Sahabat yang dikasihi Allah,
Allah s.w.t yang Maha Pemurah dan Maha Penyayang
telah memberikan lima keistimewaan kepada umat Nabi Muhammad s.a.w dan tidak pernah diberikan-Nya kepada umat-umat sebelum baginda dibulan Ramadhan.
Keistimewaan tersebut adalah seperti berikut :
Pertama : Pada malam pertama Ramadhan Allah s.w.t mengampunkan dosa-dosa mereka dan tidak menyiksa mereka selama-lamanya. (kecuali mereka yang syirik dan melakukan dosa besar. Perlu bertaubat dahulu)
Kedua : Mulut oarang yang berpuasa lebih harum daripada bau kasturi di sisi Allah s.w.t.
Ketiga : Seluruh malaikat memohon ampun siang dan malam kepada Allah s.w.t.untuk orang yang berpuasa.
Keempat : Allah s.w.t memerentahkan Syurga bersiap sedia untuk menyambut tetamu-Nya yang berpuasa.
Kelima : Allah s.w.t menunggu-nunggu untuk memberi keampunan kepada hamba-hamba-Nya yang berpuasa.
Kelebihan orang yang memberi makan dan minuman kepada orang yang berpuasa :
Diriwayatkan daripada Zaid bin Khalid al-Juhaniy r.a katanya: Rasulullah s.a.w bersabda maksudnya :
“Sesiapa yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka, dia akan mendapat pahala sebagaimana pahala orang yang berpuasa itu tanpa mengurangkan sedikitpun pahala orang yang berpuasa tersebut.”
(Hadis riwayat Imam Tirmizi).
Pengajaran Yang Boleh Diambil Dari Hadis:
1- Penjelasan tentang kelebihan orang yang menjemput orang yang berpuasa berbuka malah disunatkan berbuat demikian serta dorongan supaya melakukannya.
2- Dalam tindakan menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka terdapat seruan kepada kasih-sayang, persamaan dan bantu-membantu di kalangan umat Islam.
3- Pahala seperti ini akan diganjarkan kepada sesiapa sahaja yang menjemput orang yang berpuasa untuk berbuka walaupun hanya dengan sebiji kurma, seteguk air minum atau seteguk susu.
Menghidupkan malam Ramadhan :
Sabda Rasulullah s.a.w: “Barang siapa menghidupan malam Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan mendapatkan redha Allah s.w.t semata, nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.
Abu Hurairah r.a meriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w. senang menghidupkan bulan Ramadhan dengan melaksanakan qiyamullail dengan tidak memaksakannya kepada para sahabat untuk melaksanakannya dan bersabda:” Barangsiapa yang melaksanakan qiyamullail pada bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan harapan nescaya Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau."
Dalam riwayat lain Rasulullah s.a.w.bersabda maksudnya : “Sesungguhnya Allah mewajibkan atasmu puasa Ramadhan dan disunatkan melakukan qiyamullail pada bulan suci ini, barang siapa berpuasa dan melaksanakan qiyamullail dengan penuh keimanan dan harapan maka Allah akan mengampuni dosa-dosanya yang telah lampau”.
Ehsan: Syeikh AB
Tiada ulasan:
Catat Ulasan