Selasa, 17 Ogos 2010
Ahli Sufi: HASAN AL-BASARI
Hasan al-basari biasa menulis pada pakainnya dosa yang telah dilakukan.Beliau selalu melihat tulisan itu dan akan menangis tersedu-sedu , kadangkalanya hingga tidak sedarkan diri.
Hasan al-Basari sangat merendah diri sehingga menganggap dirinya lebih hina daripada segala yang lain.Beliau pernah berkata tatkala melihat seekor anjing ."Ya Allah! demi anjing yang baik itu ,terimalah aku sebagai hamba-MU."
Suatu ketika Hasan melihat seorang lelaki terperangkap disatu kawasan yang berlumpur , beliau menegur lelaki itu agar berhati-hati,jangan sampai lemas dan tenggelam . Jawab lelaki itu,"Jika aku tenggelam aku seorang sahaja yang menderita.Jika tuan jatuh ,semua pengikut tuan akan tenggelam sama."
Langgan:
Catat Ulasan (Atom)
Tiada ulasan:
Catat Ulasan