Sabtu, 31 Mac 2012

Keliru kerana tidak berilmu...


kita ada akal
kita ada nafsu
akal disuruh mengawal nafsu
nafsu sentiasa mendesak kepada kejahatan 
akal membisikkan dengan lembut agar jangan tertipu
wahai nafsu bukan salahmu
kau diciptakan bersifat begitu
akal dibekalkan sama untuk mengawal dirimu
tetapi kenapa kita sering keliru
kenapa kita sering celaru
dimanakah duduknya ilmu?

Jumaat, 30 Mac 2012

Kau sahabatku...




Bertuahnya aku kerana mengenalimu
Aku hanya insan biasa yang mendambakan kasih setia
Kasih sesama insan yang sudi berkongsi rasa



Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan


Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Syurga.

Selasa, 27 Mac 2012

Kecekalanmu kekaguman kami















walau hati berkecai rapuh
walau diri dipijak lumpuh
semangat tak berganjak berdiri teguh
syahadah disebar dibirai sukar tidak tersentuh
bertahun-tahun merempuh ampuh
serikandi abad ini sukar ditemui
kalimah tauhid kejap dihati
berat langkah tetap dihayun lagi
onak duri menjerat kaki
kau renjis walau daging bertabur kebumi
lantaran cita-cita demi menegakkan KALIMAH
agar berkibar dibumi jahil aqidah
usaha yang tak sanggup kami redah
kau rempuh tanpa gundah
kepentingan diri dilipat ketepi
syahadah mekar segar dihati

serikandiku

andai rabah berakhir disempadan
semangatmu bakal disambung lagi
benih semangat pernah kau tabur
kan subur tumbuh dihati makmur
usah risau usah gundah
langkahmu bermatlamat yakin barakah
rentetan gerakmu belum berakhir
sunnatullah akan terus mengalir
namun nama apakah bakal terukir

(Buatmu...Azura Suhana)

~nolida~
27/3/2012
12.49 mlm

Khamis, 22 Mac 2012

Kesepian yang indah..


kita hanya insan biasa

biasa disisi Tuhannya

ada ketika kita memang perlu bersama

pertemuan pendek dengan kebersamaan hati

Pertemuan pendek muzakarah terisi

pertemuan pendek ukhuwwah lillah

pertemuan pendek dijalin  indah

pertemuan yang menerima pemikiran yang bercambah

pertemuan pendek yang  tautan kerana Allah

kita saling memerlukan

hapuskan percanggahan

hapuskan kekeliruan

kita cari titik pertemuan

selagi percanggahan tidak meremahkan Tuhan

lapangkan dada sejukkan fikiran

tiada yang sempurna antara kita

meredhai kelemahan rakan

kelemahan kita akan diredhakan

andai silapmu kuampunkan

harapanku agar silap ini kau maafkan

namun

ada ketika kita perlu bersendirian

merenung betapa besarnya rahmat Tuhan

saat istimewa bersama Pencipta

menunduk sujud khusus hamba kepada Tuhannya

menadah tangan kudus mengharapkan redha

kerana Dia

kau kutinggalkan seketika

pertemuanku denganmu hanyalah kerana Dia

tiada tuhan melainkan Dia

tiada keperihatinan seperihatin diriNya

setiap turun naik nafasku dan nafasmu

nak balas memang tak mampu

setiak gerak langkahku dan langkahmu

tidak akan berganjak tanpa izinNya

antara kita tetap bersama

dihati duduknya istimewa

ADA KETIKA KITA PERLU MENYEPIKAN DIRI

KERANA DIA....ALLAH

~nolida~


SALAHUDDIN AL-AYYUBI


Alangkah indahnya Islam jika semua pemimpin sperti yang dilakukan oleh baginda Salahuddin Al Alayyubi. Namun, begitulah taqdir Allah. Yang terpilih dan baik itu tidak ramai.Beruntunglah yang sdikit itu. Dan berusaha menjadi insan yang terpilih.

Insan terpilih yang ingin ditampilkan disini, bukanlah para sahabat baginda tetapi seorang insan yang langsung tak pernah berjumpa dengan baginda Nabi s.a.w. Keyakinannya  dan tindakan beliau amat luar biasa demi kecintaannya kepada Agama (Islam) Siapa yang tak kenal Salahuddin Al Ayyubi, jika sememangnya mereka adalah insan yang sungguh ingin memperbaiki diri dalam kepimpinan.



Antara kisah yang ingin dipaparkan disini hanyalah salah satu kisah yang menggambarkan keindahan keperibadian Salahuddin Al Ayyubi


Pada satu hari , ketika sultan Salahuddin berjalan-jalan di Baitul Muqaddis beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki tua Nasrani ( keristian). 

Lalu lelaki tua tersebut bertanya kepada beliau:
“Wahai pahlawan agung! Sesungguhnya tuan telah Berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapakah tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan keatas tentera-tentera tuan?”

Jawab Salahuddin: “Wahai orang tua! Agama kami melarang menyiksa manusia. Bahkan hati kecil sayapun melarang melakukan pembalasan yang luas batas perikemanusiaan seperti pernah melakukan pembalasan yang luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah mereka lakukan”

Orang tua itu berkata lagi: ”Apakah agama tuan melarang melakukan pembalasan terhadap orang yang memulakan pemusuhan dan menyiksa kaum tuan?”

Jawab Salahuddin seterusnya : “Memang benar! Agama yang saya anuti ini melarang perbuatan kaum, seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami.”

Tambah beliau: “ Islam menyuruh kami menepati janji memaafkan keslahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.”

Orang tua itu berkata lagi: “Alangkah indahnya agama tuan! Saya sangat ingin agar sisa-sisa hidup saya ini dapat menikmati kehidupan bahagia”. “ Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”

Jawab Salahudin seterusnya: “ Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dan Muhammad itu Rasulnya. Kemudian kerjakan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang dilarangnya.”

Setelah itu lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah  tanpa berbelah bagi dan menoleh lagi.

Rabu, 21 Mac 2012

Jika kau rindu


Jika kau rindu

Untuk apa

Jika kau rindu

Untuk siapa

Jika kau rindu

Taukah kau apa ertinya

Jika kau rindu

Semestinya kau tahu apa puncanya 

Jika kau rindu 

Alihkan rindu hanya untuk Dia
 
Jika kau rindu  

Dia sentiasa ada bersama

Jika kau rindu
 
Sebut  saja namaNya

Rinduku untukmu telah tiada

 

Isnin, 19 Mac 2012

Lepas makan tak bagus buat benda-benda ni semua...

Walaupun makanan adalah keperluan utama tetapi pengambilannya tidaklah boleh sewenang-wenangnya. Selepas makan juga punyai peraturan dan adab-adabnya...bukan untuk menyusahkan, tapi untuk kebaikan kita juga.

Antara perkara yang dilarang selepas makan ialah:


Jangan merokok selepas makan.

Menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan menghisap 10 batang rokok. Ini bermakna peluang untuk perokok mendapat kanser adalah tinggi. Alahhh..!!! apa faedahnya merokok pun...macam JIN!!...mengasap je kejanya...(maaf la ye...gurau). Apa-apapun kepada sang perokok, berusahalah berhenti ye......tak kira le harus ke, haram ke...yang penting dia tidak baik untuk kesihatan anda.



Jangan makan buah-buahan selepas makan.

Makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut anda kembung (banyak angin) . Seelok-eloknya makanlah buah-buahan dulu sebelum anda makan makanan berat seperti nasi. Inilah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.


Jangan minum teh selepas makan.

Daun teh mengandungi kandungan asid. Asid akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan anda sukar untuk dihadam. Paling elok, minum selepas sejam kita makan.....biasa kat kedai makan yang sampai dulu ialah air....tu yang penuh perut dengan air je...tak elok juga tu...nanti kenyang air sebelum makan yang sepatutnya.

Jangan mandi selepas makan.

Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan pengaliran darah ke tangan, kaki dan anggota badan yang lain. Maka pengaliran darah di bahagian perut akan berkurangan sekaligus akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut anda. Ada pulak pendapat yang mengatakan mandi selepas makan , perut akan mudah BUNCIT!!.sila cari sumber yg sahih jika nak tau lebih lanjut.

Jangan tidur selepas makan.

Tidur selepas makan adalah tabiat yang tidak baik (seperti ular sawa) ia juga menyebabkan penghadaman yang kurang berkesan di dalam perut. Selain itu, tidur selepas makan menyebabkan anda mudah mendapat gastrik dan jangkitan pada usus. Orang yang makan selepas tidur biasa dikaitkan dengan orang yanga MALAS!!...Allahua'lam

Rasulullah SAW pernah menggambarkan di dalam hadis baginda kedudukan orang yang sihat antaranya, sesiapa yang mempunyai pencarian yang cukup (rezeki yang banyak) dan mempunyai tahap kesihatan yang baik seolah-olah seseorang itu merasakan dunia ini dia yang punya. (riwayat Tirmizi)

Semoga bermanfaat buat kita semua.

Ruj: Malaysia Ria dan diedit semula.

Sabtu, 10 Mac 2012

Indahnya cinta Dia....dan sumbangnya cinta manusia



Mengapa senyum bertingkah resah

Melakar semula terasa payah

Meraut rindu, hina di bakul sampah

Tiada tandingan cintaMu ya Allah

Cinta manusia melurus payah

Bersarang maksud menafsir  lelah

Cinta Mu cinta indah

Memberi, balasan tak usah

Meminta taat, saham buat hamba dihari terindah

Mengapa cinta manusia hanya melukah

mengharab balas ikhlasnya bersepah

Wahai malang

Cinta manusia dihias nafsu serakah

Hajat tercicir meluap marah

Wahai Tuhan

Pemilik semua cinta

Leraikanlah resah dan lara

Dari hati parah terluka

Akibat korban cinta manusia

Hanya cintaMu yang kami damba

Semoga ketenangan terhias berbunga

~Nolida Ahmad~
11/3/2012

Ahad, 4 Mac 2012

Urus kesedihanmu...


Ada kala kesedihan tak dapat disembunyi
Sekalipun ditutup dengan senyuman
Menangis lagi bila sendiri
Kenapa hati terlalu rapuh
Kenapa jiwa mudah tersentuh
Bait kata yang terucap tersirat derita di hati
Malangnya diri jika terus begini
Mengapa ditangisi yang dah pergi
Mengapa ralat atas aturan taqdir  Ilahi
Sedangkan hikmah bersirat tersembunyi
Kuatlah wahai diri
Kuatlah wahai hati
Pegang erat keyakinanmu
Tiada yang kekal melainkan Dia
Berhentilah berharap kepada manusia....

~Nolida Ahmad~

Sabtu, 3 Mac 2012

Usah menjadi manusia yang celik tapi buta


Assalamualaikum sahabat sekelian...
Alangkah sia-sianya jika punya mata dan hati yang elok tetapi buta dan tidak terbimbing dijalan yang lurus.

Firman Allah..
" Dan sesiapa yang membelakang ( menyangkal) dari mengingati Aku, sudah tentu akan memperolehi kehidupan yang sulit ( sempit). Kami akan mengumpulkan mereka nanti di hari kiamat menjadi orang buta: "Wahai tuhanku! mengapa Engkau kumpulkan menjadi orang buta , pada hal dahulunya aku seorang yang dapat melihat?": " begitulah ( semestinya)! Keterangan-keterangan Kami telah datang kepada engkau, tetapi engkau lupakan ( tidak peduli). Dan begitulah di hari ini, engkau Kami lupakan ( tidak dipedulikan ) pula " 
~Thaha 124-126~

Begitulah akan terjadi kepada orang-orang yang tidak beriman. Mereka sentiasa keluh kesah, gelap batinnya. Hati tidak tenang dan jiwa tidak tenteram. Tidur tidak nyenyak, bangun tak sedap. Siang gelisah dan malam sentiasa keluh kesah.

Meraka tidak nampak tujuan hidup dan sentiasa ragu-ragu disetiap persimpangan jalan. Dalam jiwa mereka kerap kali timbul pertentangan dan perbedaan yang sukar baginya untuk memilih : antara mempertahankan diri, masyarakat , keadilan adan kebenaran. Mustahil kita dapat memuaskan hati semua manusia, tetapi tetap ada jalan untuk tenteramkan jiwa.

Sesungguhnya hanya orang yang beriman dapat membebaskan diri dari konflik-konflik yang sedemikian, kerana tujuan hidupnya tidak lain dan tak bukan hanya mencari keredhaan Allah semata-mata. Untuk tujuan itu mereka tidak terlalu peduli apa yang ramai orang kata. Cita-citanya hanya satu iaitu menempuh jalan yang yang dapat membawaanya kepada keredhaan Allah. Itulah yang diminta dan diaharapkan oleh seorang yang beriman dalam setiap solatnya iaiti "Pimpinlah kami kejalan yang lurus!.

Firman Allah seterusnya...
" Sesunggguhnya inilah jalanku yang lurus, maka turutlah jalan itu. Dan janganlah kamu turut jalan-jalan lain, kerana nanti kamu akan terpisah dari jalan Allah. Itulah yang diperintahkan Tuhan kepada kamu, supaya kamu bertaqwa."
~ Al An'am 153~

Jumaat, 2 Mac 2012

Nak sahabat yang baik?

ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.

Firman Allah s.w.t dalam surah hujerat ayat 13 yang bermaksud:

“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”

Kita pastinya ingin memiliki teman dan  sahabat yang baik. Untuk dapat sahabat yang baik adalah lebih dituntut kitalah yang menjadi seorang sahabat yang baik terlebih dahulu. 

Seperti sabda Rasulullah s.a.w.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)

Untuk mendapatkan teman atau sahabat yang baik PILIHAN perlu dtitik beratkan dan dilaksanakan. Salah piliha sahabat akan menyebakan kita merana dab padahnya. 

Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
 “Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).

Pepatah Arab pula pernah menyebut, 
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”

Antara ciri-ciri sahabat yang nak kita pilih ialah...jom teruskan baca saranan ini :

* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;

* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan 
kamu;

* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;

* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;

* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;

* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;

* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;

* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;

* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;

* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;

* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;

* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;

* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;

* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.

DAN ciri-ciri sahabat yang patut kita tinggalkan...tidak bermaksud langsung jadi musuh pulak ye :

* Seorang yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.

* Seorang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.

* Seorang pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.

* Seorang pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.

* Seorang yang boleh membawa kita semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.

Semoga kita dapat sahabat yang baik dan menyenangkan. Jangan lupa!!!!!!...kita dulu kena jadi SAHABAT YANG BAIK.

Semoga bermanfaat. Sekian.

السلام عليكم