Sabtu, 22 Januari 2011

Isnin, 10 Januari 2011

Hatiku berbisik....


Ikhlaskah aku
seperti kata yg terucap
Pasrahkah aku padaNya
padahal seringkali menangis pada perkara-perkara dunia
Apa pandangan kawan-kawan padaku
diam mereka setuju?
atau saja taknak ambil tahu
sambutlah tanganku
bimbinglah aku
Usah biarkan aku membuat keputusanku sendiri..
melainkan dengan kehendakMu
Terlalu kerdilnya diri
Terlalu dhoifnya diri
semua adalah ujian dariMu
wahai hati tenanglah diri
ringanlah lidah menyebut namaMu
ringankan tangan membantu keranaMu
Alirkan air mata
kerana takut azabmu
Lahirkan rasa cinta...
semuga ringan ibadahku keranaMu

Selasa, 4 Januari 2011

AL HADIS hari ini



Rasulullah SAW telah bersabda yang maksudnya :

"Janganlah seorang daripada kamu berpeluk tubuh dalam kadaan seseorang itu dibelasah secara zalim , kerana laknat  akan turun keatas orang yang menyaksikan ketika mereka tidak mempertahankannya".

Tutup akaun FB Sementara


Semalam 4 Jan 2011 akaun fb Nolida Ahamd tutup sementara.
Ermmm...boleh tahan juga fb  ni mencuri masa .
Daripada teringat-ingat nak buka , teringat-ingat kawan disana apa cerita , sedangkan kerja bertimbun , adalah lebih baik rehat seketika tumpukan kerja yg menuntut tumpuan dan nak disiapkan segera pada ketika yg ditetapkan.Umtamakan yg lebih utama , ye tak?
Memang banyak info boleh dapat di sana( fb) melalui nota kawan-kawan juga komen-komen yang membina. Jaga masa , kawal juga , tapi kekadang terbabas juga.
Selagi digelar manusia maka lalai dan lupa seringkali melanda.
Jalan terbaik aetakat ni ialah tutup je akaun tu.
Ala sementara je...Ha..... la ni dapat lebih masa sikit untuk blog yang dah mula sejuk...

Blog ni........?sapa nak baca , bacalah , kalau tak nak tutup je lah.
Kalau ada manfaat gunakanlah.
Kalau takda tinggalkan saja..kan?
PISAU DITANGAN ANDA...terpulang nak guna macam mana.
Jangan gunakan pisau tu untuk bunuh orang , toreh muka orang atau rosakkan harta benda orang sudah le...gunakan untuk memasak bagus...potong daging potong sayur...emmmm...dapat makan sedap-sedap.
Ok lah nak sambung keja yag dari tadi tunggu je...
"heiii mana lah orang yg nak siapkan aku ni.."...kerja pun pandai bermonologue tau....
babai....Semuga anda semua sejahtera dalam rahmat Allah

Sabtu, 1 Januari 2011

SEN ^____^ YUM


Jom senyum
walau hati berduka
sebenarnya kita masih mampu senyum
siapa boleh buat?
kalau anda boleh buat..senyum dalam duka
anda memang hebat
dalam hati berduka mampu ceriakan suasana
jom cuba....!!cubalahhhhh.....
kita akan rasa kita hebat
kita wujudkan rasa syukur yang terhingga kepadaNYA
kerana mampu menyembunyikan duka
Lahaula wala Quwwata Ila Billahh
apa?
pura-pura?
takpa...tak salahnya...kita tak tipu sesipapun...kan?

SENYUMLAHHHH!!!....ikhlas tau...kerana ALLAH
INSYAALLAH

Selamat Menyambut Tahun Baru 2011


Esok hari akhir setelah bercuti panjang..
cuti panjang?....ermm tak panjang pun
nama saja cuti tapi kerja memanjang
takpa lah...selagi hidup kena terus hidmat kan
apapun keja yg dilaksanakan taklah menekan sangat
keja boleh dibuat bila-bila tak tetap masa...yg penting selesai bila sampai ketika
sesi persekolahan 2011 dah nak mula...keja pun dah semakin banyak
program disusun takwim untuk sepanjang tahun
ada kala seronok....apa pun jadual mesti dilaksana bila sampai masa
kerja bermatlamat.....bila dapat dilaksanakan Allahuakbar seronoknya rasa
satu kepuasan yg sukar diucap
setiap keja kenalah buat dengan ikhlas
kerana Allah
jadilah ibadah...tak rugi...berbaloi baloi
kenapa kita mengeluh?
kerana kita rasa tertekan dan tak suka
apapun kalau buat kerana terpaksa....memang tak seronok
kena bersemangat...datangkan semangat
motivasikan diri sendiri
usah tunggu orang lain memotivasikan diri kita
kalau buat dengan hati menyampah...sedangkan keja kena buat juga
tak ke terseksa jiwa...lagi bagus tukar muka dari :(   kepada   :)
keja dibuat dengan gembira siap dan berpahala
muka pun tak berkerut...nampak awet muda je
jadi jom kita buat keja dengan penuh semangat...walaupun terpaksa
nak tak nak kena buat juga
alahhhh...merungut buat apa..hehe

SELAMAT MENYAMBUT TAHUN BARU 2011
CERIA , CERIA , CERIAAAAA.....!
Assalamualaikum..^_^