Jumaat, 18 Mei 2012
hati yang keras dan ego...tidak akan tersentuh hanya dengan tangisan
hati yang keras dan ego...tidak akan peduli perasaan orang lain
hati yang keras dan ego...selalu merasakan dirinya betul
hati yang keras dan ego...menambah ilmu untuk kepentingan diri
hati yang keras dan ego...hanya berkongsi untuk tujuan kepentingan sendiri
hati yang keras dan ego...sukar untuk mempercayai
lembutkanlah hati............dengan selawat dan salam
lembutkanlah hati............dengan zikrullah
lembutkanlah hati............dengan memandang ciptaanNya yang indah
lembutkanlah hati............dengan memberikan senyuman dalam kemarahan
lembutkanlah hati............dengan banyak mendengar dari berkata
lembutkanlah hati............dengan banyak memberi dari menerima
lembutkanlah hati............dengan selalu menundukkan pandangan
LEMBUTKAH HATI INI?
Isnin, 30 April 2012
Jika aku telah tiada
Jika aku telah tiada
apakah masih diingati dan mendapat doa
jika aku telah tiada
tak nampak dimata tapi wujud disana
jika aku telah tiada
dimanakah dudukku
di neraka aku tak mampu
di syurga aku tak layak
jika aku telah tiada
secebis doa dari kalian aku harapkan
jika beribu rakan maya saja mendoakan
rahmat Allah insyaAllah bakal menyelamatkan
begitu jua ingin kulakukan
jika engkau telah tiada
Tuhanku kabulkanlah niat hambamu
yang dhoif tapi tak pernah jemu
mengharap maghfirah
mengharapkan redha....
nolida ahmad
01052012
0908 pagi
Sabtu, 28 April 2012
Hanya PadaMu
melakar rindu pada yang Satu
menyulam kasih dimalam syahdu
menangis takut azab yang pedih
segunung harap tak pernah letih
Ahad, 8 April 2012
Rendahkan hatimu sebagaimana yang diajar oleh Imam Al Ghazali ini....
Sesiapapun kamu temui....
1.Jika berjumpa dengan kanak-kanak - bahawa kanak-kanak itu lebih mulia daripada kita, kerana kanak-kanak ini belum banyak melakukan dosa daripada kita.
2. Apabila bertemu dengan orang tua – bahawa dia lebih mulia daripada kita kerana dia sudah lama beribadat.
3. Jika berjumpa dengan orang alim – dia lebih mulia daripada kita kerana banyak ilmu yang telah mereka pelajari dan ketahui.
4. Apabila melihat orang jahil – mereka lebih mulia daripada kita kerana mereka membuat dosa dalam kejahilan, sedangkan kita membuat dosa dalam keadaan mengetahui.
5. Jika melihat orang jahat,- JANGAN ANGGAP KITA LEBIH MULIA kerana mungkin satu hari nanti dia akan insaf dan bertaubat atas kesalahannya…..
Sabtu, 7 April 2012
Sama-samalah kita amalkan dengan sungguh-sungguh contoh terbaik ini
Abul Laits meriwayatkan dengan sanadnya dari Abu Dzar r.a. berkata: “Saya dipesan oleh junjunganku Nabi Muhammad s.a.w. tujuh macam yang tidak sampai saya tinggalkan dan tidak akan saya tinggal semua itu iaitu:
1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka
2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku
3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan
4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya
5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia
6. Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek
7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
1. Saya dipesan supaya suka kepada orang-orang miskin dan mendekati mereka
2. Saya dipesan supaya selalu melihat kepada orang-orang yang dibawahku dan tidak melihat pada orang-orang yang diatasku
3. Saya dipesan supaya tetap menghubungi kaum kerabat meskipun mereka jauh dan memutuskan hubungan
4. Saya dipesan supaya memperbanyakkan membaca: Laa haula walaa quwwata illa billahi, kerana itu sebagai perbendaharaan kebaikan atau tabungannya
5. Saya dipesan supaya jangan minta apapun dari sesama manusia
6. Saya dipesan supaya jangan takut didalam melaksanakan hukum Allah s.w.t. dari cela (ejekan) orang-orang yang mengejek
7. Saya dipesan supaya selalu berkata benar meskipun pahit dan berat
Selasa, 3 April 2012
Sepi lagi
sepi sendiri melara
meriah sebenarnya diri terasa
basah lidah menyebut namaNya
bergetarlah hati bergetar dada
takut dan harap keampunan dipinta
walau sepi dilihat suasana
teriakan unggas indah di rimba
bernasyid riang menggamat suasana
memuji dan bersyukur kepada yang Maha Esa
sepi hanya nampak di mata
sepi kadang diukur oleh suasana
di sudut hati meriah sebenarnya
Allah sentiasa terasa bersama
Ahad, 1 April 2012
Jiwa tenang tanpa buruk sangka
Husnudzon adalah “sikap atau keadaan jiwa yang berprasangka baik”.
Rasulullah saw menekankan agar kita umatnya agar selalu berprasangka baik pada siapapun
Sebagaimana sabda Rasulullah saw:
Dari Abu Hurairah RA, ia katakan Rasulullah SAW bersabda, “Jauhilah kalian dari buruk sangka, karena buruk sangka itu sedusta-dusta perkataan (hati). Janganlah kalian mencari-cari berita keburukan orang lain, janganlah kalian mencari-cari kesalahan orang lain, janganlah kalian bersaing yang tidak sehat, janganlah kalian saling mendengki, janganlah kalian saling membenci, janganlah kalian saling membelakangi. Dan jadilah kalian hamba-hamba Allah yang bersaudara”.
(HR. Muslim)
Untuk itu
Apabila kamu bertemu dengan seseorang, maka lihatlah kelebihan yang ada padanya. Dan engkau katakanlah kepada dirimu sendiri," Mudah-mudahan jadilah dia di sisi Allah lebih baik daripada aku dan semoga Allah mengangkat darjatnya."
Sekiranya dia adalah orang yang lebih muda daripada engkau, katakanlah," Dia belum durhaka kepada Allah. Maka tidak ragu lagi dia lebih baik daripada aku."
Sekiranya dia adalah seorang yang lebih tua daripada engkau, maka katakanlah," Dia adalah orang yang lebih dahulu menyembah dan berbakti kepada Allah daripada aku."
Sekiranya dia adalah orang alim,maka katakanlah," Dia telah diberikan oleh Allah apa yang aku tidak peroleh dan dia mengetahui apa yang aku tidak tahu."
Sekiranya dia adalah seorang yang jahil, maka katakanlah," Dia adalah orang yang durhaka kepada Allah karena kejahilannya. Sedangkan aku durhaka kepada Allah dalam keadaan aku mengetahui bagaimanakah kesudahanku dan kesudahannya."
Sekiranya dia adalah seorang yang kafir, maka katakanlah," Aku tidak tahu, mungkin akhirnya dia memeluk Islam dan mati dalam keadaan Husnul Khatimah dan mungkin aku jadi kafir dan mati dalam keadaan Suul Khatimah."
Sabtu, 31 Mac 2012
Keliru kerana tidak berilmu...
kita ada akal
kita ada nafsu
akal disuruh mengawal nafsu
nafsu sentiasa mendesak kepada kejahatan
akal membisikkan dengan lembut agar jangan tertipu
wahai nafsu bukan salahmu
kau diciptakan bersifat begitu
akal dibekalkan sama untuk mengawal dirimu
tetapi kenapa kita sering keliru
kenapa kita sering celaru
dimanakah duduknya ilmu?
Jumaat, 30 Mac 2012
Kau sahabatku...
Bertuahnya aku kerana mengenalimu
Aku hanya insan biasa yang mendambakan kasih setia
Kasih sesama insan yang sudi berkongsi rasa
Yang indah itu pertemuan
Yang manis itu kemesraan
Yang pahit itu perpisahan
Yang tinggal hanyalah kenangan
Sahabat yg beriman ibarat mentari yang menyinar, Sahabat yg setia bagai pewangi yg mengharumkan, Sahabat yg sejati menjadi pendorong impian, Sahabat berhati Mulia membawa kita ke jalan Syurga.
Selasa, 27 Mac 2012
Kecekalanmu kekaguman kami
walau hati berkecai rapuh
walau diri dipijak lumpuh
semangat tak berganjak berdiri teguh
syahadah disebar dibirai sukar tidak tersentuh
bertahun-tahun merempuh ampuh
serikandi abad ini sukar ditemui
kalimah tauhid kejap dihati
berat langkah tetap dihayun lagi
onak duri menjerat kaki
kau renjis walau daging bertabur kebumi
lantaran cita-cita demi menegakkan KALIMAH
agar berkibar dibumi jahil aqidah
usaha yang tak sanggup kami redah
kau rempuh tanpa gundah
kepentingan diri dilipat ketepi
syahadah mekar segar dihati
serikandiku
andai rabah berakhir disempadan
semangatmu bakal disambung lagi
benih semangat pernah kau tabur
kan subur tumbuh dihati makmur
usah risau usah gundah
langkahmu bermatlamat yakin barakah
rentetan gerakmu belum berakhir
sunnatullah akan terus mengalir
namun nama apakah bakal terukir
(Buatmu...Azura Suhana)
~nolida~
27/3/2012
12.49 mlm
Khamis, 22 Mac 2012
Kesepian yang indah..
kita hanya insan biasa
biasa disisi Tuhannya
ada ketika kita memang perlu bersama
biasa disisi Tuhannya
ada ketika kita memang perlu bersama
pertemuan pendek dengan kebersamaan hati
Pertemuan pendek muzakarah terisi
pertemuan pendek ukhuwwah lillah
pertemuan pendek dijalin indah
pertemuan yang menerima pemikiran yang bercambah
pertemuan pendek yang tautan kerana Allah
kita saling memerlukan
hapuskan percanggahan
hapuskan kekeliruan
kita cari titik pertemuan
selagi percanggahan tidak meremahkan Tuhan
lapangkan dada sejukkan fikiran
tiada yang sempurna antara kita
meredhai kelemahan rakan
kelemahan kita akan diredhakan
andai silapmu kuampunkan
harapanku agar silap ini kau maafkan
namun
ada ketika kita perlu bersendirian
merenung betapa besarnya rahmat Tuhan
saat istimewa bersama Pencipta
menunduk sujud khusus hamba kepada Tuhannya
menadah tangan kudus mengharapkan redha
kerana Dia
kau kutinggalkan seketika
pertemuanku denganmu hanyalah kerana Dia
tiada tuhan melainkan Dia
tiada keperihatinan seperihatin diriNya
setiap turun naik nafasku dan nafasmu
nak balas memang tak mampu
setiak gerak langkahku dan langkahmu
tidak akan berganjak tanpa izinNya
antara kita tetap bersama
dihati duduknya istimewa
ADA KETIKA KITA PERLU MENYEPIKAN DIRI
KERANA DIA....ALLAH
~nolida~
Pertemuan pendek muzakarah terisi
pertemuan pendek ukhuwwah lillah
pertemuan pendek dijalin indah
pertemuan yang menerima pemikiran yang bercambah
pertemuan pendek yang tautan kerana Allah
kita saling memerlukan
hapuskan percanggahan
hapuskan kekeliruan
kita cari titik pertemuan
selagi percanggahan tidak meremahkan Tuhan
lapangkan dada sejukkan fikiran
tiada yang sempurna antara kita
meredhai kelemahan rakan
kelemahan kita akan diredhakan
andai silapmu kuampunkan
harapanku agar silap ini kau maafkan
namun
ada ketika kita perlu bersendirian
merenung betapa besarnya rahmat Tuhan
saat istimewa bersama Pencipta
menunduk sujud khusus hamba kepada Tuhannya
menadah tangan kudus mengharapkan redha
kerana Dia
kau kutinggalkan seketika
pertemuanku denganmu hanyalah kerana Dia
tiada tuhan melainkan Dia
tiada keperihatinan seperihatin diriNya
setiap turun naik nafasku dan nafasmu
nak balas memang tak mampu
setiak gerak langkahku dan langkahmu
tidak akan berganjak tanpa izinNya
antara kita tetap bersama
dihati duduknya istimewa
ADA KETIKA KITA PERLU MENYEPIKAN DIRI
KERANA DIA....ALLAH
~nolida~
SALAHUDDIN AL-AYYUBI
Alangkah indahnya Islam jika semua pemimpin sperti yang dilakukan oleh baginda Salahuddin Al Alayyubi. Namun, begitulah taqdir Allah. Yang terpilih dan baik itu tidak ramai.Beruntunglah yang sdikit itu. Dan berusaha menjadi insan yang terpilih.
Insan terpilih yang ingin ditampilkan disini, bukanlah para sahabat baginda tetapi seorang insan yang langsung tak pernah berjumpa dengan baginda Nabi s.a.w. Keyakinannya dan tindakan beliau amat luar biasa demi kecintaannya kepada Agama (Islam) Siapa yang tak kenal Salahuddin Al Ayyubi, jika sememangnya mereka adalah insan yang sungguh ingin memperbaiki diri dalam kepimpinan.
Antara kisah yang ingin dipaparkan disini hanyalah salah satu kisah yang menggambarkan keindahan keperibadian Salahuddin Al Ayyubi
Pada satu hari , ketika sultan Salahuddin berjalan-jalan di Baitul Muqaddis beliau telah berjumpa dengan seorang lelaki tua Nasrani ( keristian).
Lalu lelaki tua tersebut bertanya kepada beliau:
“Wahai pahlawan agung! Sesungguhnya tuan telah Berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapakah tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan keatas tentera-tentera tuan?”
“Wahai pahlawan agung! Sesungguhnya tuan telah Berjaya mengalahkan musuh-musuh tuan. Tetapi mengapakah tuan tidak membalas seperti tindakan yang dikenakan keatas tentera-tentera tuan?”
Jawab Salahuddin: “Wahai orang tua! Agama kami melarang menyiksa manusia. Bahkan hati kecil sayapun melarang melakukan pembalasan yang luas batas perikemanusiaan seperti pernah melakukan pembalasan yang luar batas perikemanusiaan seperti yang pernah mereka lakukan”
Orang tua itu berkata lagi: ”Apakah agama tuan melarang melakukan pembalasan terhadap orang yang memulakan pemusuhan dan menyiksa kaum tuan?”
Jawab Salahuddin seterusnya : “Memang benar! Agama yang saya anuti ini melarang perbuatan kaum, seperti yang dilakukan oleh musuh-musuh kami.”
Tambah beliau: “ Islam menyuruh kami menepati janji memaafkan keslahan orang lain dan melupakan kekejaman pihak musuh ketika mereka berkuasa.”
Orang tua itu berkata lagi: “Alangkah indahnya agama tuan! Saya sangat ingin agar sisa-sisa hidup saya ini dapat menikmati kehidupan bahagia”. “ Apakah yang patut saya lakukan untuk memeluk agama tuan yang mulia ini?”
Jawab Salahudin seterusnya: “ Mempercayai bahawa Allah itu Maha Esa dan Muhammad itu Rasulnya. Kemudian kerjakan apa yang Allah perintahkan dan tinggalkan apa yang dilarangnya.”
Setelah itu lelaki itu mengucap dua kalimah syahadah tanpa berbelah bagi dan menoleh lagi.
Rabu, 21 Mac 2012
Jika kau rindu
Jika kau rindu
Untuk apa
Jika kau rindu
Untuk siapa
Jika kau rindu
Taukah kau apa ertinya
Jika kau rindu
Semestinya kau tahu apa puncanya
Jika kau rindu
Alihkan rindu hanya untuk Dia
Jika kau rindu
Dia sentiasa ada bersama
Jika kau rindu
Sebut saja namaNya
Rinduku untukmu telah tiada
Isnin, 19 Mac 2012
Lepas makan tak bagus buat benda-benda ni semua...
Walaupun makanan adalah keperluan utama tetapi pengambilannya tidaklah boleh sewenang-wenangnya. Selepas makan juga punyai peraturan dan adab-adabnya...bukan untuk menyusahkan, tapi untuk kebaikan kita juga.
Antara perkara yang dilarang selepas makan ialah:
Jangan merokok selepas makan.
Menghisap sebatang rokok selepas makan bersamaan menghisap 10 batang rokok. Ini bermakna peluang untuk perokok mendapat kanser adalah tinggi. Alahhh..!!! apa faedahnya merokok pun...macam JIN!!...mengasap je kejanya...(maaf la ye...gurau). Apa-apapun kepada sang perokok, berusahalah berhenti ye......tak kira le harus ke, haram ke...yang penting dia tidak baik untuk kesihatan anda.
Jangan makan buah-buahan selepas makan.
Makan buah-buahan selepas makan akan menyebabkan perut anda kembung (banyak angin) . Seelok-eloknya makanlah buah-buahan dulu sebelum anda makan makanan berat seperti nasi. Inilah yang diajar oleh Rasulullah s.a.w.
Jangan minum teh selepas makan.
Daun teh mengandungi kandungan asid. Asid akan menyebabkan kandungan protein dalam makanan anda sukar untuk dihadam. Paling elok, minum selepas sejam kita makan.....biasa kat kedai makan yang sampai dulu ialah air....tu yang penuh perut dengan air je...tak elok juga tu...nanti kenyang air sebelum makan yang sepatutnya.
Jangan mandi selepas makan.
Mandi selepas makan akan menyebabkan peningkatan pengaliran darah ke tangan, kaki dan anggota badan yang lain. Maka pengaliran darah di bahagian perut akan berkurangan sekaligus akan melemahkan sistem pencernaan di dalam perut anda. Ada pulak pendapat yang mengatakan mandi selepas makan , perut akan mudah BUNCIT!!.sila cari sumber yg sahih jika nak tau lebih lanjut.
Jangan tidur selepas makan.
Tidur selepas makan adalah tabiat yang tidak baik (seperti ular sawa) ia juga menyebabkan penghadaman yang kurang berkesan di dalam perut. Selain itu, tidur selepas makan menyebabkan anda mudah mendapat gastrik dan jangkitan pada usus. Orang yang makan selepas tidur biasa dikaitkan dengan orang yanga MALAS!!...Allahua'lam
Rasulullah SAW pernah menggambarkan di dalam hadis baginda kedudukan orang yang sihat antaranya, sesiapa yang mempunyai pencarian yang cukup (rezeki yang banyak) dan mempunyai tahap kesihatan yang baik seolah-olah seseorang itu merasakan dunia ini dia yang punya. (riwayat Tirmizi)
Semoga bermanfaat buat kita semua.
Ruj: Malaysia Ria dan diedit semula.
Sabtu, 10 Mac 2012
Indahnya cinta Dia....dan sumbangnya cinta manusia
Mengapa senyum bertingkah resah
Melakar semula terasa payah
Meraut rindu, hina di bakul sampah
Tiada tandingan cintaMu ya Allah
Cinta manusia melurus payah
Bersarang maksud menafsir lelah
Cinta Mu cinta indah
Memberi, balasan tak usah
Meminta taat, saham buat hamba dihari terindah
Meminta taat, saham buat hamba dihari terindah
Mengapa cinta manusia hanya melukah
mengharab balas ikhlasnya bersepah
mengharab balas ikhlasnya bersepah
Wahai malang
Cinta manusia dihias nafsu serakah
Hajat tercicir meluap marah
Wahai Tuhan
Pemilik semua cinta
Leraikanlah resah dan lara
Pemilik semua cinta
Leraikanlah resah dan lara
Dari hati parah terluka
Akibat korban cinta manusia
Hanya cintaMu yang kami damba
Semoga ketenangan terhias berbunga
~Nolida Ahmad~
11/3/2012
~Nolida Ahmad~
11/3/2012
Ahad, 4 Mac 2012
Urus kesedihanmu...
Ada kala kesedihan tak dapat disembunyi
Sekalipun ditutup dengan senyuman
Menangis lagi bila sendiri
Kenapa hati terlalu rapuh
Kenapa jiwa mudah tersentuh
Bait kata yang terucap tersirat derita di hati
Malangnya diri jika terus begini
Mengapa ditangisi yang dah pergi
Mengapa ralat atas aturan taqdir Ilahi
Sedangkan hikmah bersirat tersembunyi
Kuatlah wahai diri
Kuatlah wahai hati
Pegang erat keyakinanmu
Tiada yang kekal melainkan Dia
Berhentilah berharap kepada manusia....
~Nolida Ahmad~
Sabtu, 3 Mac 2012
Usah menjadi manusia yang celik tapi buta
Assalamualaikum sahabat sekelian...
Alangkah sia-sianya jika punya mata dan hati yang elok tetapi buta dan tidak terbimbing dijalan yang lurus.Firman Allah..
" Dan sesiapa yang membelakang ( menyangkal) dari mengingati Aku, sudah tentu akan memperolehi kehidupan yang sulit ( sempit). Kami akan mengumpulkan mereka nanti di hari kiamat menjadi orang buta: "Wahai tuhanku! mengapa Engkau kumpulkan menjadi orang buta , pada hal dahulunya aku seorang yang dapat melihat?": " begitulah ( semestinya)! Keterangan-keterangan Kami telah datang kepada engkau, tetapi engkau lupakan ( tidak peduli). Dan begitulah di hari ini, engkau Kami lupakan ( tidak dipedulikan ) pula "
~Thaha 124-126~
Begitulah akan terjadi kepada orang-orang yang tidak beriman. Mereka sentiasa keluh kesah, gelap batinnya. Hati tidak tenang dan jiwa tidak tenteram. Tidur tidak nyenyak, bangun tak sedap. Siang gelisah dan malam sentiasa keluh kesah.
Meraka tidak nampak tujuan hidup dan sentiasa ragu-ragu disetiap persimpangan jalan. Dalam jiwa mereka kerap kali timbul pertentangan dan perbedaan yang sukar baginya untuk memilih : antara mempertahankan diri, masyarakat , keadilan adan kebenaran. Mustahil kita dapat memuaskan hati semua manusia, tetapi tetap ada jalan untuk tenteramkan jiwa.
Sesungguhnya hanya orang yang beriman dapat membebaskan diri dari konflik-konflik yang sedemikian, kerana tujuan hidupnya tidak lain dan tak bukan hanya mencari keredhaan Allah semata-mata. Untuk tujuan itu mereka tidak terlalu peduli apa yang ramai orang kata. Cita-citanya hanya satu iaitu menempuh jalan yang yang dapat membawaanya kepada keredhaan Allah. Itulah yang diminta dan diaharapkan oleh seorang yang beriman dalam setiap solatnya iaiti "Pimpinlah kami kejalan yang lurus!.
Firman Allah seterusnya...
" Sesunggguhnya inilah jalanku yang lurus, maka turutlah jalan itu. Dan janganlah kamu turut jalan-jalan lain, kerana nanti kamu akan terpisah dari jalan Allah. Itulah yang diperintahkan Tuhan kepada kamu, supaya kamu bertaqwa."
~ Al An'am 153~Jumaat, 2 Mac 2012
Nak sahabat yang baik?
ALLAH SWT mencipta makhluk di atas muka bumi ini berpasang-pasangan. Begitu juga manusia, tidak akan hidup bersendirian. Kita tidak boleh lari dari berkawan dan menjadi kawan kepada seseorang. Jika ada manusia yang tidak suka berkawan atau melarang orang lain daripada berkawan, dia dianggap ganjil dan tidak memenuhi ciri-ciri sebagai seorang manusia yang normal.
Firman Allah s.w.t dalam surah hujerat ayat 13 yang bermaksud:
“Wahai umat manusia! Sesungguhnya Kami telah menciptakan kamu dari lelaki dan perempuan, dan Kami telah menjadikan kamu berbagai bangsa dan berpuak-puak, supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang lebih bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui, lagi Maha Mendalam PengetahuanNya.”
Kita pastinya ingin memiliki teman dan sahabat yang baik. Untuk dapat sahabat yang baik adalah lebih dituntut kitalah yang menjadi seorang sahabat yang baik terlebih dahulu.
Seperti sabda Rasulullah s.a.w.
“Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran disisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya” (H.R al-Hakim)
Untuk mendapatkan teman atau sahabat yang baik PILIHAN perlu dtitik beratkan dan dilaksanakan. Salah piliha sahabat akan menyebakan kita merana dab padahnya.
Rasulullah s.a.w juga pernah bersabda:
“Seseorang itu adalah mengikut agama temannya, oleh itu hendaklah seseorang itu meneliti siapa yang menjadi temannya” (H.R Abu Daud).
Pepatah Arab pula pernah menyebut,
“Bersahabat dengan penjual minyak wangi, kita akan menerima percikan wangiannya, manakala bersahabat dengan tukang besi, percikan apinya akan mencarikkan baju kita.”
Antara ciri-ciri sahabat yang nak kita pilih ialah...jom teruskan baca saranan ini :
* Jika engkau berbakti kepadanya, dia akan melindungi kamu;
* Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas balik persahabatan
kamu;
* Jika engkau memerlu pertolongan daripadanya, dia akan membantu kamu;
* Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, dia akan menerimanya dengan baik;
* Jika dia mendapat sesuatu kebajikan (bantuan) daripada kamu, dia akan menghargai atau menyebut kebaikan kamu;
* Jika dia melihat sesuatu yang tidak baik daripada kamu, dia akan menutupnya;
* Jika engkau meminta bantuan daripadanya, dia akan mengusahakannya;
* Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), dia akan menanyakan kesusahan kamu;
* Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, dia akan meringankan kesusahan kamu;
* Jika engkau berkata kepadanya, nescaya dia akan membenarkan kamu;
* Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya dia akan membantu kamu;
* Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya dia lebih senang mengalah untuk menjaga kepentingan persahabatan;
* Dia membantumu menunaikan tanggungjawab serta melarang melakukan perkara buruk dan maksiat;
* Dia mendorongmu mencapai kejayaan di dunia dan akhirat.
DAN ciri-ciri sahabat yang patut kita tinggalkan...tidak bermaksud langsung jadi musuh pulak ye :
* Seorang yang tamak: ia sangat tamak, ia hanya memberi sedikit dan meminta yang banyak, dan ia hanya mementingkan diri sendiri.
* Seorang hipokrit: ia menyatakan bersahabat berkenaan dengan hal-hal lampau, atau hal-hal mendatang; ia berusaha mendapatkan simpati dengan kata-kata kosong; dan jika ada kesempatan membantu, ia menyatakan tidak sanggup.
* Seorang pengampu: Dia setuju dengan semua yang kamu lakukan tidak kira betul atau salah, yang parahnya dia setuju dengan hal yang dia tidak berani untuk menjelaskan kebenaran, di hadapanmu ia memuji dirimu, dan di belakangmu ia merendahkan dirimu atau mengkhianati amanahmu. Bila telah di percayai, dia khianati. Bila telah di cintai, dia dustakan.
* Seorang pemboros dan suka hiburan: ia menjadi kawanmu jika engkau suka berpesta, suka berkeliaran dan ‘melepak’ pada waktu yang tidak sepatutnya, suka ke tempat-tempat hiburan dan pertunjukan yang melalaikan.
* Seorang yang boleh membawa kita semakin jauh dari Allah. Seorang yang tidak menambah kebajikanmu di dunia, lebih2 lagi di akhirat. Seorang yang tidak menambah manfaat kehidupanmu di akhirat, bukanlah temanmu yang sebenar.
Semoga kita dapat sahabat yang baik dan menyenangkan. Jangan lupa!!!!!!...kita dulu kena jadi SAHABAT YANG BAIK.
Semoga bermanfaat. Sekian.
السلام عليكم
Rabu, 29 Februari 2012
Lukisan Hati
Lukisan hati yang bewarna warni
Ada kala terlukis sendiri tanpa disedari
Ada kala berbolak balik kesana sini
Sesungguhnya....
Keyakinan dan tindakan mampu merubah dan kekal
Asalkan kita mencari
Dan semoga lukisan indah dan menenangkan
Tetap menghias hati
Terpancar pada wajah yang berseri
Ada kala terlukis sendiri tanpa disedari
Ada kala berbolak balik kesana sini
Sesungguhnya....
Keyakinan dan tindakan mampu merubah dan kekal
Asalkan kita mencari
Dan semoga lukisan indah dan menenangkan
Tetap menghias hati
Terpancar pada wajah yang berseri
Rabu, 22 Februari 2012
Adakah anda pemalu atau tak tau malu?
Apa yang popular dan sering diucapkan adalah "Malu itu sebahagian dari iman"
Ada yang memahaminya sebagai 'separuh'. Tidak.... sebahagian iman saja sebenarnya. Jika separuh, wahh!! hebat sungguh, hanya ada malu separuh agama telah sempurna. Usah keliru macam budak-budak.
Sifat malu sangat penting untuk dimiliki oleh setiap muslim. Malah Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam sendiri merupakan insan yang sangat pemalu.
Diriwayatkan oleh Bukhari bahawa Nabi sallAllahu 'alaihi wasallam lebih malu sifatnya dari seorang gadis yang di dalam pingitannya.
Seterusnya mari kita lihat hadis-hadis yang menceritakan tentang malu.
"Sesungguhnya sebahagian ajaran yang masih dikenal umat manusia dari perkataan para nabi terdahulu adalah: 'Bila kamu tidak malu, berbuatlah sesukamu." - (HR Bukhari)
hadis ini bukanlah menggalakkan manusia berbuat sesuka hati. Hadis ini lebih merupakan ancaman kepada manusaia yang tak tau malu dan berbuat kerosakan dimuka bumi.
Hadis riwayat Abu Hurairah ra., ia berkata: Rasulullah saw. bersabda:
"Iman itu ada tujuh puluh cabang lebih. Dan malu adalah salah satu cabang iman." (Shahih Muslim)
Hadis riwayat Imran bin Husaini ra., ia berkata: Nabi saw. pernah bersabda:
"Malu itu tidak datang kecuali dengan membawa kebaikan." - (Shahih Muslim)
Sahabat-sahabat yang dirahmati Allah sekalian, bila malu hilang dalam diri, maka akan berlakulah pelbagai kepincangan dalam masyarakat.
1. Anak-anak akan mula meningggikan suara dan kurang ajar terhadap ibubapa akibat lunturnya malu.
2. Pelajar mula tidak hormat kepada gurunya apabila sudah hilang malu.
3. Lelaki mula melangkah ke tempat maksiat akibat dia membuang perasaan malu.
4. Perempuan dan gadis tidak canggung mempamirkan diri dikhalyak ramai berkelakuan tidak senonoh, kerana pudarnya malu.
5. Pasangan bercinta mula berjumpa dan bercanda tanpa pedulikan batasan agama kerana mereka sudah tidak tau malu.
6. Orang ramai mula meminta-minta jawatan apabila cairnya malu.
7. Pengguna jalan raya mula melanggar peraturan jalan raya dan bersikap tidak beradab apabila kurang rasa malu.
8. Masyarakat mula dihinggapi perasaan ingin popular seperti artis dan menyanyi melalak terlolong akibat tidak malu.
9. Pemimpin mula menganggap jawatan dan amanah sebagai batu loncatan mengaut keuntungan apabila pudarnya malu.
apabila rasa malu mula sedikit demi sedikit hilang dari seseorang, maka terbukalah pintu kemaksiatan dan fitnah bakal bermaharajalela. Sebab itulah sifat malu penting untuk seseorang jaga dan pelihara.
Jangan terpengaruh dengan sistem pendidikan barat yang mengajar anak-anak mereka agar tidak malu. "Just Do It" antara kata-kata popular di kalangan remaja dan masyarakat. Walaupun ada kebaikannya kepada diri dan masyarakat akan kata-kata itu, namun ia perlu diperhalusi. Agar kaum muslimin tidak lari dari nilai agama yang diajar Rasulullah sallAllahu 'alaihi wasallam.
Begitupun bukan semua perkara kita harus malu.
Ketika menuntut ilmu tidak perlu rasa malu.
Ketika berniaga selagi kita mengikut syariat maka jangan malu, kerana kita bukan merampas harta orang.
Pepatah melayu pula ada menyatakan "Malu bertanya sesat Jalan"
Usah malu untuk melakukan kebaikan kerana Allah menyeru kita berlumba-lumba melakukan kebaikan.
Letaklah rasa malu di tempat yang sepatutnya. Malulah dalam kebanyakan hal, namun dalam bab ilmu, menyatakan kebenaran dan mengejar ganjaran untuk berbuat kebaikan jangan pula malu menghalangi diri kita.
Semuga MALU sentiasa ada dalam diri kita sejajar dengan yang sepatutnya.
Langgan:
Catatan (Atom)













.jpg)

.jpg)





