Ahad, 26 Disember 2010

SUKA DIPUJI



( Seronoknya buaya ni....lepas kena puji agaknya....:) )

Ramai  orang suka dipuji....kita juga?
Mahu kembang kuncup hidung bila dengar diri dipuji.

Tidak salah kita memuji
Cuma pujian ini kadang-kadang mampu menjatuhkan seorang daie

Bila dipuji
Mulanya malu-malu…cuba menafikan..cuba merendah diri..

Tetapi
Apabila terlalu kerap dipuji…
Dia jadi makin dahaga dipuji..mendambakan pujian orang

Jadi
Pujilah sahabatmu seadanya
Jangan berlebih-lebihan

Pujian di belakangnya
lebih baik dari memuji dihadapannya

Pujian boleh
sebabkan kita jatuh tersembam
dari jalan dakwah yang murni

Pujian mampu
Menyebabkan seorang Daie longlai

berdoalah :
”Ya Allah,janganlah kau hukum kami diatas apa yang mereka katakan,sesungguhnya mereka tidak mengetahui.Malah jadikanlah kami lebih baik daripada apa yang mereka sangkakan.Ameen.”

Rabu, 8 Disember 2010

SALAM MAAL HIJRAH

HIJRAH HATI , MINDA ATAU APA SAJA DARI YANG NIGATIF KEPADA YG POSITIF
SEMPENA HIJRAH.....KITA  PERKUATKAN LAGI 
MANA-MANA AZAM YANG MEMANG SEDIA ADA
SEMUGA TERBIMBING 
SEMUGA SENTIASA MENYEDARI TINGKAH LAKU KITA
SENTIASA....
DPERHATIKAN
DICATAT 
SEGALA AMALAN

Sabtu, 30 Oktober 2010

IKTIBAR DARI AL-QURAN

" Maka masing-masing (mereka itu) Kami AZAB kerana dosa-dosa , diantara mereka ada yang kami timpakan kepadanya HUJAN BATU DAN KERIKIL, ada yang ditimpa SUARA KERAS YANG MENGGUNTUR , ada yang kami BENAMKAN KEDALAM BUMI , dan ada pula yang kami TENGGELAMKAN. Allah sama sekali tidak hendak menzalimi mereka  , akan tetapi merekalah yang MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI."
~ Angkabut : 40~


" diantara mereka ada yang kami timpakan kepadanya HUJAN BATU DAN KERIKIL"
( Azab keatas kaum Aad.Angin didatangkan kencang dan sangat dingin , sambil membawa debu yg tebal.Mereka semua diterbangkan angin ,kemudian ditimbun oleh debu , dan benda yang bterbanagn memotong leher mereka , lalu berpisahlah kepala dengan badan.)


" ada yang ditimpa SUARA KERAS YANG MENGGUNTUR "
(Azab keatas kaum Thamud umat nabi Soleh. Mereka memungkiri janji , membubuh unta dan komplot membunug Nabi Allah Soleh.Setelah makan unta , mereka ditimpa penyakit hebat.Hari pertama muka kuning ,Hari kedua muka merah.Hari ketiga muka jadi hitam.Pada hari ketiga kedengaran pekikan yg sangat kuat , boleh memecahkan gegendang telinga , lalu darah naik kekepala , dan ranap..matilah semua. )


" ada yang kami BENAMKAN KEDALAM BUMI "
(Azab keatas Qarun yang sombong dengan kekayaannya)

)

"dan ada pula yang kami TENGGELAMKAN"
(Azab Fir'aun dan Haman yang tenggelam dalam lautan Qulzum setelah laut bertaut semula sesampainya Nabi mUsa kedaratan) 

"Allah sama sekali tidak hendak menzalimi mereka  , akan tetapi merekalah yang MENZALIMI DIRI MEREKA SENDIRI."
(Allah bukan ingin menganiaya mereka, kerana Allah tida kepentingan untuk menganiaya mereka.Hukum yang Allah jatuhkan adalah semata-mata keadilan.

Sesungguhnya mereka telahpun diberikan peringatan terlebih dahulu sebelum ditimpakan azab melalui Rasul2 mereka.

Jika yang bersalah tidak dihukum kerana kasihan , apalah ertinya kebajikan yang dibuat oleh hambanya yang taat? 

(Sumber dari Tafsir Al-Azhar oleh Prof.Dr.HAMKA)

CONTOH - CONTOH KISAH DARI A- QURAN  AMAT BANYAK UNTUK DIRENUNGKAN DAN DIAMBIL IKTIBAR..NAMUN RAMAI YANG HANYA  BACA AL-QURAN..TETAPI ISINYA DIABAIKAN...SEHINGGAKAN BALA BENCANA DAH DEPAN MATA PUN KITA MASIH LEKA....WALLAHU A'LAM......AMPUNI KAMI YA RABBI..


Nolida Ahmad
31 okt.2010

Khamis, 28 Oktober 2010

Amalan Sunnah Setiap Hari

Hendaknya kita selalu menjaga tujuh sunnah Nabi setiap hari. Ketujuh sunnah Nabi SAW itu adalah:

Pertama: tahajjud, kerana kemuliaan seorang mukmin terletak pada tahajjudnya.

Kedua: membaca Al-Qur’an sebelum terbit matahari Alangkah baiknya sebelum mata melihat dunia, sebaiknya mata membaca Al-Qur’an terlebih dahulu dengan penuh pemahaman.

Ketiga: jangan tinggalkan masjid terutama di waktu shubuh. Sebelum melangkah kemana pun langkahkan kaki ke masjid, kerana masjid merupakan pusat keberkahan, bukan kerana panggilan muadzin tetapi panggilan Allah yang mencari orang beriman untuk memakmurkan masjid Allah.

Keempat: jaga solat dhuha, kerana kunci rezeki terletak pada solat dhuha.

Kelima: jaga sedekah setiap hari. Allah menyukai orang yang suka bersedekah, dan malaikat Allah selalu mendoakan kepada orang yang bersedekah setiap hari.

Keenam: jaga wudhu terus menerus kerana Allah menyayangi hamba yang berwudhu. Kata khalifah Ali bin Abu Thalib, “Orang yang selalu berwudhu senantiasa ia akan merasa selalu solat walau ia sedang tidak solat, dan dijaga oleh malaikat dengan dua doa, ampuni dosa dan sayangi dia ya Allah”.

Ketujuh: amalkan istighfar setiap saat. Dengan istighfar masalah yang terjadi kerana dosa kita akan dijauhkan oleh Allah.

Selamat beramal..............

Sunnah Rasulullah...Sejauh mana Penghayatan Kita



Hai orang yang mendakwa cintakan Nabi SAW , sejauh manakah kamu 


mengamalkan sunnahnya ?

Syukur kepada Allah kerana dengan limpahan anugerah dan kasih sayang-Nya, kita dapat menikmati nikmat Islam, mengecapi manisnya iman dan menghayati indahnya ihsan. Syukur kepada Allah kerana mengutuskan kepada kita seorang Rasul pembawa risalah kerahmatan sehingga kita dapat mengecapi nikmat-nikmat ini hingga ke hari ini.


‎"Sesungguhnya perumpamaanku dengan umatku seperti seorang lelaki yang menyalakan api, lalu datang serangga dan kelkatu mengerumuni api itu. Maka aku berusaha menjauhkan kalian dari terkena api itu, sedangkan kalian sentiasa ingin mendekati api itu."
(riwayat Bukhari dan Muslim).



Ramai yg lahirkan rasa cinta kepada Rasulallah...dan ramai pula yg remehkan sunnahnya...padahal dalam setiap sunnah ada kejayaan...Rasulallah bersifat FATONAH



Diriwayatkan oleh al-Bazzar daripada Aisyah berkata:

Tatkala saya melihat Nabi SAW berada dalam keadaan baik, saya berkata, “Wahai Rasulullah! Doakanlah untuk saya.” Rasulullah SAW pun mendoakan, “Ya Allah! Ampunilah dosa Aisyah yang terdahulu dan yang terkemudian, yang tersembunyi dan yang terang.” Mendengarnya, Aisyah ketawa gembira sehingga kepalanya jatuh ke ribanya kerana terlalu gembira. Lalu Rasulullah SAW bersabda, “Adakah doa saya menggembirakan kamu?” Aisyah menjawab, “Kenapa tidak, saya begitu gembira dengan doamu itu?” Rasulullah SAW bersabda, “Demi Allah! Inilah doa yang saya panjatkan untuk umat saya dalam setiap solat.





Setiap nabi mempunyai doa yang mustajab. Maka setiap nabi bersegera memanfaat doa itu. Tetapi aku menyimpankan doa itu sebagai penolong untuk umatku pada Hari Kiamat. (riwayat Muslim dalam kitab al Iman)



Diriwayatkan daripada Aisyah ra bahawa orang-orang Yahudi menemui Nabi SAW, lalu mengucapkan: “Kecelakaan ke atas kamu.” Rasululah SAW bersabda: “Dan ke atasmu juga.” Lalu Aisyah mencelah: “Semoga kecelakaan ditimpakan ke atas kalian juga, laknat Allah dan juga kemurkaan-Nya ke atas kalian.” Rasulullah bersabda: “Perlahan-lahanlah, wahai Aisyah! Berlemah-lembutlah kamu dan janganlah kamu berkasar.”Aisyah berkata: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang mereka ucapkan?” Rasulullah SAW bersabda: “Apakah kamu tidak mendengar apa yang aku katakan? Aku telah pun membalas ucapan mereka. Maka doaku itu dimustajabkan dan doa mereka tidak diperkenankan.” Jelas dalam situasi sebegitupun cinta yang mendalam dalam diri Rasulullah menghalangnya daripada berlebihan dalam membalas kejahatan.

Rabu, 27 Oktober 2010

Menagapa Perlu belajar Sejarah...?

SEJARAH OH SEJARAH


APA ITU SEJARAH? 


MENGAPA PERLU BELAJAR SEJARAH?






SEJARAH APA YANG PATUT KITA PELAJARI DAHULU?

SEJARAH UMAT ISLAM...... SEJAUH MANA KITA AMBIL TAHU?

SEJARAH PERJUANGAN RASULULLAH

SEJARAH KHULAFA' AR RASYIDIN

SEJARAH DAULAH UMAYYAH , ABBASIAAH , OTHMANIAH

TENTANG KEGEMILANGAN DAN SEBABNYA

TENTANG KEJATUHAN DAN SEBAB-SEBABNYA

BERAPA RAMAI YANG TAHU DAN AMBIL IKTIBAR?

SEJARAH KEUNGGULAN DAN KEPERIHATINAN SAYYIDINA UMAR AL KHATTAB....

SYYIDINA UMAR BIN ABDUL AZIZ

BERAPA RAMAI TAHU KEHEBATAN SULTAN MAHMUD AL FATIH?

SEJARAH KEHEBATAN SALAHUDDIN AL AYYUBI?

TARIQ BIN ZAID....DAN RAMAI LAGI

AJAKLAH ANAK-ANAK KITA MENDENGAR DAN MENGENAL  KISAH-KISAH  HEBAT INI

ULAS SERTA AMBIL IKTIBAR DARI KEHEBATAN DALAM PENGORBANAN...

KECEKALAN DALAM PERJUANGAN

PENGABADIAN DAN PEYERAHAN DIRI PADA YANG BERHAK DISEMBAH

TIDAK MEREMEHKAN SUNNAH WALAU SEKECIL MANA SEKALIPUN

HEBATNYA MEREKA.....TIDAK PERNAH BERJUANG UNTUK KEPENTINGAN SENDIRI

MELAINKAN KERANA ALLAH SEMATA

MENUNTUT KEREDHAANNYA

BERAPA RAMAI YANG TAHU DAN AMBIL IKTIBAR?






Selasa, 19 Oktober 2010

SEIRINGKANLAH KATA-KATA DAN TINDAKAN


Dari Syaqiq Al Balkhi berkata: “Suatu hari Ibrahim Bin Adham ( Abu Ishaq ) berjalan di pasar Basrahlalu ia dikelilingi oleh orang ramai dan mereka bertanya kepadanya: “Ya Abu Ishaq, Allah berfirman;bermaksud “Mintalah olehmu sekalian kepada Ku nescaya Aku kabulkan. Dan kami telah satu tahun berdoa dan doa kami belum dikabulkan.”
Ibrahim bin Adham menjawab:

“Bagaimana Allah hendak mengkabulkan doa kamu sedangkan hati kamu tertutup oleh 10 perkara.”

1. Kamu telah mengetahui Allah tetapi belum tunaikan haq-haqNya.
2. Kamu telah membaca Al-Quran tetapi tidak melaksanakan tuntutannya.
3. Kamu telah mengetahui syaitan sebagai musuh tetapi masih mentaatinya dan menyetujuiseruannya.
4. Kamu menyatakan kamu umat Muhammad s.a.w tetapi tidak mengerjakan sunnahnya.
5. Kamu menyatakan dirimu akan masuk syurga tetapi tidak mengerjakan apa-apa amalan yang akanmembawamu ke syurga
6. Kamu menyatakan dirimu selamat dari neraka tetapi ternyata kamu memasukkan dirimukepadanya.
7. Kamu menyatakan mati adalah benar tetapi tidak bersiap-siap menghadapi mati.
8. Kamu sibuk meneliti aib atau cacat teman-temanmu tetapi tidak pernah melihat aibmu sendiri.
9. Kamu telah makan dan merasakan nikmat Tuhanmu tetapi tidak mahu bersyukur kepadaNya.
10. Kamu telah menguburkan mayat-mayat rakanmu tetapi tidak mengambil pengajaran dari mereka.

Sama-sama kita renungkan dan hayati...insyaAllah
Semoga kita mendapat pengajaran darinya

Selasa, 12 Oktober 2010

BERCINTA SEBELUM KAHWIN

 



Cinta adalah fitrah (komponCinta adalah fitrah (komponen kejadian manusia). Firman Allah,"Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." (Ar-Rum : 30)







Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.


Syaikh Abdullah Nasih Ulwan berpendapat bahawa Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:


1. Cinta agung : cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.


2. Cinta pertengahan : cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai.


3. Cinta bawahan : menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.


Pengerusi Fatwa al-Azhar, Syaikh Atiyyah Saqr menjelaskan cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.


Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.


Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syarak adalah diharuskan oleh syarak dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.


(Ruj : Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta); Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup); Ibn Qayyim al-Jauziah, Raudhah al-muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin (Taman orang-orang bercinta dan kerinduan)en kejadian manusia). Firman Allah,"Fitrah Allah yang telah menciptakan manusia menurut fitrah itu. Tidak ada perubahan pada fitrah itu." (Ar-Rum : 30)

Imam Ibn Qayyim menjelaskan cinta adalah fenomena universal dan ia memberi kesan yang mendalam kepada jiwa manusia hinggakan dalam sastera Arab menghasilkan lebih dari 60 istilah cinta. Dunia Melayu pun apa kurangnya.

Syaikh Abdullah Nasih Ulwan berpendapat bahawa Islam mengiktiraf cinta yang bersemi pada setiap individu dan Islam telah menggariskan tiga tahap cinta:

1. Cinta agung : cinta kepada Allah, Rasul dan Islam serta berjihad membuktikannya.

2. Cinta pertengahan : cintakan sesama manusia: ibubapa, anak-isteri, kaum kerabat dan sahabat handai.

3. Cinta bawahan : menyintai sesuatu melebihi cinta kepada Allah, Rasul dan Islam.

Pengerusi Fatwa al-Azhar, Syaikh Atiyyah Saqr menjelaskan cinta adalah suci, cinta dalam bentuk apapun dibolehkan oleh syarak asalkan tidak dikotori dengan niat dan aksi kotor; ia mestilah tidak bercanggah dengn hukum-hukum syara' dan diiringi dengan cinta yang diredhai oleh Allah.

Cinta sejati boleh dibina sebelum berkahwin asalkan cinta yang direstui agama, dilahir dan dipupuk melalui saluran agama. Islam tidak menentang cinta kerana cintalah asas dalam ibadah antara hamba dengan Penciptanya; manakala cinta jugalah asas kepada pembentukan sebuah keluarga Islam yang harmonis.

Cinta yang dibenteras oleh Islam ialah cinta yang dicemari oleh maksiat dan menuruti hawa nafsu; manakala mereka yang memupuk cinta tapi tetap berpegang kepada ajaran Allah dan mengikuti saluran syarak adalah diharuskan oleh syarak dan seterusnya memadu cinta melalui jalan pernikahan yang sah dan halal.

(Ruj : Syaikh (Prof) Abdullah Nasih Ulwan, Islam wal Hubb (Islam dan Cinta); Syaikh Atiyyah Saqr, Islam wa Musykilatul Hayah (Islam dan permasalahan Hidup); Ibn Qayyim al-Jauziah, Raudhah al-muhibbin wa Nuzhah al-Musytaqin (Taman orang-orang bercinta dan kerinduan)

PERGAULAN MASA BERTUNANG



Tidak ada sebarang kelonggaran syarak terhadap lelaki dan wanita yang hanya diikatkan dengan tali pertunangan. Yang boleh melonggarkan adab pergaulan itu adalah apabila mereka diijab qabulkan secara sah.

Kelonggaran diberikan jika pergaulan itu ditemani oleh mahram, sebagaimana hadis Bukhari, "Janganlah ada di antara kamu yang berdua-duan dengan wanita kecuali disertai mahramnya."

Rabu, 29 September 2010

Puasa , Raya , Puasa


Puasa sunat Syawal sememangnya amat popular di kalangan masyarakat kita hari ini. Dikesempatan ini saya suka menasihatkan semua yang ingin mengamalkan puasa sunat ini agar berhati-hati dari tipu daya syaitan yang kerap berjaya menjadikan seseorang individu yang berpuasa itu bermegah dan riya' dengan amalannya.
" kau , dah hari ker berapa dah?"
"aku dah 5 hari dah ni"
"esok aku raya (sunat syawal)"
Ini adalah antara kata-kata yang kerap didengari di bulan syawal ini.
Ia menjadi seolah-olah satu budaya untuk berlumba menamatkan puasa enam. Ia agak terpuji tetapi ia dicemari oleh habahan-hebahan yang dibuat tentang bilangan hari puasanya bertujuan melihat 'sapa lebih hebat?'.
Amat dibimbangi, tindakan ini bakal menghilangkan seluruh pahala puasa sunatnya. Kerana ia boleh menjadikan seseorang merasa riya, serta memperdengarkan amalan masing-masing yang sepatutnya di sembunyikan khas untuk Allah.
Ziarah & Puasa Sunat
Saya tidak nafikan ada yang terpaksa memberitahu apabila ada rakan yang ajak makan dan menziarahi rumah rakan. Tatkala itu, ia tidaklah terkeji dan masing-masing bertanggung jawab menjaga niat dan hati masing-masing agar tidak timbul perasaan tersebut.
Puasa sunat ini juga tidak sewajarnya menjadi penghalang menerima jemputan rakan-rakan yang membuat rumah terbuka.
Isu Keutamaan Antara Sunat Syawal & Qadha
Selain itu, satu isu yang kerap ditimbulkan berkenaan hal ini adalah tentang penggabungannya dengan puasa ganti ramadhan dan puasa yang mana satu lebih perlu diutamakan.
Jika ada yang bertanya manakah yang lebih baik di antara puasa sunat syawwal dan puasa qadha?. Jawapannya sudah tentu adalah puasa Qadha. Ini terbukti dari hadis Qudsi yang sohih
وما تقرب إلي عبدي بشيء أحب إلي مما افترضت عليه وما يزال عبدي يتقرب إلي بالنوافل حتى أحبه
Ertinya : "..dan tidaklah hampir kepadaku seorang hambaKu dengan apa juapun, maka yang lebih ku sukai adalah mereka melaksanakan amalan fardhu/wajib ke atas mereka, dan sentiasalah mereka ingin menghampirkan diri mereka kepadaKu dengan mengerjakan amalan sunat sehinggalah aku kasih kepadanya..." (Riwayat Al-Bukhari, no 6021)
Hadis tadi sebagai asas keutamaan, walau bagaimanapun dari sudut praktikal jawapannya mungkin berbeza menurut keadaan diri seseorang.
Maksudnya begini, jika seseorang itu perlu Qadha puasanya selama 30, berpuluh atau berbelas hari (kerana nifas atau haid yang lama di bulan Ramadan sebagai contoh) dan tubuhnya juga sihat dan di yakini masih kuat. Eloklah ia mengerjakan puasa sunat Syawwal terlebih dahulu di ketika itu . Ini adalah kerana waktu sunnat puasa Syawwal yang singkat berbanding Qadha (sepanjang tahun).
Bagaimanapun harus di ingat, walaupun waktu bagi puasa Qadha adalah panjang, kita tetap tidak pasti adakah kita mampu sampai ke tarikh itu atau ajal menjelang dahulu.
Seseorang yang mati sebelum mengganti puasa Ramadannya tetapi sudah berpuasa sunat Syawwal akan pasti bermasalah kerana ia dikira masih berhutang dengan Allah SWT.
Bagaimanapun seseorang yang mati setelah berjaya menggantikan puasanya tetapi tidak sempat berpuasa sunat Syawwal, pastinya tiada sebarang masalah pun, malah mungkin ia juga mungkin boleh mendapat pahala sunat syawal itu sekali. Berdasarkan sabda Nabi SAW
إن الله كتب الحسنات والسيئات ثم بين ذلك فمن هم بحسنة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له عنده عشر حسنات إلى سبع مائة ضعف إلى أضعاف كثيرة ومن هم بسيئة فلم يعملها كتبها الله له عنده حسنة كاملة فإن هو هم بها فعملها كتبها الله له سيئة واحدة
Ertinya " ... barangsiapa yang beringinan melakukan kebaikan tetapi tidak melakukannya, telah di tuliskan oleh Allah baginya pahala penuh, maka jika ia beringinan dan kemudian melakukannya, di tuliskan 10 pahala sehingga 700 kali ganda.." ( Riwayat Al-Bukhari, no 6010)
Kita harus memahami bahawa darjat puasa Qadha adalah lebih tinggi dan tanggungjawab bagi menunaikannya adalah jauh lebih besar dari sunat Syawwal, ini kerana puasa qadha adalah puasa wajib dan merupakan ‘hutang' ibadah dengan Allah berbanding puasa syawwal yang hanyalah sebagai tambahan pahala.
Isu Gabung Sunat & Qadha
Isu menggabungkan puasa qadha dan syawal sememangnya amat popular, pandangan ringkas saya adalah seperti berikut :-
Tidak elok untuk menggabungkan kedua-duanya bagi mereka yang mampu (dari sudut kesihatan tubuh dan lain-lain) untuk memisahkannya. Ini kerana sepengetahuan saya tiada dalil yang specifik membuktikan Nabi SAW pernah melakukannya atau menganjurkan kepada para sahabat untuk menggabungkannya.
Apabila Nabi, sahabat dan salaf soleh tidak melakukannya maka pastinya ia bukanlah amalan yang terpilih dan terbaik kerana pilihan Nabi SAW dan para sahabat selamanya adalah yang terbaik.
Malah terdapat juga hujjah-hujjah yang menyebabkan pandangan yang yang mengharuskan penggabungan ‘qadha dan ganti' itu dipersoalkan, iaitu :-
1. Jika seseorang mengatakan boleh gabung puasa qadha (yang wajib) dengan puasa syawwal (yang sunat) maka sudah tentu selepas ini timbul pula individu yang cuba menggabungkan solat wajib dengan solat sunat, seperti gabungan solat isyak dengan terawih, atau subuh dengan ‘tahiyyatul masjid' atau dengan solat sunat fajar, atau solat jumaat dengan solat sunat ‘tahiyyatul masjid'. Maka ini pasti menyebabkan masalah lain timbul dalam ibadah wajib termasuk rekaan-rekaan pelik seperti solat fardhu subuh campur istikharah dan lain-lain.
2. Menurut Prof. Dr Syeikh Abd Malik as-Sa'dy (ex-Lajnah Fatwa Iraq) dan Prof Dr Mohd ‘Uqlah el-Ibrahim (Jordan) mereka berpendapat bahawa amalan wajib tidak boleh digabungkan dengan apa-apa amalan wajib atau sunat lain, kerana amalan wajib memerlukan tumpuan khusus yang tidak berbelah bahagi semasa pelaksanaannya dan ia perlu bagi mengangkat tuntutan kewajibannya. Justeru, tindakan menggabungkan ini pasti mengurangkan kesempurnaan hamba dalam menunaikan tuntutan wajib mereka. Wallahu a'lam.
3. Tindakan A'isyah r.a yang melewatkan Qadha pula boleh di jadikan hujjah bahawa beliau mengasingkan kedua-dua puasa Qadha dan Syawwal. Maka inilah yang terpilih sepatutnya. (tidak gabungkan kerana Aisyah r.a tidak menggabungkannya) . Aisyah menyebut :
كأن يكون عليّ الصيام من شهر رمضان فما أقضيه حتى يجئ شعبان
Ertinya : Kewajiban ke atasku untuk puasa (Qadha) dari puasa Ramdhan, tidaklah aku menggantinya sehingga datang sya'ban" ( Riwayat Muslim, no 101)
4. Amalan wajib (qadha) memerlukan niat yang ‘jazam' (tepat dan pasti) maka tindakan mengabungkan ia dengan niat puasa sunat mungkin boleh merosakkannya kepastiannya. Kerana itulah ulama yang mengizinkannya mencadangkan agar diniat puasa qadha sahaja, adapun syawwal itu dipendam sahaja dengan harapan Allah menerimanya.
Bagaimanapun, ulama yang mencadangkan ini jelas menyatakan bahawa tindakan menggabungkannya tetap mengurangkan pahala sunat syawwal ini kerana tidak diniat dan tidak dilakukan sepenuhnya (Hasyiah As-Syarqawi ‘ala al-Tahrir, Syeikh Zakaria Al-Ansary, 1/427; naqal dari Min Ahsanil Kalam Fil Fatawa, Atiyyah Saqr, 2/23)
5. Malah ada pula yang berhujjah bahawa amalan sunat tidak boleh ditunaikan sebelum amalan fardu. Demikian menurut Syeikh Abu Raghib al-Asfahani, Syeikh Ihsan Muhammad 'Aayish al-'Utaibi dan juga di sebutkan oleh Dr Yusof Al-Qaradawi di dalam kitabnya Fiqh Awalwiyyat. Ini ada asasnya kerana berdasarkan hadith Nabi SAW
من صام رمضان ثم أتبعه ستاً من شوال فكأنما صام الدهر
Ertinya: "Barangsiapa telah berpuasa Ramadan kemudian diikuti dengan 6 hari dari dari Syawwal (puasa) maka ia adalah seperti (pahala) puasa ad-Dahr (setahun)" (Riwayat Al-Bukhari, no 6502).
6. Kita dapat melihat penggunaan ‘fe'il madhi' iaitu ‘past tense' bagi puasa Ramadan, mungkin sahaja boleh membawa makna sesiapa yang belum lengkap puasa Ramadannya perlulah melengkapkan dahulu, kemudian barulah mereka layak bagi mendapat peruntukan pahala sunat Syawwal.
7. Hujjah ulama yang mengharuskannya adalah hadith
" Sesungguhnya amalan itu berdasarkan kepada niat, dan bagi seseorang apa yang diniatkan." (Riwayat Bukhari, no 1, 1/12)
Ia dilihat agak umum, memang benar apa yang diniatkan adalah penting, tetapi niat mempunyai kaedah dan cara-caranya bagi diterima, contohnya seperti niat solat yang di cadangkan di dalam mazhab Syafie dimulakan semasa lafaz takbiratul ihram di sebut, jika tidak niat itu tidak dikira. (Rujuk Al-umm, hlm 78, cet Baytul Afkar; Rawdhah At-Tolibin, An-Nawawi, cet Baytul Afkar, hlm 103).
Justeru, niat juga ada displinnya dan tidak boleh di buat sesuka hati di dalam ibadah.
Kesimpulan
Kesimpulan dalam yang mengutarakan perbincangan yang terbatas ini : Elok sangat tidak digabungkan dan elok sangat didahulukan yang wajib (qadha) daripada sunat (syawwal);
Pandangan yang membolehkan saya anggap sebagai rukhsah "keringanan" bagi mereka yang mempunyai kesukaran kerana uzur dan tidak mampu untuk mengasingkannya. Antara ulama yang membolehkan untuk menggabungkannya adalah beberapa ulama dari mazhab Syafie (Mughni al-Muhtaj, 1/602), Assembly of Muslim Jurists in America (AMJA), Syeikh Atiyyah Saqar, panelis fiqh Islam online.net dan beberapa yang lain.
Sekian
Zaharuddin Abd Rahman

Khamis, 16 September 2010

Hari Raya 1431 hijrah

Hari Raya Pertama Di Rumah Mak Mertua
Kamsiah Ishak..Felda Air Tawar 5 Kota Tinggi








Sempat Ambil Gambar anak-anak comel ini 
sebelum solat sunat Hari Raya di didirikan


Suami dan Biras-biras






Kenangan Hari Raya Keempat Di Maran Pahang
Rumah Fazuwan 

Selasa, 31 Ogos 2010

BERDOA DAN BERUSAHALAH , SEMUGA KITA MEMPEROLEHI KEBERKATAN LAILATU QADR


Di antara perkara yang perlu diimani dalam perkara berkaitan Lailatul Qadr ialah:

1. Al-Qur'an diturunkan pada malam Lailatul Qadr.

2. Lailatul Qadr lebih baik daripada seribu bulan yang membawa maksud bahawa setiap amalan yang termakbul pada malam itu samalah dengan amalan yang setara dengannya sebanyak amalan seribu bulan.(83 tahun 4 bulan)

3. Para Malaikat dan roh diturunkan pada malam tersebut.

4. Sejahtera malam itu hingga terbit fajar (masuknya waktu Subuh).

5. Ibadah yang jujur, ikhlas, konsisten, iltizam dan khusyuk pada sebarang masa. (Banyakkan berdo'a, bermunajat, berikhtikaf di masjid, solat tahajjud, berzikir- tahlil, tahmid dan takbir, berselawat dan membaca al-Qur'an)

6. Tiada tanda-tanda fizikal yang dijelaskan oleh nas.
(Ulama ada menyatakan malam itu suasannya hening dan damai. Hati kita merasai tenteram dan bahagia kerana keberkatan malam tersebut dan pada waktu siang kelihatan ada nur diwajah yg menikmati malam lailatul Qadr)

Kenapa Lailatul Qadr Dipilih Ianya Berlaku Pada 10 Malam Terakhir?

Inilah kebijaksanaan Allah s.w.t. Setelah 20 hari berpuasa, manusia sudah mempunyai kekuatan tahap kerohanian dan tingkat kesedaran yang tinggi serta momentum yang diperlukan untuk mempertingkatkan ”gear tertinggi” dalam amalannya. Malaikat turun pada malam tersebut sehingga terdorong orang Mukmin melakukan ibadah dengan izin Allah s.w.t. dan merasai sejahtera dan selesa hingga pagi.

Persiapan menghadapi malam Al-Qadr ialah selama 10 hari sebab ia berlaku pada 10malam terakhir Ramadan, bukannya sehari dua. Pastinya Allah akan menganugerahkan malam Al-Qadr pada mereka yang bersedia untuk 10 malam dan bukan hanya untuk semalam dua sahaja. Inilah falsafah Lailatul Qadr iaitu kita perlukan dalam kehidupan ketika persiapan yang teliti tanpa membenarkan ruang-ruang kerugian untuk mendapatkan kerahmatan dan keredhaan Allah s.w.t. Adapun ketentuan malam Al-Qadr itu pada malam-malam ganjil adalah untuk tidak terlalu memenatkan kita beribadah berterusan pada 10 malam terakhir kerana ada keselangselian. Allah pastinya menganugerahkannya pada orang yang ikhlas.

Apakah Amalan Pada Malam Lailatul Qadr?

Amalan yang mesti dilakukan pada malamnya ialah memperbanyakkan ibadah, membaca Al-Quran, beriktikaf dan berdo'a.

Aisyah juga pernah bertanya kepada Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam: “Wahai Rasulullah, bagaimana pendapat tuan jika aku mengetahui waktu lailatul Qadr, apa yang aku ucapkan di malam itu?” Baginda  menjawab: “Ucapkanlah: Allaahumma innaka ‘afuwwun tuhibbul ‘afwa fa’fu ‘annii  (Wahai Allah, sesungguhnya Engkau Maha Pemaaf, Engkau suka memaafkan, maka maafkanlah daku).”
(HR. Ibnu Majah dan at-Tirmidzi dengan sanad yang shahih)

اللهم انك عفو تحب العفو فعف عني


Do'a lain yang baginda baca ialah seperti berikut yang bermaksud:" Wahai Tuhan kami, anugerahkanlah kepada kami kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kebajikan di dunia dan kebajikan di akhirat, dan peliharalah kami dan siksa Neraka "(Surah Al-Baqarah ayat 201).


Tanda-tandanya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam telah memberitahukan tanda-tanda Lailatul Qadr di dalam beberapa hadisnya, antara lain:
Dari Abu Hurairah dia berkata: “Kami memperbincangkan Lailatul Qadr di sisi Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam, lalu baginda bersabda: ”Siapa diantara kalian yang mengingat ketika bulan muncul, yang bulan itu seperti separuh piring”.
(HSR. Muslim)

Ubay bin Ka’b berkata: “Demi Allah, sesungguhnya aku mengetahui bila Lailatul Qadr itu, iaitu malam yang kami diperintahkan oleh Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam untuk solat padanya. Iaitu malam yang esok paginya (adalah hari ke) dua puluh tujuh. Adapun tandanya adalah matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan putih tidak menyilaukan.”
(HSR. Muslim no. 762, Tirmidzi, Abu Dawud, al-Humaidi dan lainnya).

Ibnu Abbas berkata: “Lailatul Qadr adalah malam yang lembut, sedang, tidak panas, tidak dingin; matahari akan terbit pada pagi harinya dalam keadaan lembut, merah“.
(HR. at-Thayalisi 349, Ibnu Khuzaimah dan al-Bazzar dengan sanad yang hasan) 

Kenapakah malam Lailatul Qadar menjadi rahsia? 

Terdapat kisah pertengkaran dua orang sahabat Nabi s.a.w.

Dan memang ilmu tentang hal tersebut telah diambil oleh Allah daripada Nabi gara-gara kesalahan (iaitu pertengkaran) yang dilakukan oleh dua lelaki di antara umat baginda. 

‘Ubadah bin as-Shamit berkata: “Bahawa Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam keluar akan memberitahukan tentang Lailatul Qadr, lalu ada dua lelaki di antara kaum muslimin bertengkar maka baginda bersabda: “Sesungguhnya aku keluar untuk memberitahukan kalian tentang Lailatul Qadr. Tetapi sesungguhnya si Fulan dan si Fulan bertengkar sehingga diangkatlah (ilmu tentang waktu Lailatul Qadr). Namun mudah-mudahan hal itu lebih baik bagi kalian. Carilah Lailatul Qadr pada malam tujuh, sembilan dan lima (yang terakhir).”
(HR. al-Bukhari).

Akhirkata marilah kita bersama-sama hidupkan malam-malam sepuluh terakhir ini dengan hati yang khusyuk dan tawaduk. Sibukkanlah hati dan fikiran kita dengan ibadah dan hubungan hati kita dengan Allah s.w.t. Jangan dipersia-siakan malam yang penuh berkat ini. Masa untuk membeli belah dan  persiapan hari raya gunakanlah waktu siang hari dan jangan di ganggu waktu malam hari kerana masa berharga ini tak akan di dapati dan tak boleh digantikan lagi,  ianya datang setahun sekali dan masa yang berlalu tak akan ada penggantinya. Inilah masa untuk kita buat pelaburan untuk saham akhirat. Pelaburan ini tak perlukan wang ringgit tetapi ianya memerlukan masa dan hati yang cekal dan azam yang tinggi.

Sesuatu yang berharga tak mungkin boleh kita perolehi dengan usaha sambil lewa, oleh itu berusahalah semaksima mungkin, berdo'alah dengan bersungguh-sungguh hingga mampu mengalirkan air mata penyesalan. Solatlah dengan khusyuk seolah-olah kalian melihat Allah, jika kita belum sampai ketahap itu maka yakinlah Allah sedang melihat apa yang kita kerjakan.

Dipetik dan diedit semula dr tulisan Abu Bakar Basyer..