Selasa, 29 Jun 2010

Renunganku.....



Mereka yang terkenal mulia

dan baik sifatnya budi dan amal ibadatnya

ada kalanya terjartuh juga dengan kemaksiatan dan dosa

sesungguhnya ketika itu

Allah Azza wajalla telah mentakdirkannya

demi untuk menjaga hati meraka

daripada sifat ujub, riak, sombong dan sifat-sifat mazmumah (khofi)

lalu dikembalikan mereka untuk bertaubat dan berserah diri kepadaNYA

zahir dan batin

dengan sebenar-benar ikhlas

demi

memohon dan mengharapkan keampunan, kesucian dan keredoaan

Ihsan: Sufi




Khamis, 24 Jun 2010

BANYAK BERTANYA

Seorang lelaki dikenali sebagai seorang yang amat suka bertanya dan mempersoalkan sesuatu.mungkin

dia merasakan itu hanya sekadar untuk suka-suka atau "saja-saja".Namun tnpa disedar i sikapnya itu

menimbulkan masalah dalam kalangan penduduk setempat.Dan lebih berbahaya lagi apabila soalan-

soalannya menyentuh soal2 keimanan.

Satu hari dia bertanya kepada kawan2nya," kau rasa betulke neraka tu tempat seksa yang paling 

dahsyat"

"memang dahsyat. Sangat2 panas. Api neraka berganda2 lebih panas dari api dunia.Kenapa kau 

tanyakan begitu?".

" syaitan itu dibuat dari apa?"

" Eh tentulah dari api"

" Neraka pula"

" Neraka pun dari api"

" Itulah pesoalannya.Syaitan akan dimasukkan ke neraka.Dia daipada api, neraka juga daripada

api...Kalau demikian apalah sakitnya,apalah seksanya," Simpul lelaki itu sambil mencemik.

" Apakata kita jumpa tok imam untuk mendapat penjelasan," cadang seorang daripada mereka.
Opsyen Catatan
" Aku rasa Tok Imam pun tak akan dapat menjawabnya," kata pemuda itu.

Mereka berjumpa Tok Imam dan mengajukan soalan itu.Tok Imam terus membaling sehingga muka dan

badan pemuda itu bengkak-benkak.Tidak tahan dia pun lari.

"jangan lari, janagn lari."

" inikah sikap Tok Imam? saya bertanya soalan, sebaliknya dibaling dengan ketul tanah!?

" Itulah jawapan saya.Saya membaling kamu dengan tanah,sepatutnya tak sakit.Kamu diciptakan dari 

tanah dan saya baling kamu dengan tanah,apalah sakitnya..."

" Oh sakit tuan.Habis badan saya bengkak-bengkak..."

" Itulah yang akan dialami oleh syaitan didalam api neraka nanti!!"

"ya, ya.Saya faham. Jangan baling lagi."

PENGAJARAN: SEKALI-SEKALA ORANG YANG DEGIL PERLU DIAJAR DENGAN CARA KERAS DAN TEGAS.kEKADANG JAWAPAN DALAM BENTUK TINDAKAN...WALAUPUN ADA MASANYA SANGAT PAHIT TETAPI ITU LEBIH BERKESAN.

~ Petikan dari majalah Solusi ~

Ahad, 20 Jun 2010

Kaifiat Memberi Salam





Nabi Muhammad SAW memberi salam dengan lafaz “Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Menjadi trend pada hari ini kaedah memberi salam dan menjawab salam sudah tidak mengikut kaifiyat yang disarankan. Antara kesilapan dalam memberi salam dan menjawab salam ialah;-

1. SEKADAR menyebut salam ketika berjumpa atau menulis perkataan salam dalam sms atau e-mail atau di mana-mana ruang seperti facebook.contoh kesilapan ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam kat dia ya"
Cara yang betul ialah :" nanti kalau ko jumpa mamat tu ko kirim salam Assalamualaaikum kat dia ya.."

2. SEKADAR menyebut A`kum dalam sms atau-atau mana ruangan kerana perkataan itu tidak membawa apa-apa makna walaupun ia difahami. terdapat juga sekadar menulis `AKUM' yang membawa maksud gelaran untuk orang Yahudi/binatang (dalam bahasa Ibrani)
Cara yang betul ialah menulis dengan perkataan "As salam yang membawa maksud `Assalamualaikum'.

3. Bergurau atau mempermainkan dalam menyampaikan salam seperti contohnya " ko kirim salam maut kat dia yer" : jelas ia adalah mendoakan kematian kepada seseorang walaupun ia dalam bentuk gurauan. Ia adalah dilarang.

4. Menjawab salam dengan“WAALAI KUM SALAM”. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”.
(diedit dari blog Pakarhow To)
Di catat
oleh ustz Suhadi sidik

Sabtu, 19 Jun 2010

15 Tips Persahabatan

Tips 1
Saling mengenal secara dekat antara satu dengan yang lain. Misalnya tentang sifat/watak, hobi, kekurangan dan kelebihan sahabat kamu.
------------------
Tips 2
Jadilah pendengar yang baik bagi sahabat kamu. Bila mampu, bantulah mencari solusi untuk masalah yang sedang di hadapinya.
---------------------------
Tips 3
Saling menghormati dan menghargai perbedaan yang ada.
--------------------------------------
Tips 4
Saling memperhatikan dan peduli, walau dalam hal-hal kecil.
---------------------------------------------
Tips 5
Saling membantu dengan ikhlas tanpa harap balasan.
-------------------------------------------------------------
Tips 6
Turut bersuka cita pada hari istimewa sahabat dan memberinya ucapan atau hadiah. Misalnya pada hari kelahirannya, atau ketika sahabat menjadi juara, dll.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tips 7
Hilangkan sikap egois.
-------------------------------------------------------------
Tips 8
Jadikan persahabatan seperti layaknya sebuah persaudaraan.
----------------------------------------------
Tips 9
Saling mengoleksi foto-foto sahabat dan menyimpannya dengan baik.
---------------------------------
Tips 10
Saling memberi nasihat yang baik.
-----------------------
Tips 11
Tetaplah berkomunikasi bila suatu saat harus berpisah atau berjauhan. Perhatian dan kepedulian yang tulus meski sedikit akan lebih melekat di hati walau jarang bertemu. Sudah tentu, hal ini boleh membuat persahabatan akan terasa kian erat.
-----------------------------------------------------------------------------------------
Tips 12
Usahakan selalu untuk bersilaturahmi walau jarak, waktu dan usia sudah teramat jauh membentang.
-------------------------------------------
Tips 13
Buatlah satu acara istimewa yang akan menjadi suatu momen tak terlupakan sepanjang hidup. So, walau sudah jadi datok nenek sekalipun, persahabatan akan tetap terasa lekat dalam setiap hati kamu.
----------------------------------------------------
Tips 14
Sesekali kirimkan pesan singkat yang menyatakan kamu menyayanginya. Bisa kirim melalui SMS, e-mail atau kirim kartu. Lebih baik lagi bicara langsung dengan sahabatmu.
-----------------------------------------------------------------
Tips 15
Jangan lupa saling mendoakan.

WASIAT SAIDINA ALI R.A

" Wahai manusia, jagalah wasiatku. Jika kamu memegangnya erat-erat dengan segala persiapan sehingga kamu dapat melaksanakannya,kamu tidak akan dapat keuntungan yang lebih besar darinya. Wasiat itu adalah :

1.Hendaklah kamu tidak berharap kecuali kepada tuhanmu

2.Hendaklah kamu tidak takut kecuali kepada dosa-dosamu.

3.Hendaklah kamu tidak malu untuk belajar jika tidak tahu.

4.Hendaklah orang yang alim berkata : "Aku tidak tahu ," apabila dia memang tidak tahu.

Jumaat, 18 Jun 2010

Isnin, 14 Jun 2010

SABAR SELAMANYA













SABAR 


DALAM 


DETIK 


KEMARAHAN 


MENGHINDARKAN 


SERIBU 


PENYESALAN

Rabu, 9 Jun 2010

PEMBENTANGAN KITAB BARU DARJAH 6 DI PKG MUAR PADA 2 JUN 2010

SEDANG MEMBUAT PEMBENTANGAN DAN PENERANGAN BERKAITAN KITAB BAHASA ARAB DARJAH 6 SEBAGAIMANA YANG DIKEHENDAKI PENULIS KITAB



BARISAN FESILITATOR PADA HARI BERKENAAN



PARA PESERTA DIKALANGAN USTAZ USTAZAH SEKOLAH AGAMA KERAJAAN JOHOR DAERAH MUAR DAN LEDANG (MENGAJAR DARJAH 6) SEDANG MENDENGAR PENERANGAN FESI







PERSEDIAN KUMPULAN PESERTA SEBELUM SESSI PEMBENTANGA P&P MENGIKUT KUMPULAN BENGKEL





PEMBENTANGAN OLEH WAKIL-WAKIL KUMPULAN











Kami Fesilitator tidaklah lebih baik dari peserta...namun setelah kami diberikan tanggungjawab kami usahakan sebaik mungkin...semuga Allah menilai sebagai satu jariah kami insyaAllah
Semuga serba sedikit yang disampaikan dapat dimanfaatkan dan sampai kesasaran iaitu murid-murid disekolah khususnya..

Isnin, 7 Jun 2010

KOLAM AL KAUTHAR





Terdapat satu kolam ( حوض ) kepunyaan Nabi Muhammad s.a.w. bernama "Al-Kausar" yang mengandungi air yang hanya dapat diminum oleh orang mukmin sahaja. Orang bukan mukmin akan dihalau oleh malaikat yang menjaganya. Jika diminum airnya tidak akan haus selama-lamanya. Kolam ini berbentuk segi empat tepat sebesar satu bulan perjalanan. Bau air kolam ini lebih harum dari kasturi, warnanya lebih putih dari susu dan rasanya lebih sejuk dari embun. Ia mempunyai saluran yang mengalir dari Syurga.

11. Semua makhluk berada bawah cahaya matahari yang terik kecuali 7 golongan yang mendapat teduhan dari Arasy. Mereka ialah:
1. Pemimpin yang adil.
2. Orang muda yang taat kepada perintah Allah.
3. Lelaki yang terikat hatinya dgn masjid.
4. Dua orang yang bertemu kerana Allah dan berpisah kerana Allah.
5. Lelaki yang diajak oleh wanita berzina, tetapi dia menolak dengan berkata “Aku takut pada Allah”.
6. Lelaki yg bersedekah dengan bersembunyi (tidak diketahui orang ramai).
7. Lelaki yang suka bersendirian mengingati Allah lalu mengalir air matanya kerana takutkan Allah.

Jumaat, 4 Jun 2010

CARA PSIKOLOGI MENARIK ANAK-ANAK FAHAM







Seorang guru wanita sedang bersemangat mengajarkan sesuatu kepada 

anak muridnya. Ia duduk menghadap anak muridnya. Di tangan kirinya ada 

kapur, di tangan kanannya ada kayu pemadam. Guru itu berkata, "Saya ada

satu permainan... 


Caranya begini, ditangan kiri saya ada kapur, di tangan 

kanan ada kayu pemadam. Jika saya angkat kapur ini, maka sebutlah

"Kapur!", 

jika saya angkat kayu pemadam ini, maka katalah "Pemadam!" 

Anak muridnya faham dan seterusnya menyebut dengan betul. Guru

bersilih-ganti 

mengangkat tangan kanan dan kirinya, semakin lama semakin cepat. 

Beberapa saat kemudian guru kembali berkata, "Baik sekarang perhatikan. 

Jika saya angkat kapur, maka sebutlah "Pemadam!", jika saya angkat 

kayu pemadam, maka katakanlah "Kapur!". Dan diulangkan seperti tadi,


tentu saja murid-murid tadi keliru dan kekok, dan sangat sukar untuk 

mengubahnya. Namun lambat laun, mereka kembali biasa dan tidak kekok

lagi. 

Selang beberapa saat, permainan berhenti. 

Guru tersenyum kepada anak muridnya. "Murid-murid, begitulah kita 

umat Islam. Mulanya yang haq itu haq, yang bathil itu bathil. Kita 

begitu jelas membezakannya. Namun kemudian, satelah musuh kita

memaksakan kepada kita dengan perbagai cara untuk menukarkan sesuatu, 


perkara yang haq telah menjadi bathil, dan sebaliknya. 


Pada mulanya agak sukar bagi 

kita menerima hal tersebut, tapi kerana terus disosialisasikan dengan 

pelbagai cara menarik oleh mereka, lambat laun kita akan terbiasa 

dengan hal itu, seterusnya kita mulai dapat mengikutinya. Musuh-musuh kita 

tidak pernah berhenti membolak-balik dan menukar nilai murni

akidah/hukum Islam 

dari masa ke semasa. 

"Keluar berduaan, berkasih-kasihan tidak lagi sesuatu yang pelik, Zina 

tidak lagi jadi persoalan, pakaian seksi menjadi hal yang lumrah, tanpa 

rasa malu, sex sebelum nikah menjadi suatu kebiasaan dan trend, hiburan 

yang asyik dan panjang sehingga melupakan yang wajib adalah biasa, 

materialistik kini menjadi suatu gaya hidup dan lain lain." "Semuanya 

sudah terbalik. Dan tanpa disedari, anda sedikit demi sedikit 

menerimanya tanpa rasa ia satu kesalahan dan kemaksiatan. Faham?" tanya 

Guru kepada anak muridnya. 


"Baik untuk permainan kedua..." Gurunya meneruskannya...... 

"Cikgu ada Qur'an,cikgu akan letakkannya di tengah karpet. Sekarang anda

berdiri diluar karpet. Permainannya adalah , bagaimana caranya mengambil

Qur'an yang ada ditengah tanpa memijak karpet?" 

Murid-muridnya berfikir . Ada yang mencuba dengan tongkat, dan 

selainnya. 

Akhirnya Guru memberikan jalan keluar, digulungnya karpet, dan ia ambil 

Qur'an. Ia memenuhi syarat, tidak memijak karpet .."Murid-murid, 

begitulah ummat Islam dengan musuhnya. .. Musuh Islam tidak akan 

memijak-mijak anda dengan terang-terangan. ..Kerana tentu anda akan 

menolaknya dengan mentah. Orang biasapun tak akan rela kalau Islam 

dihina dihadapan mereka. Tapi mereka akan monolak kita secara

ansur-ansur, 

sehingga kita tidak sedar. 

"Jika seseorang ingin membuat rumah yang kuat, maka dibina tapak yang 


kuat. Begitulah Islam, jika ingin kuat, maka bangunlah aqidah yang kuat.

Sebaliknya, jika ingin membongkar rumah, tentu susah kalau dimulai dgn 

tapaknya dulu, tentu saja dinding dan peralatan akan dikeluarkan dulu, 

kerusi dipindahkan dulu, Almari dibuang dulu satu persatu, baru rumah 

dihancurkan. ..." 

"Begitulah musuh-musuh Islam menghancurkan kita. Ia tidak akan 

menghentam terang-terangan, tapi ia akan perlahan-lahan merusakan kita. 

Mulai dari perangai kita, cara hidup, pakaian dan lain-lain, sehingga 

meskipun kita muslim, tapi kita telah meninggalkan ajaran Islam dan 

mengikuti cara mereka... Dan itulah yang mereka inginkan." "Ini 

semua adalah fenomena Ghazwul Fikri (Perang Pemikiran). Dan inilah yang 

dijalankan oleh musuh musuh kita... " 

"Kenapa mereka tidak berani terang-terang memijak-mijak kita, cikgu?"

tanya murid- murid. 

"Sesungguhnya dahulu mereka terang-terang menyerang Islam, misalnya


Perang Salib, Perang Tartar, dan lain-lain. Tapi sekarang tidak lagi." 

"Begitulah Islam... Kalau diserang perlahan-lahan, mereka tidak akan 

sedar, akhirnya hancur. Tapi kalau diserang secara terang-terangan, 

kita akan bangkit serentak, baru mereka gerun". 

"Kalau begitu, kita selesaikan pelajaran kita kali ini, dan mari kita 


berdoa dahulu sebelum pulang..."

( uSAH BAANYAK MEMBEBEL UNTUK MENGAJAR KANAK-KANAK)