Khamis, 31 Disember 2009

PANTUN

PAGI HARI SARAPAN ROTI 
CICAH DENGAN AIR KOPI
JIKA RASA RESAH DIHATI
SOLAT ISTIKHARAH DIMALAM SEPI

BAU BUSUK TUTUP HIDUNG                                       
DUDUK TERMENUNG DITEPI KALI
GADIS CANTIK PAKAI TUDUNG
ANGGOTA LAIN DITUTUP DIJAGA RAPI

KERETA ROSAK TEPI JALAN
DITOLAK MONYET MASUK KE LUBANG
BUAT BAIK HANDAI DAN TAULAN
USAH MENYENDIRI BAK KERA SUMBANG

REHAT  DIBAWAH POHON NAN RIMBUN
TERSENGIH NAMPAK GIGI  YG JARANG
DOSA BANYAK BERTIMBUN TIMBUN
SIBUK CARI  SALAH ORANG

TIDAK BERKASUT TERPIJAK DURI
JATUH TERGOLEK BADAN BERBIRAT
APA SALAHNYA KITA MEMBERI
AKAN JADI SAHAM  DIAKHIRAT

MALAM  HARI PINTU TERBUKA
DITIUP ANGIN PADAMLAH PELITA
HIDUP MESTI BERBAIK SANGKA
JANGAN MENUDUH MEMBABI BUTA

TERBANG INDAH SIRAMA RAMA
HINGGAP DIATAS SIBUAH LONGAN
HIDUP BERSAUDARA SESAMA SEAGAMA
HORMAT MENGHORMATI JADI PEGANGAN


Sabtu, 19 Disember 2009

Kesan Zikrullah


Nabi s.a.w bersabda:


رَاَيْتً مَلاَءِكَة  يَبْنُونَ قُصُورًا لُبْنَةً مِنْ ذَهَبٍ  وَلُبْنَةً  مِنْ فِضَّةٍ , فَكُفّوا عَنِ

الْبِنَاءِ, فَقُلْتُ  لَهُمْ , لِمَ كَفَفْتُمْ  عَنِ البِناءِ؟

فَقَالُوا. : قَد تَمّتّْ  نَفَقَتُنَا , فَقُلْتُ ,مَا نَفَقَتَكُم؟ قالوا : ذِكْرُللهِ , فَاِنَّ

صَاِحَبَ  هَذَا  القَصْرِ  كَانَ  يَزْكُرُ اُللهَ , فَلَمَّا 

كَفَّ عَنْ ذكر الله تَعَالَى كَفَفْنَا عَنِ الْبِنَاء .

“Saya telah melihat para malaikat, bersama-sama membangun istana ,batu-batunya dari emas dan perak , lalu mereka berhenti didalam pembinaannya, maka aku bertanya kepada mereka : “mengapa kamu semua berhenti bekerja membangunnya?” Mereka menjawab : “Sesungguhnya anggaran kami sudah habis.” Kata ku : “ Dimanakah anggaran yang kamu gunakan?” Mereka menjawab “ Zikir kepada Allah , sesungguhnya pemilik istana ini membaca zikir kepada Allah , dan ketika dia berhenti berzikir kepada Allah Ta’ala ,kamipun berhenti melaksanakan pembangunannya”

Dipetik dr kitab Duratun Nasihin

Jumaat, 18 Disember 2009

Mari kita renung sejenak


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini
 

Salam buat Semua...

Semakin hari umur kita semakin meningkat,amalan kita macam mane ye...?

Ibn Mas'ud berkata:- 
" Perkara yang paling sedih ialah bila tibanya tahun baru adalah, umurku bertambah tetapi amalanku tidak bertambah"

Semuga kita semua dalam pemeliharaan Allah..

Rabu, 16 Disember 2009

Rehat Jap..


Kalau Sampai Ipohhh.......

Suatu hari, seorang ibu menghantar anaknya yang baru berusia 5
tahun menaiki bas ekspres Kuala Lumpur - Kangar. Ibu itu berpesan
pada pemandu bas "Encik.. tolong tengokkan anak saya ya... Nanti
kalau sampai di Ipoh... cakap pada anak saya." Sepanjang perjalanan,
si anak ini cerewet sekali. setiap seminit dia akan bertanya pada
penumpang disebelahnya.. "Sudah sampai Ipoh belom?" Hari mulai malam
dan anak itu masih terus bertanya-tanya. Penumpang disebelahnya
menjawab.. "Tidor aje la.. Belom sampai lagi ni.. nanti kalau sampai
saya akan kejutkan!" Tapi si anak tidak mahu diam.. dia pergi ke
depan dan bertanya pada pemandu untuk kesekian kalinya, "Pakcik..
sudah sampai Ipoh ke belom?" Pemandu yang sudah keletihan menjawap
soalan itu berkata.. "Belom! Tidur aja la! Nanti kalau dah sampai
kat Ipoh.. pasti dikejutkan..!" Kali ini, si anak tidak bertanya
lagi, dia tertidur nyenyak sekali. Kerana suara si anak tidak
kedengaran lagi.. semua orang di dalam bas lupa pada si anak,
sehingga ketika sampai di Ipoh.. tidak ada seorang pun yang
membangunkannya. Hinggalah melepasi Alor Setar.. si anak masih
tertidur dan tidak bangun-bangun. Tersedarlah si pemandu yang dia
lupa membangunkan si anak. Lalu ia bertanya pada para
penumpang.. "Encik-encik dan puan-puan sekalian.. bagaimana ni..
perlukan kita hantar semula anak ini?" Para penumpang pun merasa
bersalah kerana turut melupakan si anak dan setuju menghantar si
anak kembali ke Ipoh... Maka berpatah kembalilah rombongan bas itu
menuju ke Ipoh.. Sesampai di Ipoh... si anak dibangunkan. "Nak!
Sudah sampai di Ipoh! cepat bangun!" Kata Pemandu.. Si anak bangun
dan berkata.. "Oh sudah sampai ya!" alu si anak pun membuka beg
pakaiannya dan mengeluarkan nasi bungkusnya.. Seluruh penumpang
kehairanan... "Bukankah kamu hendak turun di Ipoh?" tanya pemandu
kebingungan. "Tidak lah.. mama saya pesan.. kalau sudah sampai di
Ipoh.. saya boleh makan nasi bungkus ni!"

dipetik dari - isuhangat.blogspot

Dinihari Yang Sepi



Tika malam sepi

Aku duduk sendiri

katakan pada diri

apakah yang kau ingini

apakah yang kau cari

dibirai katil duduk menyendiri

tiada kata hanya sunyi

berkedip mata tiada yang diperhati

aduhai kenapa jadi begini

kan elok basahkan pipi

dengan wuduk segarkan diri

menghadap tuhan Robbul Izzati

kepadaNYA menyerah diri

katakan kepadanNYA segala isi hati

kerdil sungguh aduhai diri

aku tak layak untuk syurgaMU serba wangi

namun ku takut azabMU membakar diri

kupasrahkan diri ya Ilahi

semuga segala dosa diampuni

tiap langkah dipimpini

tiap keputusan diberkati

tak tersasar dr lorong yg digarisi

ku rendahkan suara merintih  lirih

kumohon padamu ya Ilahi

terimalah taubatku ini

ampunkan dosaku yang menggunung tinggi

dosa padaMU dosa kepada tiap isi bumi

kasar kataku menyakitkan hati

sumbang langkahku kesana kemari

kebencian bergolak didalam hati

kotor fikiran menambah daki

pandangan sinis mengundang benci

padaMU  kutetap mengharap simpati

ampunkan hambaMU yang doif lagi naif ini

bimbing aku ya Robbi

kalau tidak padaMU siapa lagi

ampunkan.. ampunkan..ampunkan aku

yaaaaaa...... Robbi.....!



Selasa, 8 Disember 2009

Cuti Sekolah





Ingat senang jadi mak ayah..bila cuti sekolah sibuklah fikir macam mana nak isi masa cuti anak-anak supaya tak terbazir macam tu saja.Mula-mula buat jadual..cantik dah..wah ni mesti anak-anak suka..Tup tup dia kata tak nak ikut jadual tu...tak menyirap darah dibuatnya..mana tak nya kita dah beria-ia tiba-tiba tak nak la pulak...dah siapka bujet lagi.Ye lah anak dah remaja kan..ada cita rasa sendiri..maka beralah lah mak ayah untuk anak.Bukan macam zaman dulu..anak jarang bantah mak ayah cakap.Kata jawa..manuuut aje..tp diaorang hebat juga.Yg dah layak ambil lesen kereta pulak sibuk nak ambil lesen kereta.Disebabkan kawan-kawan punya cerita maka terpengaruhlah.Konon masuk U nanti senang dah ada lesen...eh eh dia ingat senang dia je kan! Dia.Ingat mak ayah tak tau nak bagi ke..? ingatlah anak-anak.. ibu bapa juga ada masalah...lebih-lebih lagi dari segi kewangan...masalah yang cukup sukar untuk dikatakan bila tak mampu...yang mampu tak usah cerita le...Yang lain pulak ashik nak cerita melancung sane melancung sini...hiii semua hobi dan minat diaorang ni kan,nak guna fulus semata.Ape salahnya jika fikir macam mane nak tolong mak ayah selepas menghabiskan banyak masa hanya di Asrama dan di sekolah.Sekolah,asrama,sekolah asrama... habis sekolah masuk U habis U keje...pas tu nak kawen pulak...! Dah tu bila pulak ye dia orang nak berbakti kt kat mak ayah.Masa mula-mula keje bagi mak ayah RM 300 sebulan.Bila dah kawen pulak...potong 50% jadi RM 150 je...ingat masa mak ayah bela kita dulu..cukup ke RM150 sebulan.Mana cukupnya..yg kat asrama penuh tu tak payah ceritalah..memang mudah..habis yg lain-lain.?Itu asas je...tah berapa pasang kasut kita dah jahanamkan dari kecil sampailah ke U cuba kira berapa harganya...Makan pulak berapa guni beras dan berapa ekor ayam n lembu kita dah lahap, berapa bakul sayur kita dah kunyah?.Baju pun agaknya bila bentang boleh penuh satu kampung kainnya...alahaiiii.
Aduhai anak-anak sekelian..muhasabahlah...ape lagi anak-anak yang berilmu dan dibekalkan agama...Tak kesah jika mak ayah kita memang mampu...bagi yang tak mampu..? kesian...Ada mak ayah yang sanggup buat ape je untuk anak sampai pinjam duit sebab anak nak pegi rombongan sekolah..pada hal tak diwajibkan pun. Kekadang ada yang ikat perut tahu...demi memenuhi keperluan anak...

Yang sedih....dah bekorban begitu rupa...anak masih kata " Eleh itu baru sikit...,kawan kita tu lagi banyak dia dapat....mak dia tak bising pun" wahhh...bagi yang garang....dah kena lepuk dek ayah dia...bagi mak yang tak garang, maka menangis sedihlah ia

Wahai anak-anak sekelian....  dengarlah nasihat mak ayah selagi mereka tidak menyuruh melakukukan kemungkaran. Tidak redo Allah melainkan redo ibu dan bapa...