Ahad, 22 Ogos 2010

CINTA HAKIKI

ku mencari cinta hakiki

keranan-Nya cinta dicari

dunia menipu mrnghindar diri

ambil sekadarnya tidak melebihi

agar tidak karam kapal dikemudi

beratnya tanggungjawab tak terpenuhi

tenanglah diri redha apa yg diberi

cinta dunia akan takut mati

cinta manusia ditinggal pergi

cinta yang Esa mendorong diri

berusaha keras apa yg patut dipenuhi

bekalan dikumpul raga iman diisi

bila sampai masa bertemu Ilahi

tenang hati wajah berseri

soalan sedikit loloslah diri

tak tunggu lama syurga terngaga menanti

terimalah insan dhoif ini

wahai pencipta cinta dihati

9.30 malam
22/8/2010

Tiada ulasan:

Catat Ulasan