana laknat  akan turun keatas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya".

Tutup akaun FB Sementara


Semalam 4 Jan 2011 akaun fb Nolida Ahamd tutup sementara.
Ermmm...boleh tahan juga fb  ni mencuri masa .
Daripada teringat-ingat nak buka , teringat-ingat kawan disana apa cerita , sedangkan kerja bertimbun , adalah lebih baik rehat seketika tumpukan kerja yg menuntut tumpuan dan nak disiapkan segera pada ketika yg ditetapkan.Umtamakan yg lebih utama , ye tak?
Memang banyak info boleh dapat di sana( fb) melalui nota kawan-kawan juga komen-komen yang membina. Jaga masa , kawal juga , tapi kekadang terbabas juga.
Selagi digelar manusia maka lalai dan lupa seringkali melanda.
Jalan terbaik aetakat ni ialah tutup je akaun tu.
Ala sementara je...Ha..... la ni dapat lebih masa sikit untuk blog yang dah mula sejuk...

Blog ni........?sapa nak baca , bacalah , kalau tak nak tutup je lah.
Kalau ada manfaat gunakanlah.
Kalau takda tinggalkan saja..kan?
PISAU DITANGAN ANDA...terpulang nak guna macam mana.
Jangan gunakan pisau tu untuk bunuh orang , toreh muka orang atau rosakkan harta benda orang sudah le...gunakan untuk memasak bagus...potong daging potong sayur...emmmm...dapat makan sedap-sedap.
Ok lah nak sambung keja yag dari tadi tunggu je...
"heiii mana lah orang yg nak siapkan aku ni.."...kerja pun pandai bermonologue tau....
babai....Semuga anda semua sejahtera dalam rahmat Allah

Sabtu, 1 Januari 2011

SEN ^____^ YUM


Jom senyum
walau hati berduka
sebenarnya kita masih mampu senyum
siapa boleh buat?
kalau anda boleh buat..senyum dalam duka
anda memang hebat
dalam hati berduka mampu ceriakan suasana
jom cuba....!!cubalahhhhh.....
kita akan rasa kita hebat
kita wujudkan rasa syukur yang terhingga kepadaNYA
kerana mampu menyembunyikan duka
Lahaula wala Quwwata Ila Billahh
apa?
pura-pura?
takpa...tak salahnya...kita tak tipu sesipapun...kan?

SENYUMLAHHHH!!!....ikhlas tau...kerana ALLAH
INSYAALLAH

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011


Esok hari akhir setelah bercuti panjang..
cuti panjang?....ermm tak panjang pun
nama saja cuti tapi kerja memanjang
takpa lah...selagi hidup kena terus hidmat kan
apapun keja yg dilaksanakan taklah menekan sangat
keja boleh dibuat bila-bila tak tetap masa...yg penting selesai bila sampai ketika
sesi persekolahan 2011 dah nak mula...keja pun dah semakin banyak
program disusun takwim untuk sepanjang tahun
ada kala seronok....apa pun jadual mesti dilaksana bila sampai masa
kerja bermatlamat.....bila dapat dilaksanakan Allahuakbar seronoknya rasa
satu kepuasan yg sukar diucap
setiap keja kenalah buat dengan ikhlas
kerana Allah
jadilah ibadah...tak rugi...berbaloi baloi
kenapa kita mengeluh?
kerana kita rasa tertekan dan tak suka
apapun kalau buat kerana terpaksa....memang tak seronok
kena bersemangat...datangkan semangat
motivasikan diri sendiri
usah tunggu orang lain memotivasikan diri kita
kalau buat dengan hati menyampah...sedangkan keja kena buat juga
tak ke terseksa jiwa...lagi bagus tukar muka dari :(   kepada   :)
keja dibuat dengan gembira siap dan berpahala
muka pun tak berkerut...nampak awet muda je
jadi jom kita buat keja dengan penuh semangat...walaupun terpaksa
nak tak nak kena buat juga
alahhhh...merungut buat apa..hehe

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011
CERIA , CERIA , CERIAAAAA.....!
Assalamualaikum..^_^

Ahad, 26 Disember 2010

SUKA DIPUJI



( Seronoknya buaya ni....lepas kena puji agaknya....:) )

Ramai  orang suka dipuji....kita juga?
Mahu kembang kuncup hidung bila dengar diri dipuji.

Tidak salah kita memuji
Cuma pujian ini kadang-kadang mampu menjatuhkan seorang daie

Bila dipuji
Mulanya malu-malu…cuba menafikan..cuba merendah diri..

Tetapi
Apabila terlalu kerap dipuji…
Dia jadi makin dahaga dipuji..mendambakan pujian orang

Jadi
Pujilah sahabatmu seadanya
Jangan berlebih-lebihan

Pujian di belakangnya
lebih baik dari memuji dihadapannya

Pujian boleh
sebabkan kita jatuh tersembam
dari jalan dakwah yang murni

Pujian mampu
Menyebabkan seorang Daie longlai

berdoalah :
”Ya Allah,janganlah kau hukum kami diatas apa yang mereka katakan,sesungguhnya mereka tidak mengetahui.Malah jadikanlah kami lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.Ameen.”

Rabu, 8 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH

HIJRAH HATI , MINDA ATAU APA SAJA DARI YANG NIGATIF KEPADA YG POSITIF
SEMPENA HIJRAH.....KITA  PERKUATKAN LAGI 
MANA-MANA AZAM YANG MEMANG SEDIA ADA
SEMUGA TERBIMBING 
SEMUGA SENTIASA MENYEDARI TINGKAH LAKU KITA
SENTIASA....
DPERHATIKAN
DICATAT 
SEGALA AMALAN