Lukisan hati yang bewarna warni
Ada kala terlukis sendiri tanpa disedari
Ada kala berbolak balik kesana sini
Sesungguhnya....
Keyakinan dan tindakan mampu merubah dan kekal
Asalkan kita mencari
Dan semoga lukisan indah dan menenangkan
Tetap menghias hati
Terpancar pada wajah yang berseri
Rabu, 29 Februari 2012
Rabu, 22 Februari 2012
Adakah anda pemalu atau tak tau malu?
Apa yang popular dan sering diucapkan adalah "Malu itu sebahagian dari iman"
Ada yang memahaminya sebagai 'separuh'. Tidak.... sebahagian iman saja sebenarnya. Jika separuh, wahh!! hebat sungguh, hanya ada malu separuh agama telah sempurna. Usah keliru macam budak-budak.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Seterusnya mari kita lihat hadis-hadis yang menceritakan tentang malu.
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)
hadis ini bukanlah menggalakkan manusia berbuat sesuka hati. Hadis ini lebih merupakan ancaman kepada manusaia yang tak tau malu dan berbuat kerosakan dimuka bumi.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim)
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, bila malu hilang dalam diri, maka akan berlakulah pelbagai kepincangan dalam masyarakat.
1. Anak-anak akan mula meningggikan suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
2. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
3. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.
4. Perempuan dan gadis tidak canggung mempamirkan diri dikhalyak ramai berkelakuan tidak senonoh, kerana pudarnya malu.
5. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda tanpa pedulikan batasan agama kerana mereka sudah tidak tau malu.
6. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.
7. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.
8. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.
9. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.
apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.
Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "Just Do It" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.
Begitupun bukan semua perkara kita harus malu.
Ketika menuntut ilmu tidak perlu rasa malu.
Ketika berniaga selagi kita mengikut syariat maka jangan malu, kerana kita bukan merampas harta orang.
Pepatah melayu pula ada menyatakan "Malu bertanya sesat Jalan"
Usah malu untuk melakukan kebaikan kerana Allah menyeru kita berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Semuga MALU sentiasa ada dalam diri kita sejajar dengan yang sepatutnya.
Selasa, 21 Februari 2012
Pernahkah Kita Terfikir.....
Dari tahun ke tahun saya terus berfikir hingga tua begini, baru nampak…lambat…tetapi saya tetap bersyukur, akhirnya Allah tunjukkan. Saya berfikir bagaiman para sahabat punyai kekuatan sanggup merentasi mengharungi cabaran benua untuk menyebarkan Islam. Tanpa para sahabat dan para da’i yang sanggup bertarung nyawa, merentas benua, mengharung lautan, mana mungkin Islam sampai ke tanah air kita yang tercinta ini. Cekalnya mereka, kentalnya keimanan mereka.
Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dikurniakan nikmat iman yang tidak terhingga nilainya. Bersyukur kita kerana tok nenek kita terbuka minda dan mendapat hidayah hingga kita menjadi Islam kerana keturunan.
Namun apakah kita cukup selesa dengan apa yang kita nikmati apakah tidak ada tugas yang menanti? Adakah tugas dakwah mengIslamkan manusia sudah terhenti.?. Sudah Islamkah manusia seluruh dunia ini? Jika belum tugas siapa? Sesungguhnya kita amat leka dan alpa. Kita beria-ia membetulkan dan menyampaikan syariat yg tepat kepada penduduk sekitaran kita yg sememangnya dah Islam. Alhamdulillah itu tugas murni. Cuma pernahkan kita merasakan satu tanggungjawab terhadap mereka yang masih tidak punya Iman yang sohih.?
Allahu Rabbi… kita memang selalu leka. Sesungguhnya berjuta lagi yang perlukan hidmat kita. Terlalu ramai lagi yang dahagakan Iman. Kita selesa hidup diruang lingkup kita, padahal kita mampu untuk meneroka. Kita leka dengan kenikmatan dan keselesaan tetapi ramai yang akan derita kerana tidak punya Iman.
Memang ada yang berjuang hidup bagaikan kelana….tetapi boleh dikira dengan jari berbanding ramainya umat islam didunia ini. Tidak inginkah kita merasai nikmat berdakwah seperti para sahabat?. Jika tidak selalu syukurlah jika dapat sesekali. Jika tidak dapat pergi bersama, korbankanlah sebahgian harta untuk dakwah sebegini.
Jika para mubaligh keristian tak pernah berhenti untuk menjalankan daiyahnya…bagaimana kita? Kenapa kita tidak seperti mereka.? Mereka mudah bergerak kerana dana dari masyarakat keristian cukup banyak. Kita juga mampu berbuat seperti mereka asalkan kita sanggupkan korbankan sedikit kesenangan kita untuk saham kita diakhirat sana.
Sekalipun saya hanya beberapa hari sempat merasai bersama para da’i yang telah puluhan tahun berjuang, tetapi hati saya cukup tersentuh…mengalirkan air mata…inilah jalan yang pernah saya fikirkan bertahun-tahun dulu. Mereka berjaya merialisasikannya...mereka terpilih. Allahu Akbar.
Setelah saya sampai kesana…maka mula terbayang dan terfikir…apakah yg saya dah buat terhadap kawan-kawan, jiran-jiran, dan masyarakat setempat…tak payah susah payah merentasi berbagai halangan kepayahan…tetapi tidak juga saya mengajak mereka kepada Islam….lemahnya diri.
Inilah antara pengalaman yang sempat saya rakamkan ketika bersama dengan Muhammadiah Internasional di perkampungan orang Asli Sg. Siput Perak dan Kepualaun Batam Indonesia..
Pengalaman saya di Sg. Siput Perak
Ustaz wahab yang tak pernah lelah wlaupun uzur semangat tak goyah
Makanan istimewa kami..lempeng dan sardin
Semoga hatinya terbuka untuk Islam
Mereka punyai nama-nama Islam sekalipun belum Islam. Mereka pemalu. Sesungguhnya malu itu adalah sebahagian Iman
Singgah sebentar ditepi hutan...melihat keindahan alam ciptaan Ilahi
Kembali pulang
Takut jatuh
Kembali ke Malaysia dengan satu azam akan kembali semula dan akan masuk ke perkampungan yg lain pula
Wahai rakan , wahai teman... mari sama-sama kita fikirkan, betapa banyak lagi tugas yang menanti kita
Sama-samalah kita keluar dan sumbangkan jasa dan bakti...jika tak dapat selalu, apa salahnya sesekali kita jengok meraka.
Wassalam
Jumaat, 3 Februari 2012
Duhai kekasih Allah
Ya Rasulallah Ya Habiballah
Ya Rasulallah Ya Safiallah
Duhai kekasih Allah
Duhai bulan purnama
Gemilang cahayamu merentas maya
Mulia akhlakmu tiada tandingan
Tulus hatimu tiada bandingan
Tinggi pekertimu jadi sanjungan
Besar jasamu tak mungkin terbalas
pembawa rahmat seluruh alam
Gemuruh hatiku bergetar jiwaku
Saat disebut namamu dalam lagu
Cintamu hebat terhadap umat
Padahal kami tak pernah kau lihat
Syafaatmu menjadi taruhan
Beruntungnya kami umatmu wahai Nabi
Rugilah mereka yang tak pandai menghargai
Nolida Ahmad
3/2/2012
Nolida Ahmad
3/2/2012
Khamis, 2 Februari 2012
Disebalik perbezaan...
Apa yang kita lakukan
Apa yang mereka lakukan
Apa yang kita fikirkan
Apa yang mereka fikirkan
Apa yang kita inginkan
Apa yang mereka inginkan
Kenapa...
Seringkali tindakan tidak temui titik pertemuan
Apakah itu tanda tidak ada persefaham
Apakah itu riak mula persengketaan
Bukankah perbezaan itu indah
Seperti warna warni pelangi
Punyai pasangan yang saling melengkapi
Punyai rencahan yang menambah kelazatan resepi....
Nolida Ahmad
3/2/2012
Apa yang mereka lakukan
Apa yang kita fikirkan
Apa yang mereka fikirkan
Apa yang kita inginkan
Apa yang mereka inginkan
Kenapa...
Seringkali tindakan tidak temui titik pertemuan
Apakah itu tanda tidak ada persefaham
Apakah itu riak mula persengketaan
Bukankah perbezaan itu indah
Seperti warna warni pelangi
Punyai pasangan yang saling melengkapi
Punyai rencahan yang menambah kelazatan resepi....
Nolida Ahmad
3/2/2012
Langgan:
Catatan (Atom)