Sabtu, 3 Mac 2012

Usah menjadi manusia yang celik tapi buta


Assalamualaikum sahabat sekelian...
Alangkah sia-sianya jika punya mata dan hati yang elok tetapi buta dan tidak terbimbing dijalan yang lurus.

Firman Allah..
" Dan sesiapa yang membelakang ( menyangkal) dari mengingati Aku, sudah tentu akan memperolehi kehidupan yang sulit ( sempit). Kami akan mengumpulkan mereka nanti di hari kiamat menjadi orang buta: "Wahai tuhanku! mengapa Engkau kumpulkan menjadi orang buta , pada hal dahulunya aku seorang yang dapat melihat?": " begitulah ( semestinya)! Keterangan-keterangan Kami telah datang kepada engkau, tetapi engkau lupakan ( tidak peduli). Dan begitulah di hari ini, engkau Kami lupakan ( tidak dipedulikan ) pula " 
~Thaha 124-126~

Begitulah akan terjadi kepada orang-orang yang tidak beriman. Mereka sentiasa keluh kesah, gelap batinnya. Hati tidak tenang dan jiwa tidak tenteram. Tidur tidak nyenyak, bangun tak sedap. Siang gelisah dan malam sentiasa keluh kesah.

Meraka tidak nampak tujuan hidup dan sentiasa ragu-ragu disetiap persimpangan jalan. Dalam jiwa mereka kerap kali timbul pertentangan dan perbedaan yang sukar baginya untuk memilih : antara mempertahankan diri, masyarakat , keadilan adan kebenaran. Mustahil kita dapat memuaskan hati semua manusia, tetapi tetap ada jalan untuk tenteramkan jiwa.

Sesungguhnya hanya orang yang beriman dapat membebaskan diri dari konflik-konflik yang sedemikian, kerana tujuan hidupnya tidak lain dan tak bukan hanya mencari keredhaan Allah semata-mata. Untuk tujuan itu mereka tidak terlalu peduli apa yang ramai orang kata. Cita-citanya hanya satu iaitu menempuh jalan yang yang dapat membawaanya kepada keredhaan Allah. Itulah yang diminta dan diaharapkan oleh seorang yang beriman dalam setiap solatnya iaiti "Pimpinlah kami kejalan yang lurus!.

Firman Allah seterusnya...
" Sesunggguhnya inilah jalanku yang lurus, maka turutlah jalan itu. Dan janganlah kamu turut jalan-jalan lain, kerana nanti kamu akan terpisah dari jalan Allah. Itulah yang diperintahkan Tuhan kepada kamu, supaya kamu bertaqwa."
~ Al An'am 153~

Tiada ulasan:

Catat Ulasan