Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh
Selamat malam dunia....dan mungkin juga selamat pagi atau selamat tengahari....mudah-mudahan semuanya selamat. Keselamatan yang terlalu penting ialah selamatnya iman dari dinodai syaitan dan nafsu.
Hari-hari tetap berlalu macam biasa sejak ribuan dan ratusan tahun dahulu. Nadi tetap berdenyut walau silih berganti dari satu jasad kejasad yang lain bagi mengantikan nyawa yang dah tamat tempoh.
Nadiku, nadimu diketika ini berdenyut mengikut rentak aktiviti masing-masing. Alangkah ruginya jika denyutan nadi terlepas dari mengingatiNya dan lupa bersyukur atas nikmatNya yang tidak ternilai.
Alangkah ruginya masa-masa yg pernah kita lalui peratusannya kearah pembaziran yang sia-sia.
Tetaplah wahai diri..... dalam istiqamah mencari cinta Dia, dalam cinta insan yang tercipta untuk melayari cinta sesama kita. Usah tergapai lepas dari tali iman pengikat antara kita dan sang Pencipta. Pastikan ikatan tetap kukuh dalam pelayaran menuju kesana. Kesepakatan dan keharmonian dikejapkan untuk saling mendorong disatu jalan yang lurus untuk kita tempuhi bersama.
Malam-malammu wahai dunia....mendesiskan kesayupan zikir yg tidak ada noktahnya. Bertaburan jiwa-jiwa yg terang berkedipan cahaya menerengi gelap kejahilan disetiap pelusuk dan sudut....
Wahai jiwa yg tenang mencari kebenaran dan kejujuran. Pencarianmu akan berakhir jika cahaya yg kau cari benar-benar dari hati yg polos mulus. Begitu Dia terlalu perihatin terhadap jiwa ikhlas. BimbinganNya tak kira dari jalan apa dan daripada siapa,,,,akan terhulur di depan mata.
wahai insan yg mengaku beriman....hulurkanlah tangan tanda persahabatan dan pertolongan. Tentu masih banyak jiwa yg teraba-raba mencari kebenaran. Usah buang masa mencari kesalahan. Luangkan masa untuk menyebarkan kebenaran dalam ikhlasnya sebuah perjuangan.
Isnin, 20 Mei 2013
Selasa, 7 Mei 2013
Politik
Penatnya bila memikirkan siratan dan keserabutan disebabkan politik
.
Tapi politik itu penting untuk keamanan
Politik penting untuk membentuk kepimpinan
Politik penting untuk kesejahteraan keturunan
Berlandaskan keimanan
Nak taknak kita telahpun mengundi
Memangkah kerana pilihan hati
Namun politik tetap perlu difahami
Langgan:
Catatan (Atom)