Khamis, 14 Februari 2019

RINDU



Rinduku pada kasih sayang
rinduku pada kebaikan
rinduku pada sahabat satu pegangan
rinduku bergelak mengingat kesah lalu

rindu pada keluarga yang damai
suami tercinta
anak-anak dan cucu-cucu
rindu saling memberi salam penuh keikhlasan
rindu sapaan polos tanpa beragenda

rindu yang paling sakit
rindu pada mak
senyuman mak
leteran mak

kadang-kadang bercelaru
yang mana dulu

15.2.2019
Jumaat





Ahad, 27 Mei 2018

Nabi Muhammad s.a.w Sebagai Mukmin Perofesional

Keunggulan Rasulullah s.a.w mestilah dilihat secara holistik(menyeluruh).Rasulullah s.a.w.ditakdirkan oleh Allah menceburi pelbagai bidang.Baginda pernah menjadi gembala kambing,ushawan.jeneral tentera, pendakwah dan seorang pemerintah bagi sebuah negara ( madinah ).

Bagaimana Rasulullah boleh berjaya dalam bidang yang diceburinya?


Dalam bidang perniagaan:


Baginda juga seorang yang menepati waktu ( menangamalkan sistem pengurusan masa yang efisien),pakar dalam bidang komunikasi dan interpersonal ( hubungan sesama manusia ) memahami kehendak klien dan arif tentang kemudahan infrastruktur dan musim ( cuaca ).Tegasnya ,kejayaan Rasulullah s.a.w dalam perniagaan adalah atas dua faktor:

- Kelakuan yang baik
- Kepakarannya yang tinggi

Dalam peperangan:


Mengapa Rasulullah s.a.w. berjaya dalam peperangan?
jawapannya adalah :

- Baginda berperang atas dasar tauhid bukan membalas dendam atau menjarah.Justeru ,Allah memberi bantuannya.
- Peperangan Yang melibatkan Bagunda semuanya bersifat defensif( mempertahankan diri )bukan ofensif ( menyerang )
- Baginda menang kerana mendapat bantuan para Malaikat.

Hatiku Berbisik

Jika benarlah apa yang ingin kukongsikan disini keranaMu yaAllah...bukakanlah hati mereka kepada kebenaran dan mudahkanlah mereka mendampingiMu

Tuhanku
matikanlah aku dalam iman yang mantap hanya padaMu

Tuhanku
Aku bukan insan yang baik
Sekalipun berjuta keinginan ingin jadi baik

Tuhanku
Aku bukan insan soleh
Sekalipun usahaku untuk itu terus kedepan tanpa menoleh.

Tuhanku
Aku ingin berbakti
Sekalipun langkah kadang-kadang  terhenti. Memerhati.

TuhanKu
Bawalah aku ke Baitullah yg mulia
Bersyukunya jika aku mati disana

TuhanKu
Banyaknya aku meminta dan mengharap
Padahal dosaku bertimpa usahaku terperap

TuhanKu
Rengankanlah tubuhku, lidahku, langkahku kearah yang baik_baik
Melaksanakan perintahmu ranpa berdolak dalik


Nak Jadi Orang Baik

Nak jadi baik?

Siapa yang taknak jadi baik
walau langkah selalu tersasar
ada ilmu tak mampu diurus susun
tauhid feqah tasauf ditimba dibiar gersang bersarang
bercakap tunggang langgang tidak bertimbang

wahai diri
uruslah dirimu berpangkalkan ilmu
didik jiwamu sabar dalam iman
bersangka baik dengan Tuhanmu  tanpa ragu
membaca dan tadabbur kitab suci Al quran

elakkan bersangka buruk melulu
sangka baik akan menenangkan hatimu
kerana itulah yang diajar dulu
oleh semua tok guru

jom tambah ilmu
jom jadi baik....


Ujian mendekatkan diri kita kepadaNya

Ujian

Manusia dilahirkan bersamanya ujian. 
ujian yang berbagai rupa dan tidak dijangka
ujian yang disangka menyusahkan 
oleh ramai manusia
tapi sebenarnya 
demi meningkatkan iman kita
sejauh mana taat dan setia
betulkah Allah tersenarai
ditempat yang pertama

MelatiPutih
Serom
27052018

Doa Ramadhan
























Hari Pertama

“Ya Allah, jadikanlah puasaku, puasa orang benar-benar berpuasa. Dan ibadah malamku, ibadah orang benar-benar mengerjakan ibadah. Dan jagalah aku dari tidurnya orang yang lalai. Hapuskanlah dosaku wahai Tuhan sekalian alam. Dan Ampunilah aku wahai Tuhan Maha Pengampun daripada segala dosa.”

Hari Kedua
“Ya Allah, dekatkan aku kepada keredaan Mu dan jauhkan aku daripada kemurkaan serta balasan Mu. Berilah aku kemampuan membaca ayat-ayat Mu dengan rahmat Mu, wahai Tuhan Maha Pengasih”

Hari Ketiga
Ya Allah limpahkan aku dengan kecerdikan fikiran dan kewaspadaan serta jauhkan aku daripada kebodohan dan kesesatan. Sediakan bahagian ku daripada kebaikan yang kau turunkan demi kemurahan Mu, wahai Tuhan Maha Pemurah daripada segala dermawan.

Hari Keempat
Ya Allah berilah kekuatan kepada ku untuk melaksanakan perintah Mu dan berilah aku kemanisan berzikir. Berilah aku kekuatan melahirkan kesyukuran dengan kemuliaan Mu. Dan jagalah aku dengan jagaan dan perlindungan Mu, wahai Tuhan Maha Melihat.

Hari Kelima
Ya Allah, tempatkan aku di kalangan orang yang sentiasa memohon keampunan. Jadikanlah aku hamba Mu yang saleh serta jadikanlah aku di kalangan auliya..
(orang yang mendapat keutamaan Mu) yang hampir di sisi Mu dengan kelembutan Mu, wahai Tuhan yang Maha Pengasih daripada segala Pengasih.

Hari Keenam
Ya Allah, janganlah aku dihina kerana perbuatan maksiat ku kepada Mu dan janganlah menyeksa ku dengan balasan Mu. Jauhkan aku daripada sesuatu yang boleh mendatangkan kemurkaan Mu, dengan anugerah dan bantuan
Mu, wahai kemuncak keinginan orang yang berkeinginan.

Hari Ketujuh
Ya Allah bantulah aku untuk mengerjakan puasa dan ibadah malamnya.
Jauhkanlah aku daripada dosa-dosanya. Dan berilah aku zikir untuk
mengingati Mu secara berterusan, dengan taufik (petunjuk) Mu wahai
pemberi petunjuk kepada orang yang sesat.

Hari Kelapan
Ya Allah, berilah aku rezeki berupa kasih sayang kepada anak-anak
yatim, pemberi makanan, penyebar salam dan bergaul dengan mulia, dengan
kemuliaan Mu tempat berlindung orang yang berharap.

Hari Kesembilan
Ya Allah, sediakan bagi ku sebahagian daripada keluasan rahmat Mu.
Berilah aku petunjuk dengan ajaran-ajaran Mu. Bimbinglah aku menuju
keredaan Mu yang penuh dengan kecintaan Mu, wahai harapan orang yang
merindu.

Hari Kesepuluh
Ya Allah, jadikan aku di antara orang bertawakal kepada Mu dan jadikan aku di kalangan orang yang menang di sisi Mu. Ya Allah, jadikan aku di kalangan orang yang dekat di sisi Mu. Dengan ihsan Mu wahai tempat tuju orang yang memohon.

Hari Kesebelas
Ya Allah, tanamkan dalam diri ku kecintaan melakukan kebaikan dan
kebencian melakukan perbuatan maksiat serta fasik. Ya Allah jauhkan ku
daripada kemurkaan Mu dan seksaan api neraka, dengan pertolongan Mu
wahai Tuhan yang menolong orang memerlukan pertolongan.

Hari Kedua Belas
Ya Allah, hiasilah diri ku dengan penutup dan kesucian. Tutuplah diri
ku dengan pakaian kesederhanaan dan kerelaan. Tempatkan aku di jalan
keadilan dan keikhlasan. Amankan diri ku daripada setiap perkara yang
aku takut, dengan penjagaan Mu, wahai penjaga orang yang takut.

Hari Ketiga Belas
Ya Allah, bersihkan diri ku daripada kekotoran dan kehinaan. Berilah
kesabaran kepada ku untuk menerima segala ketentuan. Berilah kemampuan
kepada ku untuk bertakwa dan bergaul dengan orang baik, dengan bantuan
Mu wahai pengharap orang yang miskin.

Hari Keempat Belas
Ya Allah, jangan aku dihukum disebabkan kekeliruan yang ku lakukan.
Ampunkan aku daripada kesalahan dan kebodohan. Janganlah kau jadikan
diri ku sasaran bala dan malapetaka, dengan kemuliaan Mu wahai kemuliaan
kaum Muslimin.

Hari Kelima Belas
Ya Allah, limpahkan rezeki kepada ku berupa ketaatan orang yang
khusyuk. Lapangkan dada ku dengan taubat orang yang menyesal, dengan
keamanan Mu wahai keamanan orang yang takut.

Hari Keenam Belas
Ya Allah, berilah kemampuan kepada ku untuk menjalani kehidupan
seperti mana kehidupan orang baik. Jauhkan bagi ku kehidupan orang yang
melakukan kejahatan. Lindungilah aku dengan rahmat Mu hingga ke alam
akhirat, demi ketuhanan Mu wahai Tuhan sekalian alam.

Hari Ketujuh Belas
Ya Allah, tunjukkan bagi ku amal kebajikan dan penuhilah hajat serta cita-cita ku, wahai Tuhan yang Maha Mengetahui segala keperluan tanpa ungkapan permohonan. Wahai yang Maha Mengetahui segala yang ada dalam hati sekalian makhluk. Selawat dan salam ke atas Nabi Muhammad dan keluarga baginda yang suci.

Hari Kelapan Belas
Ya Allah, sedarkan aku untuk mencari keberkatan. Terangkan hati ku
secerah cahaya dan bimbinglah aku serta anggota ku untuk mengikuti
segala ajaran Mu, dengan cahaya Mu wahai penerang hati orang yang bijak.

Hari Kesembilan Belas
Ya Allah, penuhkan bahagian ku dengan keberkatan dan mudahkan bagi ku
menuju ke arah kebaikan. Jangan kau jauhkan aku daripada ketenteraman
kebaikan, wahai pemberi petunjuk kepada kebenaran.

Hari Kedua Puluh
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu-pintu syurga dan tutupkan bagiku
pintu-pintu neraka. Berilah kemampuan kepada ku untuk membaca ayat-ayat
suci al-Quran, wahai pemberi ketenangan dalam hati orang beriman.

Hari Kedua Puluh Satu
Ya Allah, berilah aku petunjuk untuk mendapat keredaan Mu. Janganlah
engkau biarkan syaitan menguasai diri ku. Jadikan syurga tempat tinggal
dan berehat bagi ku, wahai pelaksana keperluan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Dua
Ya Allah, bukakan bagi ku pintu kelebihan dan turunkan bagi ku keberkatan mu. Berilah kepada ku untuk melakukan sesuatu yang mendatangkan keredaan Mu dan tempatkan aku dalam syurga Mu yang luas, wahai penjawab doa orang dalam kesempitan.

Hari Kedua Puluh Tiga
Ya Allah bersihkan aku daripada segala dosa dan jauhkan diri ku daripada keaiban serta tanamkan ketakwaan dalam hati ku, wahai pengampun kesalahan orang yang berdosa.

Hari Kedua Puluh Empat
Ya Allah, aku bermohon kepada Mu perkara yang mendatangkan keredaan Mu. Aku berlindung dengan Mu daripada perkara yang mendatangkan kemarahan Mu dan aku bermohon kepada Mu kemampuan untuk mentaati Mu serta menghindari kemaksiatan terhadap Mu, wahai pemberi kepada yang meminta.

Hari Kedua Puluh Lima
Ya Allah, jadikan aku orang yang menyintai auliya Mu dan memusuhi musuh Mu. Jadikan aku pengikut sunnah nabi Mu, wahai penjaga hati para Nabi.

Hari Kedua Puluh Enam
Ya Allah, jadikan usaha ku sebagai usaha yang sentiasa disyukuri, dosa-dosa ku sebagai dosa yang diampuni, kebaikan ku sebagai kebaikan yang diterima dan keaiban ku sebagai keaiban yang ditutupi, wahai Tuhan Maha Mendengar daripada semua pendengar.

Hari Kedua Puluh Tujuh
Ya Allah, berilah rezeki berbentuk ganjaran Lailatul Qadar kepada ku,
ubahkan perkara sulit menjadi mudah, makbulkan permintaan maaf ku dan
hapuskan dosa serta kesalahan ku, wahai Tuhan Maha Penyayang kepada
hamba soleh.

Hari Kedua Puluh Lapan
Ya Allah, penuhkan hidup ku dengan amalan sunnah dan muliakan aku denganditerimanya semua permintaan, wahai Tuhan yang tidak disibukkan oleh permintaan orang meminta.

Hari Kedua Puluh Sembilan
Ya Allah, hiasilah aku dengan rahmat Mu dan berikanlah aku petunjuk serta penjagaan Mu. Bersihkan hati ku dengan fitnah, wahai pengasih kepada hamba yang beriman.

Hari Ketiga Puluh
Ya Allah, jadikan puasa ku disertai dengan rasa syukur dan diterima
oleh Mu melalui jalan keredaan Mu serta keredaan rasul Mu, cabangnya
yang kukuh dan kekuatan keberkatan, demi kenabian Muhamad saw dan
keluarga baginda yang suci dan segala puji bagi Allah, Tuhan sekalian
alam.


Selasa, 3 September 2013

HAPUSKAN RASA BENCI DAN BERSIHKAN JIWA DARI SAKIT HATI

kenapa ada rasa benci
kenapa adanya sakit hati

Kita manusia dibekalkan dengan akal dan nafsu.
Kedua duanya akan memimpin kejalan yang sesuai dengan kejadiannya.
Nafsu menjurus kepada keenakan , kegembiraan dan tak kira yg halal atau haram. Manakala akal memimpin kearah kewarasan dan keredhaan Tuhan.

Adalah wajib bagi kita mengimbangi nafsu dengan menggunakan akal  yang dikurniakan  oleh Allah.
Bagaimana akal mampu jadi waras tanpa ILMU. Bagaimana akal boleh mengimbang tanpa asasnya.
Lantaran itu lengkapkanlah diri dengan ilmu dunia dan akhirat agar hidup kita tak sesat. Bukannya susah mendapatkan ilmu jika kita punya keinginan dan berwawasan.

Benci lahir dari sebab dikhianati, dibenci atau disakiti. Automatik benci akan menyelinap dan bertapak di hati. Benci yang melampau mampu menggerakkan anggota untuk beraksi menyatakan benci.

Sebagai insan yang waras fikiran, kenapa kita harus melayan rasa benci yg merosakkan. Dimana untungnya memelihara dan menyimpan sipat benci yang akhirnya menjadi dendam...?. Benarkah benci dan dendam akan menjadikan diri kita tenteram..? TIDAKK!!...benci dan dendam hanya menjadikan jiwa kita sakit dan semakin membusuk berulat  jika terus dipelihara dan disimpan.

Yakinilah bahawa dikhianati, dibenci dan disakiti itu sebenarnya adalah UJIAN dari Tuhan buat diri yg mula terasa selesa dengan sedikit amal...itulah tanda kasih sayang tuhanMu kepada seorang hamba. Sesungguhnya syurga buat manusia bukanlah hanya dari amal perbuatan mereka semata-mata, malah lebih kepada RAHMAT Allah. Tanpa rahmatNya...segunung amalpun tidak ada gunanya jua.

Firman Allah dalam kalamnya :

" Apakah manusia itu mengira bahawa mereka dibiarkan saja mengatakan, " Kami telah beriman, " dan mereka tidak diuji? Dan sesungguhnya, Kami telah menguji orang-orang yang sebelum mereka, maka sesungguhnya Allah mengetahui orang-orang yang benar, dan sesungguhnya Dia mengetahui orang-orang yang berdusta," (29 : 2-3)

Seterusnya firman Allah :-
" Allah tidak membebani seseorang itu melainkan sesuai dengan kesanggupannya." (Albaqarah : 286)

Khamis, 15 Ogos 2013

Susahnya mendidik

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh.

Sebagai pendidik, semestinya banyak perkara lebih menjurus kepada pendidikan
samada pendidikan formal ataupun informal.
Menjadi pendidik di alam siber ini amat sulit dan menyakitkan.
Sebenarnya jika kita benar faham pendidikan itu bermula dari mana dan berakhir bila, maka ia akan menjadi lebih mudah. Masalah bermula bila mendidika anak2 yang pada mulanya dididik oleh org lain. Gaya dan fokusnya terlalu amat berbeza.
Sesungguhnya pendidikan adalah bermula dari awal 'bersama' sisuami dan isteri. Jika diabaikan maka tentunya masalah bakal bermula dikala anak itu lahir. Bagaimanapun jika kita pandai merawatnya, masih tidak terlewat. Didiklah mereka semasa mereka masih bayi dgn pendidikan yang diamalkan oleh Rasulullah s.a.w. Jika kita tak tau, kita belajar.Ilmu terlalu mudah untuk dicari...malang jika kita membiarkan ilmu berlalu begitu saja dan pergi..

Sabtu, 15 Jun 2013

Allah maha adil.

Memang mudah mengucapkan kata tapi susah untuk dikota

Jangan mengharap lelaki sehebat Rasulullah jika diri tidak sehebat siti Khadijah

Semua orang inginkan yang terbaik tapi ramai orang lupa nak tanya diri adakah dia telah benar-benar baik

Justru...jadilah insan baik...insyaAllah kita akan dapat pasangan yg baik.

Sesungguhnya Allah maha adil terhadap hamba-hambanya...

Jika berlaku sesuatu yang tidak dijangka, jangan sibuk salahkan org lain....carilah dulu kesilapan sendiri.

Allah tidak suka2 memberi kesusahan kepada hambanya tanpa ada hikmah disebalik kejadian. Dari itu

elakkan sikap suka merungut....carilah hikmah berkenaan dgn penuh keimanan.


Isnin, 20 Mei 2013

Wahai jiwa...

Assalamualaikum warahmatullahi wabarokatuh

Selamat malam dunia....dan mungkin juga selamat pagi atau selamat tengahari....mudah-mudahan semuanya selamat. Keselamatan yang terlalu penting ialah selamatnya iman dari dinodai syaitan dan nafsu.

Hari-hari tetap berlalu macam biasa sejak ribuan dan ratusan tahun dahulu. Nadi tetap berdenyut walau silih berganti dari satu jasad kejasad yang lain bagi mengantikan nyawa yang dah tamat tempoh.

Nadiku, nadimu diketika ini berdenyut mengikut rentak aktiviti masing-masing. Alangkah ruginya jika denyutan nadi terlepas dari mengingatiNya dan lupa bersyukur atas nikmatNya yang tidak ternilai.
Alangkah ruginya masa-masa yg pernah kita lalui peratusannya kearah pembaziran yang sia-sia.

Tetaplah wahai diri..... dalam istiqamah mencari cinta Dia,  dalam  cinta insan yang tercipta untuk melayari cinta sesama kita. Usah tergapai lepas dari tali iman pengikat antara kita dan sang Pencipta. Pastikan ikatan tetap kukuh dalam pelayaran menuju kesana. Kesepakatan dan keharmonian dikejapkan untuk saling mendorong disatu jalan yang lurus untuk kita tempuhi bersama.

Malam-malammu wahai dunia....mendesiskan kesayupan zikir yg tidak ada noktahnya. Bertaburan jiwa-jiwa yg terang berkedipan cahaya menerengi gelap kejahilan disetiap pelusuk dan sudut....

Wahai jiwa yg tenang mencari kebenaran dan kejujuran. Pencarianmu akan berakhir jika cahaya yg kau cari benar-benar dari hati yg polos mulus. Begitu Dia terlalu perihatin terhadap jiwa ikhlas. BimbinganNya tak kira dari jalan apa dan daripada siapa,,,,akan terhulur di depan mata.

wahai insan yg mengaku beriman....hulurkanlah tangan tanda persahabatan dan pertolongan. Tentu masih banyak jiwa yg teraba-raba mencari kebenaran. Usah buang masa mencari kesalahan. Luangkan masa untuk menyebarkan kebenaran dalam ikhlasnya sebuah perjuangan.

Selasa, 7 Mei 2013

Politik


Penatnya bila memikirkan siratan dan keserabutan disebabkan politik .
Tapi politik itu penting untuk keamanan
Politik penting untuk membentuk kepimpinan
Politik penting untuk kesejahteraan keturunan
Berlandaskan keimanan
Nak taknak kita telahpun mengundi
Memangkah kerana pilihan hati
Namun politik tetap perlu difahami

Selasa, 9 April 2013

Sebutlah Nama Allah....

Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)








Lawan Nafsu...


Ingatlah sabda Rasulullah SAW pada Sahabat-Sahabat ketika baginda berangkat pulang dari satu medan peperangan:“Kita baru balik dari satu peperangan yang kecil untuk memasuki peperangan yang besar.” Bila para Sahabat bertanya: “Peperangan apakah itu?” Baginda berkata: “Peperangan melawan nafsu.” (Riwayat Al Baihaqi)

Kerana nafsu manusia berperang
Kerana nafsu manusia bertelagah
Kerana nafsu manusia jadi tamak
Kerana nafsu manusia lupa siapa dan dari mana mereka datang
Kerana nafsu manusia memaki dan mencerca sesedap lenturan lidahnya

Paling dahsyat...kerana nafsu manusia sanggup membunuh.
Nafsu menjadi-jadi kerana kita bela dan belai dia.
Nafsu tidak terkawal kerana tamak haloba
Nafsu menjadi-jadi hingga sanggup membunuh bayi yg baru lahir dan tidak berdosa kerana menutup malu...manusia menjadi sekejam kejamnya akibat nafsu yg tidak terkawal.
Nafsu menjadikan manusia lebih hina dari binatang.

Tuan-tuan..selagi kita berpegang dan yakin Allah itu ada, Allah itu mahaadil, Allah maha pengampun dan  Allah yg menentu kan hidup kita bukan kita...insyaAllah...nafsu akan dapat dikawal.... Allahua'lam

Jadilah kita seorang insan yg dapat mengawal nafsu Ammarah yang sukar dikawal.


Rasulullah SAW bersabda: “ Sejahat-jahat musuh engkau terletak diantara dua lambung engkau” (Riwayat Al Baihaqi)

"Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku; sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku. Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani."
(Yusuf :53)




Jumaat, 29 Mac 2013

Ucapan Salam Jika Tiada Orang Di Rumah

Kita disunatkan memberi salam ketika nak masuk rumah. Namun ada kalanya memang rumah berkenaan tiada berpenghuni. Maka ucapkalanlah salam juga dengan kata "Assalamualaina Wa'ala ibadillahissolihin"


Dari Jabir bin Abdillah ra, Rasulullah s.a.w.bersabda, maksudnya:"Apabila salah seorang di antara kamu menyebut nama Allah ketika hendak masuk rumahnya dan menyebut nama Allah ketika hendak makan, maka syaitan akan berkata sesama meraka, "Kita tidak ada tempat tinggal dan tidak dapat makanan hari ini." Tetapi apabila dia masuk rumahnya tanpa menyebut nama Allah, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap hari ini." Dan apabila dia tidak menyebut nama Allah ketika makan, syaitan berkata, "Kita ada tempat menginap dan dapat makanan hari ini." (HR Muslim)

Isnin, 18 Februari 2013

Ingin didengari? .

"Siapa yang tidak mengasihi tidak akan dikasihi"

Oleh yg demikian, berdasarkan hukum kasih sayang itu, kemungkinan begitu juga dengan hukum dan nilai hidup  yang lain. Terlalu banyak perkara yang kita rungutkan atas sebab  keinginan dan kehendak kita tidak didengari. Semua orang rasa kesal apabila kata-kata dan harapannya tidak dipenuhi. Padahal kita selalu lupa bahawa apabila kita pandai 'mendengar', maka mudah juga suara kita didengari. Apabila kita tidak pandai menjadi pendengar yg baik....sukar untuk orang lain 'mendengar' suara hati dan keinginan yang kita harapkan.

kita kena memberi dahulu barulah kita akan dapat 'menerima'.

Mulakan dengan diri kita sendiri dahulu.

Sesungguhnya apa yang kita beri , kita akan dapat.

JIka ingin didengari, maka jadilah pendengar yang baik.

Kita kena belajar mendengar 'kata tanpa suara'....mendengar dengan mata dan hati.

Harus peka dengan gerak dan perilaku.




Selasa, 12 Februari 2013

Persaudaraan dan persahabatan


“Perumpamaan persaudaraan kaum muslimin dalam cinta dan kasih sayang di antara mereka adalah seumpama satu tubuh. Apabila satu anggota tubuh sakit maka mengakibatkan seluruh tubuh menjadi demam dan tidak bisa tidur.” 
(Hadis riwayat Muslim)



“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya.” 
(Hadis riwayat al-Hakim)


“Seorang Muslim adalah saudara muslim lainnya, ia tidak menzaliminya, merendahkannya, menyerahkan (kepada musuh) dan tidak menghinakannya.” 
(Hadis riwayat Muslim)


Firman Allah SWT yang bermaksud, 
“Hai manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu dari seorang laki-laki dan seorang perempuan dan menjadikan kamu berbangsa-bangsa dan bersuku-suku supaya kamu saling kenal-mengenal (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa di antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” 
(surah al-Hujurat [049] ayat 13)



Isnin, 4 Februari 2013

BERTAUBATLAH...selagi ada hayat...jangan terlewat...

Abul-Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abdullah bin Amr Al-ash berkata: "Rasulullah s.a.w. bersabda: "Sesungguhnya bagi Allah tidak ada dosa yang tidak dapat diampunkannya, ada pada ummat yang sebelum kamu seorang yang telah membunuh sembilan puluh sembilan orang kemudian pergi kepada pendeta dan berkata: "Saya telah membunuh sembilan puluh sembilan jiwa, apakah ada jalan bagiku untuk bertaubat?" Jawab pendeta: "Tidak ada, sebab perbuatanmu sudah melampaui batas." Maka segera ia berdiri dan langsung membunuh pendeta itu sehingga genap yang dibunuh seratus orang. Kemudian pergi ke pendeta yang lain dan berkata: "saya telah membunuh seratus orang, apakah ada jalan bagiku untuk bertaubat?" Jawab pendeta itu: "Sebenarnya perbuatan mu sudah melampau dan saya tidak mengetahui, hanya disana ada dua dusun, yang satu bernama Bushro dan penduduknya orang-orang baik yang selalu mengerjakan amal ahli syurga, sedang yang lain bernama Kafrah, penduduknya hanya berbuat derhaka melakukan amal ahli neraka, maka bila kamu pergi ke Bushro dan mengikuti amal perbuatan mereka, maka jangan ragu bahawa taubat mu akan diterima."
Maka pergilah ia ke Bushro, dan ketika ia ditengah jalan jatuh mati, maka bertengkarlah Malaikat Siksa dan Malaikat Rahmat, sehingga bertanya kepadaTuhan. Maka disuruh: "Ukur saja maka kedusun mana ia lebih dekat, masukkan ia kegolongan penduduknya." Tiba-tiba terdapat ia lebih dekat kedusun Bushro sekadar ujung jari, maka ia tercatat dari golongan penduduknya."

Khamis, 17 Januari 2013

Nasihat

Addinun nasihah=Agama itu nasihat.

Anda perasan tak....selalunya nasihat dianggap sebagai membebel. Kenapa jadi mcm tu? mungkin silap pemberi nasihat la juga....nasihat panjang sangat...nasihat dalam bentuk sindiran...atau nasihat tak kena pada masa. Apa2 pun sebagai pendengar nasihat, usah peduli apa keadaan sekalipun , masa sesuai atau tidak...yg penting kita ambil intinya saja...yang lain abaikan je...angggaplah mereka tu memang ambil berat untuk nasihatkan kita...sayangkan kita...perihatin terhadap kita. Ketika mereka bercakap kita dengar dan diam....lagi bagus kita senyum je..kan mudah kalau mcm tu.

Wahai diriku dan dirimu....selagi kita memikirkan cara orang menasihatkan dan menunggu masa sesuai atau tidak untuk untuk menerima nasihat, maka keraslah hati kita berpanjangan. Hati yang lembut selalu tersenyum dan bersangka baik. Umat yg baik ialah umat yg mudah menerima nasihat tanpa banyak syarat.


“Orang-orang yang sentiasa menyediakan dirinya untuk menerima nasihat, maka dirinya akan mendapat penjagaan dari ALLAH. Orang yang insaf dan sedar setelah menerima nasihat orang lain, dia akan sentiasa menerima kemulian dari ALLAH juga.”

Nasihat Lukhmanul Hakim


18 Jan. 2013

Selasa, 15 Januari 2013

Aku Hamba

Ujian dariNya
Tak pernah berhenti
Itu janji
Terhadap insan 
Yang ingin disayangi oleh Tuhannya
Tiap liku....tiap lurah
Onak dan duri
Wajib kita lalui
Jika ingin digelar hambaNya
Ya Rabbi
Tuhan semesta alam
Dilangit dan bumi

Lagipun
Kan nikmatNya
Tidak pernah putus kita nikmati?

edit
18 Jan. 2013

Ahad, 2 September 2012

Sahabatku



dimanapun dirimu
tanpa sedarmu
doaku tetap mengiringi
walau kau tinggalkan diriku
tiada dendam yang membelengu
walau terkilan merentap jantung hati
kau tetap bersemadi dihati
dihatimu aku layu
di sisimu aku tak perlu
dihatiku kau tetap segar
pintaku kau abaikan
namun pintamu tetap kutunaikan
tenanglah dirimu dalam misteri

MP
3/9/2012