Selasa, 9 April 2013

Sebutlah Nama Allah....

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)








Lawan Nafsu...


Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat-Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:“Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar.” Bila para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu?” Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)

Kerana nafsu manusia berperang
Kerana nafsu manusia bertelagah
Kerana nafsu manusia jadi tamak
Kerana nafsu manusia lupa siapa dan dari mana mereka datang
Kerana nafsu manusia memaki dan mencerca sesedap lenturan lidahnya

Paling dahsyat...kerana nafsu manusia sanggup membunuh.
Nafsu menjadi-jadi kerana kita bela dan belai dia.
Nafsu tidak terkawal kerana tamak haloba
Nafsu menjadi-jadi hingga sanggup membunuh bayi yg baru lahir dan tidak berdosa kerana menutup malu...manusia menjadi sekejam kejamnya akibat nafsu yg tidak terkawal.
Nafsu menjadikan manusia lebih hina dari binatang.

Tuan-tuan..selagi kita berpegang dan yakin Allah itu ada, Allah itu mahaadil, Allah maha pengampun dan  Allah yg menentu kan hidup kita bukan kita...insyaAllah...nafsu akan dapat dikawal.... Allahua'lam

Jadilah kita seorang insan yg dapat mengawal nafsu Ammarah yang sukar dikawal.


Rasulullah SAW bersabda: “ Sejahat-jahat musuh engkau terletak diantara dua lambung engkau” (Riwayat Al Baihaqi)

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Yusuf :53)