Ahad, 3 Julai 2011

Jauhi umpatan yang tidak kita sedari...


1.Ucapan kata "Siapa yang lalu disini tadi" dengan nada sinis. Ia bermaksud ejekan. Maka ejekan itu juga dianggap mengumpat.

2.Kita sudah tau kebuirukan seseorang itu lalu berkata" Alhamdulillah kita tidak diberika bala sebegitu atau begini..." pada hal memang tujunnya meyebut hal orang yang dimaksudkan.

3.Memulakan pujian terhadap orang yang hendak diumpatnya seperti "Bagusnya orang tu, tetapi juga ditimpa bala, macam kita juga" seterusnya menceritakan pula hal sendiri dengan tujuan menyamakan orang berkenaan dengan dirinya yang tidak baik.

4. Menyebut keburukan orang lain tetapi tidak dapat ditangkap maksudnya oleh pendengar dan berkata " Subhanallah, mengahairankan betul." dan akhirnya orang lain faham kepada siapa kata-kata itu ditujukan. Orang yang berkata demikian telah mencacatkan kalimah Allah dengan maksud buruknya.

5.Ada orang berkata "Kita juga rasa tidak seronok dan turut dukacita atas apa yang menimpa saudara kita tu".Pada hal maksudnya ialah untuk meremahkan orang yang disebutkan tu.Dia berdusta dalam mengemukakan penyesalan.

5.Dan ada pula yang berkata" Orang miskin tu benar-benar diberi cobaan yang berat. Semuga Allah menerima taubat kita dan taubat mereka juga." Padahal tujuannya bukanlah sungguh-sungguh mendoakan kebaikan.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui maksud buruk seseorang walaupun disembunyikan dengan kata-kata seolah-olah bersimpati. Kerana kebodohan diri, hingga tidak mengerti bahawa apa yang dilakukan itu menyebabkan dia akan memperolehi kutukan yang amat besar.
Persoalannya...adakah orang yang mendengar kata-kata sedemikian melakukan umpatan?
Jika yang mendengar merasa takjub...maka yang demikian mendorong orang yang berkata itu terus mengumpat.Bahkan menjawab dengan berkata " Semuga kita dijauhkan dari cobaan sebegitu". Ucapan ini adalah ucapan yang membenarkan umpatan itu.Membenarkan  juga adalah sama dosanya dengan yang mengumpat.
Bahkan mendiamkan diri tanpa bicara juga sama dosanya.

Oleh itu jika terdengan bicara yang bertujuan mengumpat. Cadangkanlah agar dia berhenti dari meneruskan bicara. Ajaklah mereka buka tajuk yang lain jika ingin terus berbual. Jika tidak mampu dengan lisan bencilah dengan hati dan itu merupakan selemah-lenah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w :" Barangsiapa yang dihadapannya ada seseorang Mukmin direndahkan oleh orang lain, kemudian dia tidak menolongnya, sedangkan dia berkuasa untuk menolongnya, maka dia akan direndahkan oleh Allah pada hari kiamat di hadapan khalayak ramai."
(Riwayat al Thabrani)

Sabda Nabi lagi :"Barangsiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya pada waktu dia tidak ada dihadapannya, maka Allah berhak untuk mempertahankannya pada hari kiamat"
(Riwayat Ibnu Abu Dunya)

Rujukan :Ihya' Ulumuddin. Bab 20 (Latihan mental, pendidikan akhlak dan rawatan penyakit hati)

Tiada ulasan:

Catat Ulasan