Selasa, 21 Februari 2012

Pernahkah Kita Terfikir.....


Dari tahun ke tahun saya terus berfikir hingga tua begini, baru nampak…lambat…tetapi saya tetap bersyukur, akhirnya Allah tunjukkan. Saya berfikir bagaiman para sahabat punyai kekuatan sanggup merentasi mengharungi cabaran benua untuk menyebarkan Islam. Tanpa para sahabat dan para da’i yang sanggup bertarung nyawa, merentas benua, mengharung lautan, mana mungkin Islam sampai ke tanah air kita yang tercinta ini. Cekalnya mereka, kentalnya keimanan mereka.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi kerana dikurniakan nikmat iman yang tidak terhingga nilainya. Bersyukur  kita kerana tok nenek kita terbuka minda dan mendapat hidayah hingga kita menjadi Islam kerana keturunan.

Namun apakah kita cukup selesa dengan apa yang kita nikmati apakah tidak ada tugas yang menanti? Adakah tugas dakwah mengIslamkan manusia sudah terhenti.?. Sudah Islamkah manusia seluruh dunia ini? Jika belum tugas siapa? Sesungguhnya kita amat leka dan alpa. Kita beria-ia membetulkan dan menyampaikan syariat yg tepat kepada penduduk sekitaran  kita yg sememangnya dah Islam. Alhamdulillah itu tugas murni. Cuma pernahkan kita merasakan satu tanggungjawab terhadap mereka yang masih tidak punya Iman yang sohih.?

Allahu Rabbi… kita memang selalu leka. Sesungguhnya berjuta lagi yang perlukan hidmat kita. Terlalu ramai lagi yang dahagakan Iman. Kita selesa hidup diruang lingkup kita, padahal kita mampu untuk meneroka. Kita leka dengan kenikmatan dan keselesaan tetapi ramai yang akan derita kerana tidak punya Iman.

Memang ada yang berjuang hidup bagaikan kelana….tetapi boleh dikira dengan jari berbanding ramainya umat islam didunia ini. Tidak inginkah kita merasai nikmat berdakwah seperti para sahabat?. Jika tidak selalu syukurlah jika dapat sesekali. Jika tidak dapat pergi bersama, korbankanlah sebahgian harta untuk dakwah sebegini.

Jika para mubaligh keristian tak pernah berhenti untuk menjalankan daiyahnya…bagaimana kita? Kenapa kita tidak seperti mereka.?  Mereka mudah bergerak kerana dana dari masyarakat keristian cukup banyak. Kita juga mampu berbuat seperti mereka asalkan kita sanggupkan korbankan sedikit kesenangan kita untuk saham kita diakhirat sana.

Sekalipun saya hanya beberapa hari sempat merasai bersama para da’i yang telah puluhan tahun berjuang, tetapi hati saya cukup tersentuh…mengalirkan air mata…inilah jalan yang pernah saya fikirkan bertahun-tahun dulu. Mereka berjaya merialisasikannya...mereka terpilih. Allahu Akbar.

Setelah saya sampai kesana…maka mula terbayang dan terfikir…apakah yg saya dah buat terhadap kawan-kawan, jiran-jiran, dan masyarakat setempat…tak payah susah payah merentasi berbagai halangan kepayahan…tetapi tidak juga saya mengajak mereka kepada Islam….lemahnya diri.

Inilah antara pengalaman yang sempat saya rakamkan ketika bersama dengan Muhammadiah Internasional di perkampungan orang Asli Sg. Siput Perak dan Kepualaun Batam Indonesia..

Pengalaman saya di Sg. Siput Perak





Ustaz wahab yang tak pernah lelah wlaupun uzur semangat tak goyah

Makanan istimewa kami..lempeng dan sardin

Semoga hatinya terbuka untuk Islam




Mereka punyai nama-nama Islam sekalipun belum Islam. Mereka pemalu. Sesungguhnya malu itu adalah sebahagian Iman

Singgah sebentar ditepi hutan...melihat keindahan alam ciptaan Ilahi

Kembali pulang

 Pengalaman di Kg Orang Asli Laut di Kepulauan Batam Indonesia.
Kita sering mengucapkan syukur kerana dapat menikmati keindahan alam ciptaan Ilahi , tetapi kita terlupa, penghuni disitu juga ingin turut sama nikmati Iman yang kita kecapi.











 Takut jatuh

 Kembali ke Malaysia dengan satu azam akan kembali semula dan akan masuk ke perkampungan yg lain pula

Wahai rakan , wahai teman... mari sama-sama kita fikirkan, betapa banyak lagi tugas yang menanti kita
Sama-samalah kita keluar dan sumbangkan jasa dan bakti...jika tak dapat selalu, apa salahnya sesekali kita jengok meraka.
Wassalam

Tiada ulasan:

Catat Ulasan