Rabu, 22 Februari 2012

Adakah anda pemalu atau tak tau malu?


Apa yang popular dan sering diucapkan adalah "Malu itu sebahagian dari iman"

Ada yang memahaminya sebagai 'separuh'. Tidak.... sebahagian iman  saja sebenarnya. Jika separuh, wahh!! hebat sungguh, hanya ada malu separuh agama telah sempurna. Usah keliru macam budak-budak.


Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim.  Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.

Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.


Seterusnya mari kita lihat hadis-hadis yang menceritakan tentang malu.

"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)

hadis ini bukanlah menggalakkan manusia berbuat sesuka hati. Hadis ini lebih merupakan ancaman kepada manusaia yang tak tau malu dan berbuat kerosakan dimuka bumi.

Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim)

Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim)

Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, bila malu hilang dalam diri, maka akan berlakulah pelbagai kepincangan dalam masyarakat.

1. Anak-anak akan mula meningggikan  suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.

2. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.

3. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.

4. Perempuan dan gadis tidak canggung mempamirkan diri dikhalyak ramai berkelakuan tidak senonoh, kerana pudarnya malu.

5. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda tanpa pedulikan batasan agama kerana mereka sudah tidak tau malu.

6. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.

7. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.

8. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.

9. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.

apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.

Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "Just Do It" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat.  Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi.  Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.

Begitupun bukan semua perkara kita harus malu.

Ketika menuntut ilmu tidak perlu rasa malu.

Ketika berniaga selagi kita mengikut syariat maka jangan malu, kerana kita bukan merampas harta orang.

Pepatah melayu pula ada menyatakan "Malu bertanya sesat Jalan"

Usah malu untuk melakukan kebaikan kerana Allah menyeru kita berlumba-lumba melakukan kebaikan.

Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya.  Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.

Semuga MALU sentiasa ada dalam diri kita sejajar dengan yang sepatutnya.

Tiada ulasan:

Catat Ulasan