Isnin, 26 Julai 2010

Doa Ma'thuraat



Ya Allah...


kurniakanlah kami lisan yang lembut basah 



mengingati 


dan menyebut nama-MU,
hati yang penuh segar mensyukuri nikmat-


MU

serta badan yang ringan menyempurnakan 



ketaatan 


kepada perintah-MU,
Ya Allah


 kurniakanlah kami iman yang sempurna,

hati yang khusyuk,
Ilmu yang berguna,

keyakinan yang benar-benar mantap.


(YA Allah) kurniakanlah kami (din) cara 



hidup yang jitu 


dan unggul,
selamat dari segala mara bahaya dan 


petaka.

Kami memohon (Ya Allah) kecukupan yang 



tidak sampai 


kami terpaksa meminta jasa orang lain.
Berikanlah kami (Ya Allah) iman yang 


sebenarnya 


sehingga kami tidak gentar atau mengharap 


orang lain 


selain dari Engkau sendiri
Kembangkanlah lembayung rahmat-MU kepada 


kami.

keluarga dan anak-anak kami serta sesiapa



sahaja yang 


bersama-sama kami sendiri;
walaupun kadar sekelip mata atau kadar 


masa yang lebih 


mudah dan cepat
wahai yang memperkenankan doa....


PERKENANKANLAH....

Ahad, 25 Julai 2010

Alasan Bila Dah Tak Nak.....


Seorang pengarah sebuah syarikat sudah mendapatkan Sekretari yang diinginkan, lalu beliau menugaskan stafnya Ajoi untuk meneruskan baki temuduga dengan calon-calon yang masih ada... Pengarah tersebut mengarahkan Ajoi menolak semua calon yang tinggal. Dengan yakinnya Ajoi melaksanakan tugasnya. Satu persatu calon dipanggilnya.
Ajoi : "Kamu memohon sebagai apa?"

Calon 1 : "Sekretari"

Ajoi : "Kamu merasa cantik ke tak?"

Calon 1 : "lebih kurang macamtu la"

Ajoi : "Permohonan Kamu tidak diterima."

Calon 1 : "Sebabnya?"

Ajoi : "Nanti pekerja disini akan jatuh cinta pada kamu dan berlaku perkara tak elok... "

Calon 1 : "Sebenarnya saya merasa tidak cantik"

Ajoi : "Makin lah saya tidak terima."

Calon 1 : "kenapa pulak ?"

Ajoi : "Buat sakit mata aje"

*Begitulah kisahnya.....kalau dah tak mau....


Isnin, 12 Julai 2010

BEBERAPA HADITS BERKAITAN DENGAN AZAB QUBUR



Diriwayatkan oleh Ahmad dan Abu Bakar bin Abu Syaibah dari Abu Sa'id al-Khudri bahwa ia berkata, "Aku pernah mendengar Rasulullah bersabda, Akan dikuasakan kepada orang kafir dalam kuburnya sembilan puluh sembilan ekor ULAR yang akan menggigitnya sampai tiba hari kiamat. Seandainya seekor saja dari ULAR itu menjilat sebidang tanah, maka tanah itu akan mati (tidak dapat menumbuhkan tanamanDiriwayatkan ).''

Disebutkan dalam sebuah hadits mauquf Abdullah bin Amr ibnul-Ash, " Setelah menyuruh malaikat menyempitkan kubur orang kafir, Allah lalu mengirim padanya beberapa ekor ULAR yang kemudian memakan dagingnya hingga tinggal tulang-tulangnya belaka. Lalu, Allah menyuruh malaikat menyiksanya dengan palu."

Marilah sama-sama kita berdoa dan memohon dari Allah Taala perlindungan dan mengharapkan kematian yang Husnul Khatimah...ameen..!

Sabtu, 10 Julai 2010

Bacalah Dan Carilah Mutiara-mutiara Dari Al Quran


Al Quran Bukan buku sains

Tetapi di dalam Alquran

Ada kenyataan-kenyataan yang saintifik.........................



"YA ALLAH..................... AMPUNKANLAH KAMI....KERANA MASA KAMI

BANYAK MENGUTAMAKAN BUKU-BUKU LAIN.......

DARI AL QURAN"

Khamis, 8 Julai 2010

Kelebihan Mandi Sebelum Subuh




MANDI pagi sebelum subuh atau sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik. Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak
mengumpul. Itu sebabnya selalu kita lihat orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi. Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).




Usah makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. di kuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion+ manakala dalam ikan mengandungi ion-, jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tidakkan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.





Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli saintis telah menjumpai bahawa enzyme banyak terkandung di celah jari jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzyme sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam)






Begitu juga waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrain. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan. Allahu'alam

Jumaat, 2 Julai 2010

ISTIQAMAH VS KAROMAH

Seorang Ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun.Dia tidak pernah "ponteng"
 walaupun sekali melainkan ada uzur syarie. Namun , ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya.

" Sepanjang kita belajar dengannya,sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya," kata salah seorang anak muridnya.

" Berbanding dengan guru-guru lain ditempat kita , guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaan.Semua yang ada padanya biasa2 saja," tambah yang lain.

" Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya.Malang betul nasib kita..."

Akhirnya sungutan-sungutan itu kedengaran juga ketelinga ulamak tua itu.Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak2 muridnya.

Pada suatu hari ketika sedang mengajar, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hitam.Namun anehnya kapur itu tidak jatuh...sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulamak tua itu.

Melihat kejadian aneh itu semua anak muridnya melopong kekaguman.Tidak sangka bahawa bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini turut memiliki KAROMAH. Melihat kekaguman anak2 muridnya, guru yang tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata,

" aku sangat hairan melihat sikap kamu semua.Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah menulis 40 tahun dipapan hitam ini?"

Pengajaran : Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit.Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang menperolihi karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberikan karamah tersesat kerana iman yang tidak istiqamah