Sabtu, 2 Jun 2012

Kenapa Wanita Takut Berpoligami


Apa yang menjadi kebimbangan kaum wanita ialah ;

1) Suami yang tidak mampu berlaku adil (nafkah, hak bermalam dll mengikut keperluan masing2)

Ketidakadilan dari segi hati &  perasaan memang tidak boleh dielakkan. Namun dalam Islam perkara ini tidak menjadi masalah. Yang menjadi masalahnya apabila seseorang suami itu terlampau melayan hati & perasaannya sehingga berlaku ketidakadilan dari segi material (nafkah, giliran dll yg berkaitan) (rujuk surah An-Nisa ayt 129)

Walaupun Rasulullah s.a.w berpoligami, baginda sendiri amat bimbang akan soal ini sehingga pernah berniat untuk menceraikan isterinya Saudah kerana kecerendungan hati terhadap Aisyah. Malah baginda sentiasa ternanti-nantikan giliran untuk bersama dgn Aisyah. Walaubagaimanapun, baginda tidak pernah mengabaikan keadilan dari sudut material kepada semua isteri2nya

Namun begitu Saudah tidak bersetuju untuk bercerai & sanggup menyerahkan gilirannya kepada Aisyah. Wanita mana yang tidak mahu melepaskan peluang untuk beristerikan Junjungan Agung kita ketika itu.


2) Perasaan cemburu yang tidak terkawal sehingga merosakkan agamanya sendiri

Kami sedar bahawa kami tidak setabah saidatina Aisyah & isteri2 baginda yang lain sepanjang tempoh bermadu sesama mereka. Ujian cemburu mereka agak tinggi juga . Antaranya;

Aisyah pernah mengejek madu2nya yang lain dihadapan baginda. Beliau juga pernah berkomplot dengan madunya, Hafsah kerana cemburukan Zainab binti Jahsyi sehingga ditegur oleh Allah s.w.t dalam Surah At-Tahrim ayat 1-4.
Zainab binti Jahsyi pula pernah mengejek madunya, Shafiyah binti Huyay sebagai anak Yahudi sehingga Rasulullah marah kepadanya dalam tempoh yang agak lama.
Shafiyah menangis teresak-esak kerana diejek Hafsah sebagai anak Yahudi. Nabi lalu memujuknya.  Malah dalam hadis riwayat Ibn Saad, ketika Nabi sakit, Shafiyah menunjukkan keprihatinannya dengan berkata ingin menanggung derita Nabi sehingga isteri-isteri Nabi menjuihkan bibir.
Aisyah dan Hafsah sangat cemburu kepada Mariyah Al-Qibtiyah sehingga sering menyindir. Kehamilan Mariyah menyemarakkan lagi api cemburu para isteri.


Itu belum lagi peristiwa2 lain yang brkaitan dengan cemburu. Banyak lagi cerita yang berkaitan dengan cemburu isteri2 baginda. Terlalu panjang untuk diulaskan di sini .

Jika ujian cemburu poligami dalam famili baginda adalah sebegini besar (dalam situasi isteri2 saling meredai poligami baginda).

Apatah lagi ujian cemburu poligami pada zaman ini? (lebih2 lagi dalam situasi isteri2 yg tidak reda suaminya berpoligami)

Jika seorang penghuni syurga iaitu Aisyah serta madu2nya boleh berbuat demikian. Apatah lagi wanita2 biasa pada zaman ini? Sebab itulah Islam dah menetapkan syarat yang ketat untuk berpoligami kerana bimbang berlaku kezaliman.

Malah baginda s.a.w sendiri melarang semua menantunya berpoligami kerana bimbang ujian cemburu akan menyebabkan agama putri2 baginda terfitnah (rosak) . Jika berlaku demikian mereka hendaklah menceraikan putri2 baginda. Putri2 baginda banyak lagi pilihan lelaki brtakwa yg lain.

Pernah sekali saidina Ali ingin memperisterikan anak Abu Jahal tetapi Fatimah tidak meredainya. Kesedihan Fatimah juga adalah kesedihan baginda. Namun begitu adakah Fatimah membenci hukum Allah? Sudah tentu TIDAK. Fatimah  hanya tidak suka cintanya diduakan kerana mempunyai fitrah cemburu.

Bayangkan baginda yang berpoligami sendiri melarang putri2nya dimadukan. Logiknya jika sesuatu perkara menjadi sunnah(digalakkan) mengapa baginda hendak melarangnya pula? Pastinya larangan terhadap sesuatu yang harus mmpunyai sebab2 tertentu (mengikut situasi). Sebab itulah poligami itu hukumnya harus mengikut jumhur ulama. (boleh baca fatwa2 Dr Yusuf Al-Qardawi dll ulama mengenai isu ini. Terlalu panjang untuk diulas disini)

Hebatnya Islam memahami fitrah wanita. Kami juga manusia bukan robot yg boleh di buat main perasaan . Ini brmakna jika seseorang isteri meminta dilepaskan kerana tidak redha suami ingin brkahwin lain ,itu adalah hak dia . Jangan sesekali menuduh wanita itu menolak sunnah (walhal sebenarnya poligami adalah harus) atau derhaka kepada suami . Wanita juga milik Allah. Ujian cemburu boleh membawa kepada buruk sangka & perasaan benci sehingga merosakkan agama wanita itu . Cemburu adalah azab bagi isteri2 yang bermadu.



Oleh itu, kepada para suami yang masih juga ingin berpoligami . Pertama sekali , dapatkanlah keredhaan isteri terlebih dahulu . Guna cara gentleman & bermaruah bukan dengan menipu. Bersedialah dari segala aspek fizikal,mental & rohani untuk menghadapi konflik cemburu. Cuba ambil hati isteri. Buktikan yang anda ingin berpoligami bukan sekadar tuntutan nafsu semata2. Cuba bincang baik2. Lambat laut lembutlah hati isteri untuk menerimanya

Jika isteri;

1) meredhai - dia yakin boleh hadapi ujian cemburu (walaupun tidak setabah isteri2 baginda s.a.w)
& dia yakin suaminya boleh berlaku adil.

Hargailah dia & jangan sesekali mengabaikan hak dia & bakal madu dia. Jangan terlalu cenderung melayan cinta kepada satu pihak sahaja sehingga satu pihak lagi terasa diabaikan. Hargai perasaan semua isteri yang sentiasa dahagakan perhatian daripada suami.

Bersedialah untuk hadapi segala macam ujian cemburu dalam berpoligami .Bertindak secara rasional dalam setiap masalah . Contohi cara baginda hadapi konflik cemburu isteri2nya (walaupun pada hakikatnya tiada manusia yang setabah baginda menghadapi konfilk cemburu isteri2nya)

2) tidak meredhai -  dia tidak yakin untuk menghadapi ujian cemburu yang boleh merosakkan agamanya & dia tidak yakin suaminya boleh berlaku adil.

Jangan menuduh dia sebagai menolak hukum Allah. Dia juga manusia yang mempunyai perasaan cemburu Isteri mana tidak sayangkan suami .

Jika dia ingin pertahankan suaminya untuk kekalkan monogami (berkahwin satu) kerana tidak yakin suaminya akan berlaku adil, maka tunaikanlah haknya. Raikan fitrah cinta yang tidak sanggup diduakan. Bayangkan kedudukan anda di tempat isteri ketika itu. Apakah perasaan sekiranya orang yang dicintai mempunyai kekasih yang lain? Sedih bukan?

Jika dia minta dilepaskankan kerana si suami masih ingin berpoligami, itu hak dia . Dia bukan bencikan hukum Allah tetapi bersedih kerana suaminya mempunyai cinta yang lain. Akan tetapi seboleh2nya biarlah perceraian menjadi jalan terakhir kepada sesuatu masalah andai tiada lagi jalan untuk mengembalikan keharmonian dalam rumah tangga.

Jangan biarkan golongan orientalis & ekstremis sentiasa memperlekehkan & memfitnah malah membenci agama Islam yang sempurna ini kerana sebilangan umat yang 'mengamalkan' ajaran Islam secara tidak bermaruah. Tidak hairanlah lahirnya organisasi yang melampaui batas seperti Sisters In Islam adalah kerana masih terdapat umat Islam sendiri yang 'mengamalkan' ajaran Islam secara tidak bermaruah. Orang Islam sentiasa mengelakkan fitnah, bagaimana pula dengan kita?

Semoga bermanfaat demi keharmonian berumahtangga terutamanya dalam hidup berpoligami.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan

Catat Ulasan