Jumaat, 2 Julai 2010

ISTIQAMAH VS KAROMAH

Seorang Ulama telah mengajar di sebuah madrasah selama 40 tahun dengan tekun.Dia tidak pernah "ponteng"
 walaupun sekali melainkan ada uzur syarie. Namun , ketekunan ulama tua itu tidak dihargai oleh sebahagian besar anak muda yang menuntut ilmu dengannya.

" Sepanjang kita belajar dengannya,sedikit pun tidak terserlah keluarbiasaannya," kata salah seorang anak muridnya.

" Berbanding dengan guru-guru lain ditempat kita , guru kita ini tidak punya apa-apa keistimewaan.Semua yang ada padanya biasa2 saja," tambah yang lain.

" Betul. Aku dengar guru di kampung sebelah pernah mengeluarkan cahaya dari celah-celah jarinya.Malang betul nasib kita..."

Akhirnya sungutan-sungutan itu kedengaran juga ketelinga ulamak tua itu.Lalu beliau bertekad untuk memberi pengajaran yang berguna kepada anak2 muridnya.

Pada suatu hari ketika sedang mengajar, beliau dengan sengaja telah melepaskan kapur ketika menulis di atas papan hitam.Namun anehnya kapur itu tidak jatuh...sebaliknya terus bergerak dan menulis perkataan yang hendak ditulis oleh ulamak tua itu.

Melihat kejadian aneh itu semua anak muridnya melopong kekaguman.Tidak sangka bahawa bahawa guru yang mereka anggap lekeh selama ini turut memiliki KAROMAH. Melihat kekaguman anak2 muridnya, guru yang tua itu menepuk papan hitam dengan kuat lantas berkata,

" aku sangat hairan melihat sikap kamu semua.Melihat kapur ini menulis hanya beberapa ketika telah membuat kamu kagum. Bagaimana dengan aku yang telah menulis 40 tahun dipapan hitam ini?"

Pengajaran : Istiqamah itu hakikatnya lebih hebat daripada karamah.Allah sangat cintakan amalan istiqamah sekalipun sedikit.Orang yang istiqamah lebih terjamin imannya daripada orang yang menperolihi karamah.Sejarah mencatatkan betapa ramai orang yang pernah diberikan karamah tersesat kerana iman yang tidak istiqamah

Tiada ulasan:

Catat Ulasan