Jumaat, 3 Februari 2012

Duhai kekasih Allah


Ya Rasulallah Ya Habiballah

Ya Rasulallah Ya Safiallah

Duhai kekasih Allah

Duhai bulan purnama

Gemilang cahayamu merentas maya

Mulia akhlakmu tiada tandingan

Tulus hatimu tiada bandingan

Tinggi pekertimu jadi sanjungan

Besar jasamu tak mungkin terbalas

pembawa rahmat seluruh alam

Gemuruh hatiku bergetar jiwaku

Saat disebut namamu dalam lagu

Cintamu hebat terhadap umat 

Padahal kami tak pernah kau lihat

Syafaatmu menjadi taruhan

Beruntungnya kami umatmu wahai Nabi

Rugilah mereka yang tak pandai menghargai

Nolida Ahmad
3/2/2012

Khamis, 2 Februari 2012

Disebalik perbezaan...

Apa yang kita lakukan

Apa yang mereka lakukan

Apa yang kita fikirkan

Apa yang mereka fikirkan

Apa yang kita inginkan

Apa yang mereka inginkan

Kenapa...

Seringkali tindakan tidak temui titik pertemuan

Apakah itu tanda tidak ada persefaham

Apakah itu riak mula persengketaan

Bukankah perbezaan itu indah

Seperti warna warni pelangi

Punyai pasangan yang saling melengkapi

Punyai rencahan yang menambah kelazatan resepi....

Nolida Ahmad
3/2/2012

Sabtu, 14 Januari 2012

Hakikat Cinta

Cinta lelaki macam kuaci
Satu tak cukup lagi dan lagi
Cinta lelaki macam kuaci
Tak sedap dicampak ambik lain lagi

Biasa dilihat dimana-mana
Wanita yg naif menjadi mangsa
Lelaki ligat goda sini goda sana
Wanita terperangkap hidup merana

Wahai wanita ingat dirimu
Usah lena pujuk dan rayu
Banyak belajar tambahkan ilmu
benteng pertahanan kuatkan selalu

Cinta datang silih berganti
Usah gadai diri sendiri
Mencari cinta biar bervisi
Tersalah langkah luka sendiri


Dirimu pemimpin wahai lelaki
Wanita dibimbing bukan disakiti
Lindungi wanita sekalipun bukan isteri
Nasib mereka ditanganmu sendiri

lelaki  hebat tak sentuh wanita
Lelaki hebat melindungi wanita
lelaki hebat utamakan taqwa
Lelaki hebat mencari redha

Cinta manusia tak bawa mati
Ingat beringat bersihkan hati
Cintalah manusia seikhlas hati
Dibawah naungan cinta Ilahi


Jumaat, 11 November 2011

Ya Rabbi....

Subhanallah

Alhamdulillah

Pagi yang indah

Maha suciMu Tuhan yang menjadikan alam yang tida tolok bandingannya

Kau hidupkan kami setelah mati(tidur) yang tidak pernah kami tau hidup mati selepasnya

Ya Rabbi...

Kau letakkanlah sentuhan bermakna dihati kami dan jiwa kami

Untuk terus mengahayati sebaris kata....

ان صلاتي ونسكي ومحياي ومماتي لله رب العلمين

sesungguhnya solatku, ibadahku, hidupku dan matiku untuk Allah tuhan sekelian alam.



Wahai diriku

kerap hatiku resah
kerap hatiku gundah
ada kala terasa kalah
ada kala sesal tak sudah

adakala kurasakan

berjaya mendidik anak-anak meraka
namun seolah-olah gagal dalam keluarga
bagaikan gagal mendidik mereka
sedangkan mereka adalah permata

daku terus bermuhasabah diri

wahai jiwa tenanglah dirimu
wahai jiwa tabahkanlah hatimu
gilaplah terus permata-permatamu
agar kembali bercahaya

wahai jiwa usah resah
kembali kau pasrah
ujian untukmu akan terus melimpah
selagi kau rasa dirimu adalah hamba Allah

sedarlah wahai  diriku

kasih sayangNya mencurah-curah
buka mata bukalah minda
usah kau resah

Ahad, 2 Oktober 2011

Bila Kerinduan Menyapa...

ya Rabbi
rindu itu datang lagi
berdebarnya rasa dihati
resah mula mengiringi
kenapa kerinduanku pada Mu tak sehebat ini
kotorkah diri
mazmumah melingkari
aduhai hati
aduhai diri
kenapalah tak dapat mengawal rasa sendiri
ya Rabbi
Kau bimbinglah hati ini
menuju cinta hakiki, cinta Ilahi
bimbinglah diri dalam cinta yang Kau redhai

4 Malaikat Mendatangi Manusia Semasa Sakit

Tak perlu anda bersedih dalam sakit kerana itu adalah ujian dalam ibadah anda. Salah satu bukti kasih sayang-NYA adalah, Tuhan mengutus 4 malaikat untuk selalu menjaga kita dalam sakit. Berikut adalah penjelasannya;

“Apabila seorang hamba yang beriman menderita sakit, maka Allah memerintahkan kepada para malaikat agar menulis perbuatan yang terbaik yang dikerjakan hamba mukmin itu semasa sihat dan semasa waktu senangnya.”

Ucapan Rasulullah SAW tersebut diriwayatkan oleh Abu Imamah al Bahili. Dalam hadist yang lain Rasulullah bersabda :
“Apabila seorang hamba mukmin sakit, maka Allah mengutus 4 malaikat untuk datang padanya.”

Allah memerintahkan :

1. Malaikat pertama untuk mengambil kekuatannya sehingga menjadi lemah.

2. Malaikat kedua untuk mengambil rasa lazatnya makanan dari mulutnya

3. Malaikat ketiga untuk mengambil cahaya terang di wajahnya sehingga berubahlah wajah si sakit menjadi pucat lesi.

4. Malaikat keempat untuk mengambil semua dosanya , maka berubahlah si sakit menjadi suci dari dosa.

Tatkala Allah akanmenyembuhkan hamba mukmin itu, Allah memerintahkan kepada malaikat 1, 2 dan 3 untuk mengembalikan kekuatannya, rasa lazat, dan cahaya di wajah sang hamba.

Namun untuk malaikat ke 4, Allah tidak memerintahkan untuk mengembalikan dosa-dosanya kepada hamba mukmin. Maka bersujudlah para malaikat itu kepada Allah lalu berkata :

“Ya Allah mengapa dosa-dosa ini tidak Engkau kembalikan?”

Allah menjawab : “Tidak baik bagi kemuliaan-Ku jika Aku mengembalikan dosa-dosanya setelah Akumenyulitkan keadaan dirinya ketika sakit. Pergilah dan buanglah dosa-dosa tersebut ke dalam laut.”

Dengan ini, maka kelak si sakit itu berangkat ke alam akhirat dan keluar dari dunia dalam keadaan suci dari dosa sebagaimana sabda Rasulullah SAW : 

“Sakit panas dalam sehari semalam, dapat menghilangkan dosa selama setahun.”

Maa syaa Allah, Laa Hawla Wala Quwwata Illa billah


Isnin, 15 Ogos 2011

ألا بذكر الله تطمئن القلوب

فاطمئني يا قلوب..
بذكر علام الغيوب..
ولتخضعي في النداء..
في الشروق وفي الغروب..
ولتسلكي خير الدروب ..
ولتذكري رب السماء..
ذكراً كثيراً في الرخاء..
لتسلمي هول الخطوب..
وما أصابك من بلاء..
ففيه تكفير الذنوب..
ولتحذري درب الشقاء..
ففيه والله العناء..
ولتستري كل العيوب..
لا تبالي حينما ..تبكي العيون على الذنوب..
أما علمت بأنه..
ثمار ذكرك للرحيم..
( ضياء قلبٍ..وسعة عيشٍ..وتفريجٍ للكروب..)
وبه الدواء لكل داء..وبه شفاء للسقيم..
وهو السبيل إلى النجاة..وهو الطريق المستقيم..
** سبق المفردون ..فسابقي نحو الكريم **
واشتري الجنات بالذكر العظيم..
لا يكن حظك منه..
كحظ مسكين عقيم.. 

Sumber: 
http://www.saaid.net/rasael/324.htm

Sabtu, 13 Ogos 2011

SABARLAH HATI REDHALAH DIRI



redha...
ucapnya mudah
sabar...
dikatakan indah
namun hakikat
banyak yg redah
selalu kata susah
kerap resah
ketenangan tak singgah
kerana....
zikrullah tak basah lidah
ayat-ayat suci keramat
membaca bila sempat
tafsiran dirujuk hanya sesekali 
terasa payah tolak ketepi
wahai....
qada' dan qadar adalah pasti
asbab yg hadir hanya alasan
hikmah tersembunyi selalu tak perasan
selagi bernafas kita diuji
sabarlah hati
redhalah diri

Nolida Ahmad
14/8/2011

Selasa, 9 Ogos 2011

WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI....



بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:-

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke?
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka.

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang.
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..."

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos.
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang.

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik.
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat?

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok.
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak?

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami.
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau.

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa.
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga?

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain.
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau.

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan.
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya.

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis)
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah?

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru.
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti.

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la..
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku.

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya.
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam.

oleh: RJ

Ahad, 31 Julai 2011

Dalil-dalil Kelebihan Ramadhan

Tingkatkan kasih sayang dibulan ramadhan



Ahlan wasahlan ya Ramadhan

kedatanganmu kami nantikan

didadamu penuh keberkatan

ketika ini pintu syurga dibukakan

Pintu neraka tertutup nian.......

"Apabila tiba Ramadhan, dibuka pintu-pintu syurga dan ditutup semua pintu neraka dan diikat syaitan-syaitan"
(riwayat al- Bukhari dan Muslim)

Pahala kami dilipatgandakan........

"Pahala anak adam dilipatgandakan 700 kali ganda.Allah berfirman 'kecuali puasa.Sesungguhnya puasa itu milik-KU, dan aku memberikan ganjarannya kerana dia meninggalkan syahwat dan makan minum kerana-AKU" (hadis riwayat Muslim)

Dosa lalu diampunkan.......

"Siapa yang berpuasa di bulan Ramadhan dengan penuh keimanan dan keikhlasan nescaya akan diampuni dosa-dosa yang lalu" ( hadis riwayat an-Nasaie)

Perisai kami dari siksaan.....

"Puasa itu perisai bagi seseorang hamba untuk membentengi dirinya dari api neraka ( sejauh perjalanan 70 tahun" (hadis riwayat al- Bukhari)

kami perolehi dua kegembiraan........

" ....dan bagi orang yang berpuasa baginya dua kegembiraan; iaitu apabila berbuka, dia gembira dengan berbukanya dan apabila bertemu tuhannya, dia gembira dengan puasanya"
(hadis riwayat al- Bukahari dan Muslim)

Doa kami diperkenankan........

"Tiga doa yang sangat mustajab, doa orang yang berpuasa, doa orang yang dizalimi, dan doa orang yang musafir" ( hadis riwayat al Bukahri Ahmad dan Tarmizi)

Syurga mengucapkan selamat datang.......

"Di dalam syurga terdapat satu pintu yg di sebut ar Rayyan: pada hari Kiamat, orang-orang yang berpuasa masuk daripadanya dan tidak seorangpun melainkan akan memasukinya"
( hadis riwayat al Bukhari)

Selasa, 12 Julai 2011

Dah beri tahu?


Aku tak tahu...kau beri tahu

kau tak tahu...aku beri tahu

kita tak tahu...mereka beri tahu

mereka tak tahu...kita beritahu

Kita dan mereka tak tahu...Nabi bagi tahu

Nabi tak tahu...Allah bagi tahu

ambil tahu perkara yang patut kita tahu

bersama menerima dan bersabar

bersama menyampai dan menyebar

yang benar akan tetap benar

Ahad, 3 Julai 2011

Jauhi umpatan yang tidak kita sedari...


1.Ucapan kata "Siapa yang lalu disini tadi" dengan nada sinis. Ia bermaksud ejekan. Maka ejekan itu juga dianggap mengumpat.

2.Kita sudah tau kebuirukan seseorang itu lalu berkata" Alhamdulillah kita tidak diberika bala sebegitu atau begini..." pada hal memang tujunnya meyebut hal orang yang dimaksudkan.

3.Memulakan pujian terhadap orang yang hendak diumpatnya seperti "Bagusnya orang tu, tetapi juga ditimpa bala, macam kita juga" seterusnya menceritakan pula hal sendiri dengan tujuan menyamakan orang berkenaan dengan dirinya yang tidak baik.

4. Menyebut keburukan orang lain tetapi tidak dapat ditangkap maksudnya oleh pendengar dan berkata " Subhanallah, mengahairankan betul." dan akhirnya orang lain faham kepada siapa kata-kata itu ditujukan. Orang yang berkata demikian telah mencacatkan kalimah Allah dengan maksud buruknya.

5.Ada orang berkata "Kita juga rasa tidak seronok dan turut dukacita atas apa yang menimpa saudara kita tu".Pada hal maksudnya ialah untuk meremahkan orang yang disebutkan tu.Dia berdusta dalam mengemukakan penyesalan.

5.Dan ada pula yang berkata" Orang miskin tu benar-benar diberi cobaan yang berat. Semuga Allah menerima taubat kita dan taubat mereka juga." Padahal tujuannya bukanlah sungguh-sungguh mendoakan kebaikan.

Sesungguhnya Allah maha mengetahui maksud buruk seseorang walaupun disembunyikan dengan kata-kata seolah-olah bersimpati. Kerana kebodohan diri, hingga tidak mengerti bahawa apa yang dilakukan itu menyebabkan dia akan memperolehi kutukan yang amat besar.
Persoalannya...adakah orang yang mendengar kata-kata sedemikian melakukan umpatan?
Jika yang mendengar merasa takjub...maka yang demikian mendorong orang yang berkata itu terus mengumpat.Bahkan menjawab dengan berkata " Semuga kita dijauhkan dari cobaan sebegitu". Ucapan ini adalah ucapan yang membenarkan umpatan itu.Membenarkan  juga adalah sama dosanya dengan yang mengumpat.
Bahkan mendiamkan diri tanpa bicara juga sama dosanya.

Oleh itu jika terdengan bicara yang bertujuan mengumpat. Cadangkanlah agar dia berhenti dari meneruskan bicara. Ajaklah mereka buka tajuk yang lain jika ingin terus berbual. Jika tidak mampu dengan lisan bencilah dengan hati dan itu merupakan selemah-lenah iman.

Sabda Rasulullah s.a.w :" Barangsiapa yang dihadapannya ada seseorang Mukmin direndahkan oleh orang lain, kemudian dia tidak menolongnya, sedangkan dia berkuasa untuk menolongnya, maka dia akan direndahkan oleh Allah pada hari kiamat di hadapan khalayak ramai."
(Riwayat al Thabrani)

Sabda Nabi lagi :"Barangsiapa yang mempertahankan kehormatan saudaranya pada waktu dia tidak ada dihadapannya, maka Allah berhak untuk mempertahankannya pada hari kiamat"
(Riwayat Ibnu Abu Dunya)

Rujukan :Ihya' Ulumuddin. Bab 20 (Latihan mental, pendidikan akhlak dan rawatan penyakit hati)

Sabtu, 2 Julai 2011

Wahai diri.....apakah kata hatimu.?














kerap kali dirimu resah
kerap kali dirimu gelisah
masalah silih berganti datang dan pergi
apakah cara untuk menghadapi
kerapkali persoalan timbul dibenak hati
"kenapa aku patut hadapi semua ini"
"tiadakah ruang untukku bergembira"
"apakah aku dilahirkan untuk menangis"
wahai diri yang mencari redha ilahi
sedarilah...... bahawa hidup ini bukan hanya untuk bergenbira
hidup ini..... bukan untuk bermain dan leka
hidup ini...... hanya sementara
dunia ini...... satu persinggahan singkat
untuk mengumpul bekalan berkat
manisnya hasil.....bila kau dapati sesuatu dalam susah payah
manisnya iman..... bila kau melepasi ujian
redhalah dir...i tenanglah wahai hati
wahai diri....mudahkan dirimu memaafkan
wahai diri....maafkan mereka atas segala kesilapan
yang tidak disengajakan
atau yang telah memohon kemaafan
berdendam.....tiada untung buatnya
dan buat dirimu jua

Di hari kiamat , orang yang sombong akan tuduh menuduh dengan orang yang ditipunya


بِسْمِ اللهِ الرَّحْمنِ الرَّحِيْمِ
Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Didalam al Quran ALLAH SUBHANAHU WA TAALA telah  menceritakan bagaimana tuduh menuduh dan pertengkaran akan berlaku di hari Kiamat

Kisah berkenaan dirakamkan dalam Al Quran Surah Saba' ayat 31-33:

Ayat 31:  Dan orang2 kafir berkata: Kami sekali-kali tidak akan beriman kepada Al Quran ini, dan tidak pula kepada kitab yg sebelumnya..Dan alangkah hebatnya kalau kamu lihat ketika orang2 yg zalim itu dihadapkan kepada Tuhannya, sebahagian dari mereka menghadapkan perkataan kepada sebahagian yg lain; orang2 yg dianggap lemah berkata kepada orang2 yg menyombongkan diri: "KALAULAH TIDAK KERANA KAMU, TENTULAH KAMI MENJADI ORANG2 YG BERIMAN"...

Ayat 32: Orang2 yg menyombong diri berkata kepada orang2 yg dianggap lemah: "Kamikah yg menghalangi kamu dari petunjuk, sesudah petunjuk itu datang kepada mu? (Tidak) sebenarnya kamu sendirilah orang2 yg berdosa"..

Ayat 33: Dan orang2 yg dianggap lemah berkata kepada orang2 yg menyombongkan diri: "(Tidak), sebenarnya TIPU DAYA MU di waktu siang dan malam (yg menghalangi kami), ketika kamu menyeru kami supaya kami kafir kepada Allah dan mengadakan sekutu2 bagiNya". Kedua belah pihak menyatakan penyesalan ketika mereka melihat azab..Dan Kami pasang belenggu di leher orang2 yg kafir..Mereka tidak dibalas melainkan dengan apa yg telah mereka kerjakan.. 

DEMIKIANLAH... Allah Subhanahu wa ta'ala menceritakan kepada umat di hari ini apa yg akan berlaku di hari akhirat nanti.. Kalau dalam sebuah negara yg tidak mengamalkan ajaran Islam dalam pemerintahannya, apabila mereka diazab oleh Allah di hari akhirat, maka akan berlakulah tuduh menuduh seperti di atas... rakyat menuduh pemimpin yg menipu mereka, dan pemimpin pula menuduh rakyat yg berdosa dan mudah ditipu....

MAHA BENARLAH TUHAN YG MAHA AGUNG..















Oleh:Ramli Joned 3/7/2011

Saat aku dilahirkan

Saat aku dilahirkan
senyuman terukir dibir dua insan
aku lahir atas dasar kasih sayang
dari seorang ibu ayah yang penyayang
walau adakala nampak garang

saat aku dilahirkan
ibu ayah dalam keimanan
syukurku tidak terhingga buatMu Tuhan
keimanan mereka penyelamat
iman kugenggam dengan erat

suara azan menyentuh gegendang 
iqamah lembut menusuk perlahan
kugambarkan sebuah senyuman
kedua meraka menampakkan
wajah ketenangan
wajah keriangan

wahai ibu... wahai ayah...dengarkan

keranamu aku dilahirkan
tenanglah dikau menita usia keemasan
redhakan anakmu melangkah dalam perjuangan
untuk hidup di tengah gelanggang
dirimu di Syurga ingin kupastikan



2 /7/2011 (aku dilahirkan)

Rabu, 29 Jun 2011

Doakan mereka

Jika mereka salah
jika  meraka resah
jika mereka gundah
jika mereka gelabah
usah hukum tanpa bukti
tanya mereka sebab yg pasti
mereka perlukan kita ada disisi
bukan menghindar dan cabut lari
hati mukmin sentiasa simpati
jika bahaya diamkan diri
cari jalan dan usaha lagi
doakan mereka terbuka hati

Sabtu, 18 Jun 2011

Pakaian Wanita Di hadapan Bukan Mahram

Allah Subhanahu wa Ta’ala memerintahkan menutup aurat  seperti yang tersebut di dalam Al-Qur’an yang mulia:-

وَإِذَا سَأَلْتُمُوهُنَّ مَتَاعًا فَاسْأَلُوهُنَّ مِنْ وَرَاءِ حِجَابٍ ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ


“Apabila kalian meminta sesuatu kepada para istri Nabi maka mintalah dari balik hijab. Yang demikian itu lebih suci bagi hati kalian dan hati mereka.” (Al-Ahzab: 53)


Samahatusy Syaikh Al-Walid Ibnu Baz rahimahullahu berkata tentang ayat di atas, “Hukum yang disebutkan dalam ayat ini berlaku umum untuk istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam dan wanita-wanita kaum mukminin selain mereka.” (Hukmus Sufur wal Hijab yang terangkum dalam Majmu’ah Rasa’il fil Hijab was Sufur, hal. 58) 
Beliau juga menyatakan: “Ayat yang mulia ini merupakan nas yang jelas tentang wajibnya wanita berhijab dan menutup diri dari lelaki. Allah Subhanahu wa Ta’ala menjelaskan dalam ayat ini bahwa berhijab itu lebih suci bagi hati kaum lelaki dan wanita serta lebih menjauhkan dari perbuatan keji berikut sebab-sebabnya. Allah Subhanahu wa Ta’ala mengisyaratkan bahwa tidak berhijab merupakan kekotoran dan kenajisan, sedangkan berhijab merupakan kesucian dan keselamatan.” (At-Tabarruj wa Khatharuhu, hal. 8)


Asy-Syaikh Shalih bin Fauzan Al-Fauzan hafizhahullah berkata: “Sekalipun lafadz ayat ini ditujukan kepada para istri Nabi Shallallahu ‘alaihi wa sallam, namun hukumnya umum meliputi seluruh wanita yang beriman. Karena perintah berhijab itu ditetapkan dengan alasan yang dinyatakan Allah Subhanahu wa Ta’ala dengan firman-Nya: 


ذَلِكُمْ أَطْهَرُ لِقُلُوبِكُمْ وَقُلُوبِهِنَّ
“Yang demikian itu lebih suci bagi hati-hati kalian dan hati-hati mereka.” 
Alasan seperti ini jelas berlaku umum, maka keumuman alasannya menunjukkan keumuman hukumnya.” (Al-Mukminat, hal. 64) 

Pakaian Muslimah yang Syar’i
Pembicaraan tentang hijab tentunya tidak akan terlepas dari pembicaraan tentang pakaian wanita di hadapan ajnabi atau lelaki yang bukan mahramnya. Maka di sana kita tahu ada yang namanya jilbab. Setiap jilbab adalah hijab, namun tidak setiap hijab adalah jilbab. Syaikhul Islam Ibnu Taimiyah rahimahullahu menyatakan ayat tentang jilbab berkaitan dengan keluarnya wanita dari tempat tinggalnya, yang berarti bila keluar rumah ia harus mengenakan jilbab. Adapun ayat tentang hijab berkaitan bila terjadi pembicaraan antara wanita dengan lelaki ajnabi di tempat-tempat tinggal. Maksudnya, bila seorang lelaki ajnabi memiliki keperluan dengan wanita ajnabiyah maka bicaranya mestilah  disebalik hijab.


Allah Subhanahu wa Ta’ala berfirman tentang jilbab: 


يَاأَيُّهَا النَّبِيُّ قُلْ لِأَزْوَاجِكَ وَبَنَاتِكَ وَنِسَاءِ الْمُؤْمِنِينَ يُدْنِينَ عَلَيْهِنَّ مِنْ جَلَابِيبِهِنَّ ذَلِكَ أَدْنَى أَنْ يُعْرَفْنَ فَلَا يُؤْذَيْنَ وَكَانَ اللَّهُ غَفُورًا رَحِيمًا
“Wahai Nabi, katakanlah kepada istri-istrimu, anak-anak perempuanmu, dan istri-istri orang mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya ke seluruh tubuh mereka.’ Yang demikian itu supaya mereka lebih mudah untuk dikenal.

Macam mana?

Pakailah apa saja yang kau suka 

Simbahlah diri dengan wangian menggoda 

berjalanlah dikau dengan hentakan menggila 

menarilah dikau dengan lentok mempersona 

bercakaplah dikau dengan kelunakan suara 

bebaskanlah dirimu dari batas agama 

yang menyekat bagaikan penjara 

berdalihlah dikau dengan dalih yang berjuta 

namun DI SANA tiada apa 

yang dapat membantu 

yg seronok menonton dirimu 

tak dapat berkata 

terus membisu tak bergerak kaku 

membatu yang bersorak dulu 

kini buat tak tau 

bukan mereka sengaja buat begitu 

tapi mereka sememangnya tak mampu

Selasa, 14 Jun 2011

Bila....

Tersentuh hati  terguris luka
sakit pedih ngilu berbisa
bagai luka disimbah cuka
bukan sukar untuk memaafkan
menerima semula tak nampak jalan
tidak dihargai ketika ada
merayu merintih bila tiada
memohon maaf tidak juga
Ego cap apa yang dipakai olehnya
tak mampu tunduk
walau dah nyata salah dimata?